CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Temuduga Melalui Video Call Je- Pelajar Lepasan Sekolah Menengah Berjaya Kerja Di Hospital, Dua Tahun Menyamar Jadi Doktor

14-9-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2133| Komen: 15

Seorang lelaki berkelulusan sekolah menengah 'berjaya' memperoleh pekerjaan sebagai doktor di sebuah hospital, gara-gara hanya ditemuduga menerusi panggilan video.

Dia turut mendapat gaji pokok berjumlah RM2,286 (7.5 juta rupiah) di samping beberapa elaun tambahan dan keistimewaan yang ditawarkan.


Apa yang mengejutkan penyamarannya itu berlanjutan selama dua tahun.


Gambar Hiasan

Malah penipuannya itu hanya disedari semasa dia membuat permohonan untuk melanjutkan kontrak pekerjaan di Hospital Pelindo Husada Citra (PHC) Surabaya di Indonesia baru-baru ini.

Pelik dengan dokumen yang diberikan, dia kemudiannya ditahan dan dibicarakan di mahkamah pada 11 September lalu.

Menurut pendakwaan, dia yang dikenali sebagai Susanto telah menukar nama kepada Dr Anggi Yurikno dan membuat permohonan sebagai pegawai perubatan pada April 2020.


Pada masa itu, PHC telah membuka kekosongan jawatan dalam bidang perubatan.

"Dia telah memalsukan semua dokumen yang diperlukan untuk jawatan berkenaan termasuk surat pengakuan ijazah kedoktoran serta sijil perubatan.

"Semua dokumen tersebut telah diambil di laman sesawang sebelum dia memohon menerusi emel," katanya seperti dilaporkan semasa pendakwaan.

Selesai saja permohonan, lelaki terbabit yang dipanggil temuduga khas menerusi panggilan video turut lulus dan diminta mula berkhidmat pada Jun 2020. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alongweeda 14-9-2023 11:43 AM
ishhh sia2 nyawa pesakit kt tangan ko
Quote jas7512 14-9-2023 11:47 AM
Indonesia..x pelik...rakyat msia dpt 1A spm pun blh sambung buat medic kat indonesia..thats why doktor2 keluaran indonesia ni i x brp percaya especially yg muda..nyawa manusia kot..jgnlah buat main..klu kau buka klinik je ke..at least ok lah..ni klu kat hospital..semput nyawa
Quote CiliPadiSedap 14-9-2023 11:55 AM
@Friska tak pelik negara konoha doctor aja udah menipu ini kan sondol suami orang?
Quote Firenzza 14-9-2023 12:05 PM
Iview online, ntah2 appointment ggn pesakit pun online
Quote malarky 14-9-2023 12:06 PM
tetiber terbayang filem "catch me if you can" Frank William Abagnale menyamar jadi pediatrician apply untuk on call night shift
Quote intan244 14-9-2023 12:41 PM
doktor gaji 2k je. patut la ramai dtg kerja kat msia.
Quote Body_language 14-9-2023 12:44 PM
Kohoha. ape2 leh jadi. Maybe dia terinspirasi dr Sakura
Quote B40tastePosh 14-9-2023 12:44 PM
jas7512 replied at 14-9-2023 11:47 AM
Indonesia..x pelik...rakyat msia dpt 1A spm pun blh sambung buat medic kat indonesia..thats why dokt ...

Ye yang kelulusan dari Mesir dan Indonesia ni jangan caye sangat
Quote B40tastePosh 14-9-2023 12:45 PM
intan244 replied at 14-9-2023 12:41 PM
doktor gaji 2k je. patut la ramai dtg kerja kat msia.

Tapi kat Malaysia majoriti diorng pandai cari duit...majikan pum diorng boleh spin
Quote tri-max 14-9-2023 12:47 PM
asal boleh je si friska nih
smalam claim kereta doctor KPJ
hari ni claim jadik doctor pulak
tak menipoooo tu bukan friska namanya


Quote JunkMail 14-9-2023 12:52 PM
Indon kalau tak bodoh tak sah.. dah membiak kebodohan kat negara sendiri, berdoyon pulak mai ke Malaysia menyondol JUSA c sambil flex paperbeg KPJ feeling terpaling kaya... apa ke bengap
Quote boo03 17-11-2024 05:49 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049064 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top