CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Ini Macam Bawang, Banyak Lapisan," Aina Abdul Mengaku Susah Lelaki Nak Faham Dirinya

13-9-2023 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4283| Komen: 26

Aina Abdul belum bersedia bercinta kerana jadual kerja yang padat ketika ini.

Katanya dia tidak mempunyai ruang untuk menjalin hubungan cinta kerana terlalu fokus dengan kerjaya selain bimbang tidak dapat memberi perhatian kepada bakal kekasihnya.


Foto: IG

“Susah sebenarnya untuk saya jawab soalan ini. Saya suka benda yang orang tak suka, berbeza, namun saya terbuka mengenali sesiapa untuk berkawan.

“Saya ini macam bawang, banyak lapisan, susah nak cari orang yang benar-benar faham diri saya, jadi saya tidak mahu jalin hubungan tanpa fokus betul-betul, nanti pasangan saya terluka,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada pelantun lagu Terus Hidup itu ada menaruh perasaan atau meminat mana-mana jejaka, dia berkata, sudah menjadi lumrah seorang wanita untuk memiliki naluri sebegitu.



“Kalau sekadar suka itu ada, sebab sudah lumrah manusia suka tengok sesuatu yang indah di mata.

“Saya ada kenalan lelaki tetapi tidaklah rapat malah tidak menghalang diri berkawan kerana kebanyakan inspirasi lagu saya adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan orang lain.


“Mahu menamatkan zaman bujang pun rasanya lambat lagi sebab jadual saya pada ketika ini tidak membenarkan,” katanya pada majlis Sidang Media A Night With Aina Abdul semalam.

Dalam perkembangan lain, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu bakal mengadakan konsert solo berskala mega iaitu A Night With Aina Abdul 3.0 yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November. — CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 13-9-2023 02:26 PM
takpe la aina.. kejar ur dreams dulu… jodoh klu ada nnti dtg jg tu..
Quote prince_marhaen 13-9-2023 02:32 PM
bawang ke....dah macam labu pesta halloween je nokk...
Quote ezacbee 13-9-2023 02:34 PM
Dia bak bawang, adalah iras2.

Quote Burong_Hantuk 13-9-2023 02:42 PM
badut,,,,
Quote Janetnasuha 13-9-2023 02:52 PM
Patut lah kepam
Quote asimilasi 13-9-2023 03:02 PM
ok laa.. tapi xder auraaaa... org cuma ingat pakaian and bakat... rupa takder... so pakej tu tak ckup.. sebab rakyat malaysia taste lain skit dikk... untuk memeriahkan dan meraikan industri ok la.... bole diterima...
Quote winky1 13-9-2023 03:09 PM
Poyyyyo nya kamu
Quote rayna_raynes 13-9-2023 05:04 PM
Haha sebagai manusia yang otak complicated, aku paham je maksud aina.
Personality dia pun nampak agak complex. Orang yang tinggi musicality ni selalunya mmg ada banyak layers of personality. Most likely an INTJ/INFJ/INTP
Quote I.K.A888990 13-9-2023 05:56 PM
so panggil makcik bawang la lepas ni
jgn busuk je sudah
Quote Perawankota 13-9-2023 11:19 PM
Untunglah buat konsert dapat dana Dari gomen… semoga sukses lah yer
Quote doubleA 13-9-2023 11:30 PM
Terpulanglah mau jadi apa mau jadi labu mau jadi bawang…
Quote Moyangkucing 13-9-2023 11:32 PM
Dia ni pinjam dialog Shrek ke? Shrek ada cakap kat donkey masa mula2 berkenalan
"Orgres are like onions.. "
Quote dua_chzy 14-9-2023 01:27 AM
rayna_raynes replied at 13-9-2023 09:04 AM
Haha sebagai manusia yang otak complicated, aku paham je maksud aina.
Personality dia pun nampak aga ...


Komen uols sorang ja menjana minda dalam thread ni sebab berkait rapat dengan tajuk dan isi tered.

Yang lain2 tu gred F sangat komen wtf la umat gosip ni.
Quote siza71 14-9-2023 02:18 AM
Tak yah bercinta sgt la Aina, takut jd MD plak. Jmpa yg sesuai kawin ja teruih utk mengelakkan maksiat... Tak gitu???
Quote Nham22 14-9-2023 06:30 AM
Kerak bumipon banyak lapisannn...
Quote kaseh80 14-9-2023 08:39 AM
Gendut haukss
Quote Lampuled 14-9-2023 09:02 AM
Bawang Holland or bawang Bombay?
Quote Myeramie 14-9-2023 02:40 PM
Wlaupon aina xlawa mgikut standard Malaysia tapi die popular jgk erk menang abp aritu so rakyat Malaysia bukanlah memilih rupa sgt.demographic fans ponen and wanita ke.xde masalah pon ngn baju mgkin sbb nak jadikan sbgai trademark and gimik die. Malaysian kan kalau kau xbuat bnde pelik mmg x popular.
Quote wirazam 14-9-2023 02:45 PM
Perawankota replied at 13-9-2023 11:19 PM
Untunglah buat konsert dapat dana Dari gomen… semoga sukses lah yer

Dia dpt dana gomen ke? Wah..hebat tul ..ke gomen melabur gak utk konsert tu..untung bahagi ikut agreement...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.048576 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top