CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahnita Wilson Tak Kisah Lalui Proses Penuaan

13-9-2023 07:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5987| Komen: 26

Baru-baru ini, Zahnita Wilson, 38, menerusi satu hantaran di Instagram, menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang prihatin dengannya.

Pemilik nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson turut menyatakan bahawa dia sangat berminat untuk melihat keadaan dirinya berambut putih secara semulajadi. 



“Terima kasih di atas keprihatinan anda, saya tahu saya kelihatan seperti dilanggar bas sekarang. Syukur Alhamdulillah saya melalui banyak cabaran kesihatan mental, emosi, dan fizikal pastinya! Penuaan pramatang.

“Saya tidak akan cuba menentang kuasa graviti dan menafikan alam semulajadi. Saya rasa saya perlu berehat dari ubat-ubatan, kadangkala ia terapeutik, kadangkala ia menyusahkan hidup.

"Saya bertahan dengan dengan kehidupan sekarang kerana saya sebenarnya berminat untuk melihat rupa saya dengan rambut putih secara semulajadi," tulisnya. 



Dalam pada itu, Zahnita turut menitipkan pesanan agar seseorang tidak perlu terlalu bimbang mengenai rupa paras kerana ada banyak lagi perkara yang lebih penting.

"Kita harus melakukan apa sahaja yang membuatkan kita berasa lebih baik dan berminat dengan apa yang berlaku di sebalik skrin yang membosankan ini," tulisnya lagi.

Terdahulu, ramai yang terkejut melihat wajah terkini Zahnita tanpa mekap yang kelihatan semakin tua dengan rambut beruban.

Susulan perkongsian gambar itu juga menyebabkan Zahnita kehilangan beratus pengikut di Instagram.


Sumber: Murai, IG Zahnita Wilson

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 13-9-2023 07:36 PM
Yeahhhh iols org pertama Komen..yakkkk yakkk yeahhh
Quote primarikey 13-9-2023 09:11 PM
Iols suka jawapan dia
Nmpk matang dan confident
Hidup tak harap pujian
Susah nk jumpa pompuan mcm ni
Jujur dgn diri sendiri dan org sekeliling
Tahniah zahnita.
Quote miss_strangers 13-9-2023 09:18 PM
Muka dia Ada Iras pelakon china Tu..shuqi
Quote VespaSilbe 13-9-2023 09:39 PM
Sukanya cutting rambut gini.. fresh look gituh
Quote missyL 13-9-2023 10:09 PM
Die klo mekap2 sket
Pakai elok2
Lagi lawa dr artis2 yg muda lol
Quote Skyline_84 13-9-2023 10:20 PM
miss_strangers replied at 13-9-2023 09:18 PM
Muka dia Ada Iras pelakon china Tu..shuqi

Ha ah Kan . Shu qi.lawo
Quote prince_marhaen 14-9-2023 09:14 AM
orang tak kesian sangat sebab dia nampak tua, orang kesian dia tak sihat mental je, embrace aging pun sampai langsung tak jaga diri, macam kena kerja teruk je, walhal she boleh relaks2 kahwin ngan orang kaya handsome, jadi tai-tai ada maid kat rumah, yet she pilih kawin ngan laki yang kuat gaslight dia ni, tahan tak bagi cerai dulu, jadi lecturer fesyen kat MSU pun sekejap je laki suh benti jaga anak... sian betul..
Quote supernaturalee 14-9-2023 09:56 AM
die kena depression ke caner


Quote aciksenah 14-9-2023 10:09 AM
prince_marhaen replied at 14-9-2023 09:14 AM
orang tak kesian sangat sebab dia nampak tua, orang kesian dia tak sihat mental je, embrace aging pu ...

Ye la kan..macam tak terurus je nampak. Tak sihat mentally ke sheols?
Quote jlo 14-9-2023 10:10 AM
doa yg terbaik untuk dia..nampak dia penat sangat
Quote freyayong 14-9-2023 10:11 AM
nampak tak terurus. definitely bukan age gracefully....
Quote Burong_Hantuk 14-9-2023 10:13 AM
Utk umur 38 thn,esp model,muka dia mmg nmpk tua drpd umur sebenar
Quote prettyuglybabe 14-9-2023 11:44 AM
orang yang 40 plus pun ramai nampak lagi muda dari dia..
baka omputeh kot yang buat nampak tua sangat..
Quote cik_ingeniare 14-9-2023 11:47 AM
kakak meols yg tua dari dia aging gracefully. muka dia nampak penat.. rehatlah kalau perlu & penat uruskan family.. terkejut jugak tengok video dia hari tu.. moga baik baik saja buat zahnita..
Quote scrocth 14-9-2023 12:03 PM
prettyuglybabe replied at 14-9-2023 11:44 AM
orang yang 40 plus pun ramai nampak lagi muda dari dia..
baka omputeh kot yang buat nampak tua sanga ...

Bkn sbb baka sis, rasanya kena mentally n sometimes physically abused/tortured ni. Kesian zahnita. She nampak mcm redha n pasrah jer dgn kehidupan she skrg.
Quote Dzahin_poch 14-9-2023 12:42 PM
prince_marhaen replied at 14-9-2023 09:14 AM
orang tak kesian sangat sebab dia nampak tua, orang kesian dia tak sihat mental je, embrace aging pu ...

I rasa dia stress sb anak2 tgh nak membesar. I pernah ada experience dgn one of my patient, masa anak kecik2 di fullhouse wife, n before that dia model asal dari sabah, husben org besar proton edar time tu n mmg busy nak mamps.zaman 20tahun lepas kalau ada maid kan org kategeri kaya. N dia pon anak dato so mmg hidup senang , tapi bila kawen anak2 tgh membesar n skolah dia salu dtg clinic amik ubat tido untuk tenang kan fikiran dia even dia ada maid dgn Anak 5 k hahahah. Time anak dia nak exam lg dia stress sampai 2 hari x tido sb dia buat task untuk anak dia study n anak2 dia 5 org tu semua pandai2 sgt. I suka layan anak2 dia bila dtg clinic n semua sopan2 n sgt fluent ckp english  that time. Skrng anak2 dia semua dah besar n ada yg dah kawen n dia pon dah pindah balik sabah. Surprisingly tetiba dia up balik pos dia jd model muslimah  untk satu butik kat sana ye. N yes dia masih cantik cuma time breakdown sekejap masa anak2 tgh fasa membesar. Mungkin zahnita ni sedang lalui fasa tu .
Quote umbut 14-9-2023 12:46 PM
Takpa.. Body maintain.. Lepas makeup cun balik.. Model2 retis2 tu kalo x makeup pun cam mak lampir je
Quote bukan_ustazah 14-9-2023 01:13 PM
Sheols masih cantik je cuma rambut tu nampak buat nampak tua. Laki kaya pergi salon warna rambut la bagi laki sayang balik. Nak menua boleh je tapi laki ni pun kena jaga juga sekarang banyak penyondol.
Quote mizzmimi 14-9-2023 01:16 PM
Maybe Zahnita ni cuma penat urus anak2 & rumahtangga. Maintain je body, lelain tu bole groom balik. Rambut silver pon cantik kalau kena gaya

IMG_20230914_131333.jpg

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057948 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top