CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis Hentikan Jualan Iphone 12 Kerana Radiasi Berlebihan

13-9-2023 09:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1904| Komen: 1

Paris: Agensi pengawal selia Perancis mengarahkan jualan telefon pintar iPhone 12 dihentikan pada hari yang sama Apple melancarkan model iPhone 15 di Cupertino, California, lapor laman berita Wion News hari ini.


Badan pemantau radiasi ANFR menuntut pemberhentian jualan itu dengan menyatakan bahawa telefon model tersebut mengeluarkan terlalu banyak radiasi elektromagnet.

Gambar hiasan

Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Perancis, Jean-Noel Barrot memberitahu akhbar Le Parisien bahawa ANFR telah menjalankan ujian yang mendapati Kadar Penyerapan Khusus (SAR) model telefon pintar itu sedikit tinggi daripada apa yang dibenarkan undang-undang.

Badan pemerhati itu berkata, makmal bertauliah mendapati penyerapan tenaga elektromagnet adalah pada 5.74 watt sekilogram (kg) semasa ujian dijalankan iaitu apabila model tersebut dipegang atau disimpan di dalam poket.


Penyerapan khusus mengikut piawaian di Eropah ialah 4.0 watt bagi setiap satu kg dalam ujian seumpama itu.

Susuan itu, ANFR berkata, ia mengarahkan Apple untuk menarik semula penjualan iPhone 12 daripada pasaran Perancis bermula semalam. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 13-9-2023 10:45 PM
Dulu Samsung meletop..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.116561 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top