|
Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro memberitahu dia kini bakal memperlahankan kariernya sebagai pelawak bagi memberikan fokus kepada syarikat produksi miliknya iaitu Baba House Production.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 37, berkata tujuan dia aktif menguruskan produksi itu adalah kerana mahu memberikan peluang kepada pelapis baharu bagi terus memperjuangkan industri komedi. “Sekarang ni tengah sibuk uruskan produksi saya, hasilkan serta mengarahkan beberapa telemovie, malah akan datang ada telemovie yang akan disiarkan di Astro tidak lama lagi berjudul Baby Sita. “Bukanlah sepi dalam bidang lawak cumanya sekarang ini lebih selesa untuk lihat bakat-bakat baharu dalam bidang komedi ni, mungkin saya ni dah sampai tahap penghujung jalan karier lawak ni. “Ramai juga budak-budak yang mesej saya untuk minta tawaran berlakon. "Insya-Allah kalau ada rezeki memang saya akan panggil lagipun saya dulu bermula daripada bawah juga seperti pelakon tambahan,” katanya.
Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.228576 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.