CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Kereta Terlelap Sampai Masuk Ke Jalan Bertentangan, Penunggang Motor Patah Kaki Dirempuh

14-9-2023 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2177| Komen: 5

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal  patah kaki selepas dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan ke Bukit Beruntung dari Hospital Selayang.


Katanya, ketika di lokasi kejadian, pemandu tersebut telah memasuki laluan bertentang.


Foto: Kosmo

“Dipercayai pemandu berusia 54 tersebut telah terlelap kemudian gagal mengawal kenderaanya lalu bertembung dengan sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tiada kecederaan membabitkan pemandu kereta tersebut manakala penunggang motosikal yang juga seorang lelaki tempatan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

“Mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai patah kaki akibat kemalangan itu, kes masih dalam siasatan pihak polis” katanya.- CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 14-9-2023 10:18 AM
Jalan ni mmg berantu.
Kerap beno xcident.
Mujur panjang umur lg.
Melambung aku nengok.
Dh ler penat br blk kije,lggr dek org pulak.
Haih.
Quote boo03 17-11-2024 05:49 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.469296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top