CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice Berang PA Ebit Lew Bagi Banyak Alasan, Malas Layan Bila Dihubungi

14-9-2023 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3092| Komen: 10

Caprice berang selepas pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew memberi banyak alasan dan enggan melayannya ketika dihubungi.

Di Instagramnya, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, cuba menghubungi pembantu peribadi Ebit Liew yang dikenali sebagai Waits sambil ditemani Mondy Tatto, seorang wanita yang pernah dibantu pendakwah tersebut suatu ketika dahulu.


Bagaimanapun, panggilan tersebut menemui jalan buntu apabila Waits dilihat cuba berdolak-dalih dan enggan menjawab sebarang persoalan yang diajukan Caprice.

Foto:IG

“Ustaz Ebit Liew, tolong periksa pembantu peribadi atau staf awak ni, masih dalam tandas lagi ke? Dah dua jam Cap tunggu."

Di ruangan komen, rata-rata ramai menasihati Caprice agar tidak terlalu berani walaupun berniat untuk menegakkan kebenaran.



“Apa-apapun, Cap hati-hatilah. Banyak talam dua muka di dunia ini. Hajat kita hendak membantu, tetapi takut kita yang terkena balik. Hati-hati ya,” kata Rose.

“Putar belit. Mula-mula tanya siapa Caprice. Selepas itu, gagap bila dengar nama, terus suruh WhatsApp. Selepas itu cakap salah nomborlah, tuan telefon dalam tandaslah, yang tolong jawab namanya Ali lah. Kelakarlah si pemutar ni,” komen seorang lagi pengguna lain.

“Sebenarnya, saya berasa risau dengan Cap dan keluarga. Tolong hati-hati sebab kali ini Cap dah gali dalam sangat. Banyak-banyak berdoa dan baca ayat pelindung ya,” kata Hayati.


Sebelum ini, Caprice mendedahkan dia bakal menceritakan kisah sebenar Mondy melalui sesi podcast khas di laman YouTube miliknya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 14-9-2023 09:54 AM
Kenapa mondy boyot ke sampai kena bawak nak jumpa ebit
Quote beni_nikaido 14-9-2023 10:13 AM
udah2 la caprice.
ramai yg dah buka mata pun pasal ebit ni
toksah la layan sgt mondy tu. bukan warga kite pun.
awak tu dah berfamili, kang gali lebih2 kang lain lak jadinye.
kalo nk tolong betul2, tu....mcam firdaus tu ha. sampai ke mahkamah dia fight.
bukan gaya2 content macam ni
Quote Burong_Hantuk 14-9-2023 10:20 AM
caprice ni kaki menempel ...tapi yg bnyk buat kerja utk bwk ebit ke mahkamah is ustaz firdaus wong
Quote Zaien 14-9-2023 11:39 AM
cukup2 la topinasi.. mmg betul ko dh londeh byk isu ni tapi x perlu la sampai gali lubang cacing tanah bagai.. kang bini & anak tiri ko jadi hal nanti malu kang..
Quote anilanil 14-9-2023 12:05 PM
Kalo si ebit tu buat benda jahat ke mondy tatoo tu, korang mmg jenis tak reti ke nak report polis. Korang byk sgt tengok cite tamil ni. Nak sgt jadi hero kena tembak nyorok tepi basikal peluru tak lut.
Quote lil_honey 14-9-2023 12:14 PM
ni kes dendam tak sudah lagi ke.
tapi betul la. dah dua bulan si ebit tu hilang
Quote HoneyManjer 14-9-2023 12:27 PM
gigih ko kan...
kalau yebit buat salah report polis...
bukan pegi carik dia...
ko sebenarnya tersakiti lagi kan kes al-aqsa dluh.......
kalau duluh yebit layan ko baik...tolong ko masuk al-aqsa dluh....
mesti ko tak macam ni kan kan kannnnnnnnnnnn
Quote anarina 14-9-2023 01:15 PM
Baik topinasi baik bitlewwww dedua PAID CLOWN. Itulah yg netizen duk hadap especially thise b40s. Hiburan bak kata org. Lalai.
Quote likilu 14-9-2023 02:53 PM
anilanil replied at 14-9-2023 12:05 PM
Kalo si ebit tu buat benda jahat ke mondy tatoo tu, korang mmg jenis tak reti ke nak report polis. K ...

Repot polis tak menyumbang popularity
Quote amyfaha 14-9-2023 03:13 PM
Boleh je ckp elok2 rupanyaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037427 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top