CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Khianat Tuang Minyak Atas Jalan, Laluan IOI Ke Presint 15, Putrajaya Licin- Ramai Dah Jadi Mangsa Kemalangan

13-9-2023 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2751| Komen: 16

PUTRAJAYA – Jalan licin kerana ditumpahi minyak, orang ramai yang melalui laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju ke Presint 15 dan 16, di sini, dinasihatkan untuk terus berhati-hati.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang sengaja menuang minyak di atas jalan berkenaan.

Menerusi perkongsian di satu kumpulan WhatsApp perumahan, laluan menuju ke Presint 15 dari IOI City Mall itu disifatkan menjadi kawasan kemalangan selepas beberapa kenderaan terjejas akibat tumpahan minyak berkenaan.



Melalui video dikongsikan, terdapat sebuah bekas berisi minyak dijumpai di tepi laluan berkenaan selain beberapa kenderaan termasuk penunggang motosikal turut menjadi mangsa.

Video kemalangan membabitkan penunggang motosikal itu turut dirakamkan secara langsung ketika seorang pengguna media sosial ingin berkongsikan mengenai tumpahan itu.




“Mohon berhati-hati di sekitar laluan menghala ke Presint 16 di sekolah pertama, jaga-jaga ‘cornering’ di situ.

“Atas jalan ada minyak, ada orang tuang di atasnya,” maklum Group Rumah Hassan tadi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evolutionary 13-9-2023 04:10 PM
apa punya bahana la main letak2 minyak ni
Quote Kentot_Wangi 13-9-2023 06:16 PM
Kt mana2 pn ade geng dajal mcm ni. Sampai org hilang nyawa. Tak rasa bersalah ke? Smoga mana2 geng dajal buat mcm tu, Allah turun balik kpd nya perkara yg sama kt dy. Aamiin.. Busuk hati
Quote mejaputih 13-9-2023 06:23 PM
Eh iols semalam terlalu laluan ni sbb salah masuk simpang ..masa iols lalu ada pasir2 kat tepi..tp iols mmg slow down la sbb takut jalan licin..kalau laju mcm motor tu kalau tak kerana minyak, pasir2 tu pun boleh menyebabkan tergelincir...
Quote HujanBatuTiga 13-9-2023 10:00 PM
Bukan khianat. Lori trtumpah tong minyak.
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2023 10:04 PM
Tukartiub tersenyum sinis
Quote tumpanglalu74 13-9-2023 10:36 PM
Koje longkai lattew..

[youtube]QRYdkFKE99o?si=NlDeq0SdHKjsjJQE[/youtube]
https://youtu.be/QRYdkFKE99o?si=NlDeq0SdHKjsjJQE
Quote kaedahnya 13-9-2023 11:17 PM
kalau sengaja memang noharomm perangainya. psiko.
Quote dekmieDandy 14-9-2023 09:07 AM
dekat tempat aku dulu diorang bungkus minyak dalam plastik air tapau tu

time drive diorang campak, so nampak cam orang buang sampah lepas minum je, rupanya plastik minyak

waktu tu, memang tiap hari orang accident situ, lori towing pun memang siap parking tepi jalan

ni cerita awal 2010 la
Quote nutcrack8 14-9-2024 10:08 AM
Jalan corner ni dari dulu lg aku syak ade org simbah minyak atas jln. Byk kali da eksiden. My partner pon penah nk eksiden kat sini seb baik dpt mengawal kenderaan
Quote Purestteam1 14-9-2024 10:46 AM
naya pada pengguna jln raya... senang je cara nk cari duit pada pelaku
Quote imanjannah 14-9-2024 10:49 AM
dah x ada kerja sangat, perbuatan khianat yg sgt melampau, jika berlaku apa2 charge je membunuh dgn niat
Quote Rahah 14-9-2024 10:49 AM
Gigihnya la up thread tahun 2023...
Quote boo03 17-11-2024 05:50 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058711 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top