Baru-baru ini tular video seorang wanita yang menyatakan dia tidak dapat mengikut 'trend' di media sosial kerana statusnya sebagai isteri kedua. "Tak boleh join trend ni sebab kita yang 'kaki sondol'," katanya beserta emoji ketawa.
Sondol atau penyondol adalah ungkapan yang digunakan dalam masyarakat hari ini untuk wanita yang bertindak mengganggu suami orang. Luahannya itu bagai mengundang kumpulan isteri kedua tampil memberi komen dan menafikan mereka bukanlah 'penyondol' seperti tohmahan yang sering dilemparkan. Sebaliknya, suami orang yang didakwa mencari dan melayan mereka sehingga terjalinnya perhubungan. "Jangan cakap macam tu, kita tak sondol tapi laki (suami) dia yang cari dan layan kita. "Okay yang ini aku sokong! "Sama, aku sondol sampai naik pelamin," ujar beberapa warga maya. Pengakuan tersebut membuatkan ramai yang berasa kurang senang sehingga ada yang berkongsikan tangkap layar video dan komentar tersebut di laman Twitter. Bukan itu sahaja, pelayar Twitter terbabit juga menyifatkan perbuatan wanita di dalam video berkenaan sebagai memalukan. "Malunya jadi perempuan murah," ciapnya ringkas. Mana tidaknya, menerusi ruangan komen dia mengakui pernah dicurangi oleh suami dan wanita kedua tersebut sering membuat hantaran sedih di laman sosial. "Saya pun pernah dicurangi, kemudian perempuan tu yang asyik up tweet sedih-sedih. Memang macam tu 'modal' mereka, sendiri pilih pasangan orang dan sendiri yang sakit hati," tambahnya. Perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakan wanita meluahkan rasa geram dan marah terhadap pemilik video berkenaan. Netizen lelaki juga tampil memberikan pandangan masing-masing dengan menyifatkan golongan yang sinonim dengan penyondol itu sebagai 'murah' kerana 'memberi' secara percuma (menawarkan diri). "Kau menjual, dia nak membeli. Kalau dia nak beli tapi kau tak jual, tak akan jadi transaksi... tapi sekarang bukan jual, kau bagi percuma. "Cara kenal penyondol. Tudung bawal simpang ikat belakang, seluar track garisan merah atau legging, make up cracked blusher, gincu merah kedai jamu, perfume sakit hidung dan selipar songkok tali nipis. "Biasanya lelaki orang suka sebab dia tengok perempuan ni mudah nak dapat tapi mereka ni rasa diri hebat, hakikatnya diri tu murah sebab langau hinggap," komen beberapa pelayar Twitter lagi. -CARI Sumber: mStar
|
B40tastePosh replied at 14-9-2023 02:48 AM
Menangis Ustazah Asma Harun meronta ronta tak nak suaminya disondol
matjerk: What to expect, kalau pmpuan y ...
Buritan replied at 14-9-2023 11:06 AM
Lantaklaa kome.. jgn sondol laki aku sudahh
Radzor replied at 14-9-2023 11:13 AM
klu dah takdir nnt kena la
BoongaKertas replied at 14-9-2023 10:58 AM
ustzh asma tu kenapa plak chuols?
shida81 replied at 14-9-2023 03:27 AM
Jantan tu satu hal la
Yg ko betina sama nk melayan kenapa
Sama2 naik pastu salah kan jodoh
B40tastePosh replied at 14-9-2023 04:08 AM
Kan dia menangis nangis tak nak dimadukan.
shida81 replied at 14-9-2023 11:27 AM
Jantan tu satu hal la
Yg ko betina sama nk melayan kenapa
Sama2 naik pastu salah kan jodoh
BoongaKertas replied at 14-9-2023 12:15 PM
oh utube ada ke chuols? ala iols terlepas plak yg ni
Buritan replied at 14-9-2023 11:15 AM
Mohon takdir aku tak mcm tuu .lgpun laki financial biasa biasa . Rupa pun biasa biasa.. aku oun bi ...
ADVERTISEMENT