PETALING JAYA – Seorang peserta Himpunan RXZ Member 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, kecewa selepas pembantu rumah (bibik) bertindak melarikan diri ketika dia berada di Terengganu.
Lebih malang, lelaki terbabit mendedahkan beberapa barangan peribadi dan berharga miliknya turut dilarikan. Lelaki tersebut turut mendedahkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Rakaman tersebut memaparkan kelibat pembantu rumahnya sedang memunggah beberapa beg dan barangan lain keluar dari kediamannya. Menurut lelaki itu, bibik terbabit turut meninggalkan rumah dalam keadaan tidak terurus seperti sampah tidak dibuang, sinki tersumbat dan baju mereka sekeluarga tidak dicuci. “Kita orang pergi ‘healing’ kat RXZ Member dia boleh lari ikut lelaki lain. Banyak betul barang bibik sampai tiga kali angkut. Sesiapa jumpa bibik ini hubungi saya, kita tular sampai dapat.
“Apalah salah kami. Tinggal rumah macam itu, pintu dan pagar tak tutup. Dari awal datang kurus, kami bela sampai macam ni (gemuk),” ujarnya. Turut kelihatan dalam video terbabit adalah seorang lelaki yang datang dengan sebuah kereta dipercayai teman lelaki pembantu rumah tersebut sebelum membawa wanita itu pergi. Individu itu menambah, pembantu rumahnya itu masih mempunyai baki kontrak selama setahun. Jelasnya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubunginya segera dan sedikit sagu hati akan diberikan. “Baliklah bibik, kami risau awak di luar sana dengan orang tak kenal. Kalau bibik tak nak kerja dengan kami pun tak apa, janji bibik balik, kita selesai cara baik,” luahnya. Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 8 September lalu berdasarkan rakaman CCTV yang dikongsi individu terbabit. –CARI Sumber: Kosmo
|
CiliPadiSedap replied at 13-9-2023 03:47 PM
@Friska
bela bangsa babu pengemis friska cmni lah jadinya. bangsa sondol suami orang. bau ikan ker ...
Friska replied at 13-9-2023 04:17 PM
Maaf ya teman-teman, saya rada busy. Bolak balik dari rumah ke KPJ terus ke pejabat suami saya. Se ...
noor2 replied at 13-9-2023 04:13 PM
La..masih risaukan bibik yang dah menipunya hidup2...
CiliPadiSedap replied at 13-9-2023 04:37 PM
kalau betul alhamdulillah. kalau menipu dosa tau
sebab friska ada rekod menipu dalam forum c ...
tri-max replied at 13-9-2023 04:04 PM
aku da kata kalau nak amik maid
jgn dibela macam anak angkat
naik tocang la kaum friska
tikusmontok replied at 13-9-2023 04:53 PM
Dengar boleh, percaya jangan. Ndon jongos tersohor membongak
Friska replied at 13-9-2023 04:17 PM
Maaf ya teman-teman, saya rada busy. Bolak balik dari rumah ke KPJ terus ke pejabat suami saya. Se ...
CiliPadiSedap replied at 13-9-2023 04:43 PM
kaka rasa friska ni kerja cleaner kpj, dia dapat beg ubat kt tong sampah dia selfie kereta doc ...
ADVERTISEMENT