CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Sendiri Serahkan Kunci Dan Motosikal Untuk Disita'

13-9-2023 09:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5043| Komen: 81

Sepang: "Saya akui memang salah saya jadi terima saja hukuman malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran," kata penunggang p-hailing, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar.

Kisah Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas tular gambar dan videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya.


Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati warganet dengan segelintirnya mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.

PEMPENGARUH, Aisar Khaledd (berbaju putih) membawa Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar membeli motosikal baru. FOTO tular

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Shahrul Shah dari Sungai Pelek, di sini berkata, motosikal ditunggangnya ditahan kemudian disita dalam satu operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.


"Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja kerana syif tengah hari.

"Nak dijadikan cerita, ada operasi sekatan jalan raya dan salah saya kerana cukai jalan sudah tamat tempoh dan tiada insurans.

"Jadi, saya akur, tak melawan malah beri kerjasama dengan serahkan kunci serta motosikal kepada pihak berkuasa untuk disita," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas motosikalnya disita, Muhammad Shahrul Shah terus berjalan kerana sudah meminta bantuan seorang rakan mengambilnya di satu tempat.

"Saya ada baca juga komen netizen, ada yang kata saya jalan sejauh empat kilometer (km) tanpa arah.

"Itu semua tak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

"Tapi mungkin ada yang buat penilaian berdasarkan gambar dan video tular," katanya.

Muhammad Shahrul Shah berkata, dia tidak sangka kisahnya itu akan tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Lebih membuatkan bapa dua anak itu terharu apabila pempengaruh, Aisar Khaledd sudi membelikan motosikal baru buatnya sebagai ganti.

"Memang terkejut apabila bangun tidur dapat banyak mesej beritahu kisah saya sudah tular.

"Dalam jam 9 atau 10 pagi tadi, saya dapat panggilan pula daripada wakil Aisar Khaledd menyatakan berhasrat menyumbang motosikal.

"Syukur Alhamdulillah, saya anggap pemberian itu sebagai rezeki dan terima seadanya walaupun ikutkan, saya boleh pinjam kenderaan ahli keluarga buat sementara waktu.

"Tak sangka sampai jadi begini dan terima kasih kepada semua netizen serta rakyat Malaysia yang mendoakan," katanya.

Menurut Muhammad Shahrul Shah, ujian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki sebagai penunggang p-hailing.

"Sebenarnya, saya ada kerja hakiki cuma cari rezeki sebagai penunggang p-hailing sejak lebih setahun lalu untuk menambah pendapatan.

"Apa yang berlaku tidak melemahkan semangat saya hingga terfikir nak berhenti kerana buat masa ini, kerja hantar makanan adalah sumber mata pencarian saya bagi menambah pendapatan," katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan cukai jalan motosikal ditunggang Muhammad Shahrul Shah didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Menurutnya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

Katanya, sitaan dijalankan ketika Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai yang bertujuan mengesan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noah8670 13-9-2023 09:48 PM
Bagus adik ni kerja tetap ada, part time pun buat. Tapi dlm gigih cari duit tu, jgn lupa keselamatan diri dik oooi. Rule tu ikut le Semoga tak ulang kesilapan sama
Quote Thunderclouds 13-9-2023 10:12 PM
Hahahaha..bodo.
Moto sedia ada pon xtbayo rodtek insurance (dh mati dr bulan 2 sampai kna sita xrenew²) ko nk kna tanggung lg 1 moto pulak.
Haih.
Quote shernazz 13-9-2023 10:21 PM
Hurmm je.lah.
Kesian juga cuma tu la
Undang2 tehtap.undang2..
Quote Tinot7 13-9-2023 10:25 PM
Mebbe dia bz sgt sampai terlupa.. harap2 dia dpt tebus balik, bayaq cukai insurans bagai..
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2023 10:25 PM
shernazz replied at 13-9-2023 10:21 PM
Hurmm je.lah.
Kesian juga cuma tu la
Undang2 tehtap.undang2..

Undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padam

[youtube]svedI-EVhww[/youtube]
Quote kaedahnya 13-9-2023 10:25 PM
kenapa aisar kaled tinggi namun gila glam ni tak bayarkan jur roadtax ngan insurans motor sedia ada? kenapa? kenapa?
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2023 10:29 PM
Shahrul Bariyyah tersenyum sinis
Quote nazzse 13-9-2023 10:39 PM
Setepek kena pengkomen yang duduk kutuk jpj. Terang2 salah dia ni, jpj yg kena. Sejenis cuai & selfish, drp bulan 2 tak reti2 nak bayar, if baru expired boleh terima alasan lupa.
Quote Thunderclouds 13-9-2023 10:40 PM
Tinot7 replied at 13-9-2023 10:25 PM
Mebbe dia bz sgt sampai terlupa.. harap2 dia dpt tebus balik, bayaq cukai insurans bagai..

Kalo tu moto dia carik mkn 'lupa' renew dlm semggu 2 masuk akal, tp xkan sampai 7bulan lupa nk renew.
Quote asfaz 13-9-2023 10:43 PM
Edited by asfaz at 13-9-2023 10:45 PM

Padan muka netizens yg beria2 maki JP .Dia sendiri mengaku dia Salah.Yg paling benggap org yg rakam dan tularkan.
Bulan ni mmg ada operasi. Tak baca agaknya diaorg ni  
Screenshot_2023-09-13-17-32-19-60_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg
Quote Apoo 13-9-2023 10:44 PM
Thunderclouds replied at 13-9-2023 10:12 PM
Hahahaha..bodo.
Moto sedia ada pon xtbayo rodtek insurance (dh mati dr bulan 2 sampai kna sita xrene ...

Ala, jual saja la motor lama. Guna duit tu utk bayar road tax motor baru.
Ini yg dikatakan rezeki dalam ujian. Insyaallah klu kita redha & sabar dgn ujian, Allah akan beri rezeki dari jalan yg tak disangka2.
Semoga dia lebih alert lepas ni.
Quote nasbab86 13-9-2023 11:00 PM
Tgk pd penerangan dia tu, bkn dia yg meminta2x org bantu. Secara x langsung org plak duk kutuk dia pasal x renew roadtax.
Aku jd kesian plak kt dia. Apa org bg tu mmg la rezeki dia, tp bila jd viral sikit byk dh jd memalukan dia.
Yg pasal x renew roadtax on time tu, aku ada kenal sorg mmber ni, laki dia mcm ni. Roadtax duk tangguh2x byr. Bila bini tny knp xrenew rdtax lg, dia xjwb sebab apa n just ckp nantila, biar dlu. Bkn xde duit, tp malas. Pastu bila bini nasihat, sambung la cpt. Yg penting insurance tu. Kalau jd pape masa roadtax mati, xleh claim pape. Laki dia bleh jwb, awk ni mcm memintak plak excident tu. Hurmmm, gitula sesetengah lelaki yg suka ambik mudah.
Quote mojarean_X 13-9-2023 11:02 PM
Baiknya aisar khaled ni
Quote Skuau 13-9-2023 11:04 PM
#AkuBukanAnkPapa
Quote kotakbaju 13-9-2023 11:41 PM
kaedahnya replied at 13-9-2023 10:25 PM
kenapa aisar kaled tinggi namun gila glam ni tak bayarkan jur roadtax ngan insurans motor sedia ada? ...

Terpikir jugak iols. Kenapa si aisar tu tak tolong settle aje apa yang tertunggak kat motor tu dari belikan motor baru.

Btw keja apa si aisar ni? Dekat ig tunjuk duit cash berikat2 berkepuk. Lepas tu main bagi je duit camtu je kat sesapa. Kaya betul.
Quote TabletSusu 13-9-2023 11:58 PM
Thunderclouds replied at 13-9-2023 02:12 PM
Hahahaha..bodo.
Moto sedia ada pon xtbayo rodtek insurance (dh mati dr bulan 2 sampai kna sita xrene ...

ni yg aku fikir.. ko bagi motor baru buat apa. lebih baik ko bagi dia duit pi renew roadtax insuran motor tu
Quote Lampuled 14-9-2023 12:25 AM
Semua nk tambah perisa nk buat content.
Influencer pun cerdik gak menagguk di air keruh. Tlg jer lah dia byt roadtax nape gi beli moto baru plak?
Makin kronik cara fikir org Malaysia ni.
Quote matjerk 14-9-2023 12:31 AM
Menolong pun berpada pada la... moto dia ada masalah ke? Dah uzur ke? Lebih baik tlg setelkan masalah rtax dia tu je.... ni skrg x pasal2 kna tggung 2 pulak moto... tp klu motor dia benar2 dh uzur.. okay lah... btw.. dia ada keje hakiki, klu kumpul2.. rasa dh boleh byr rtax insurans tu... takut masalah attitude jer.. jenis ambik mudah tentang sesuatu perkara... jenis.. klu dpt saman parking ke.. x byr... padahal byr segera murah jer... tp jenis suka biar lah.. tak payah byr lah.. pastu kumpul2 jd byk... tp klu bab2 derma, sumbanga, laju jer... sumbangan, dermA tu TAK WAJIB... tp hutang, saman, bil2.. WAJIB.. jgn ambik mudah
Quote matjerk 14-9-2023 12:33 AM
Influencer2 ni kebanyakan kelas belakang kan.. cara fikir kurang rational

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.048639 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top