CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Suri Rumah Buntu Nak Sara Empat Anak Selepas Suami Maut Nahas, Nak Jaga Bapa Uzur Lagi

13-9-2023 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5999| Komen: 54

SEBERANG PERAI – Seorang ibu empat anak sengsara selepas suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Alma, Bukit Mertajam pada bulan lalu.

Arwah Muhamad Firdaus Rosli, 36, yang bekerja sebagai penghantar barang meninggal dunia pada 30 Ogos lalu selepas bertarung nyawa hampir sebulan akibat cedera parah termasuk retak tempurung kepala.


Menurut Nur Ammera Atan, 32, kematian suaminya secara mengejut memberi kesan kepada kehidupannya lima beranak memandangkan dia merupakan seorang suri rumah. Selain membesarkan empat anak, wanita itu turut menjaga bapanya yang uzur.


Foto: Kosmo

“Saya mengakui, dari segi perbelanjaan bulanan memang terganggu sedikit kerana tiga daripada empat anak kami masih bersekolah manakala seorang lagi adalah bayi.

“Sebelum ini kami tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak atau organisasi dan hanya arwah suami yang mencari rezeki buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Machang Bubok, Bukit Mertajam baru-baru ini.


Nur Ammera memberitahu, suaminya terbabit dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan menghantar tempahan kepada pelanggan di Alma.

Jelasnya, selepas kematian suami, dia buntu, namun mujur keluarganya dan keluarga arwah suami banyak membantu melancarkan urusan seharian.

Sebelum itu, Nur Ammera dikunjungi Timbalan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang, Chiam Hong Lan ke kediamannya di Machang Bubuk, Bukit Mertajam di sini.

Hong Lan yang ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok, Lee Khai Loon turut menyerahkan surat pembayaran pencen penakat atas nama arwah Muhamad Firdaus yang juga merupakan pencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Antara faedah yang diterima adalah pencen bulanan selain faedah pengurusan jenazah RM2,000 secara one-off. Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank milik Nur Ammera 2007541000046310 atau menghubungi talian 011-6193 3350. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 13-9-2023 11:59 AM
Mana-mana yang nak suruh orang ini jangan tambah anak lagi sila mohon kad oku mental.
Quote kelapaparut 13-9-2023 12:09 PM
pencen bulanan yg isteri arwah dpt tu serupe pencen kjaan sampai mati kaa, ke temporary je sampai leh bdikari ke camne..
Quote prettyuglybabe 13-9-2023 12:43 PM
kalau pencen arwah tak cukup, cari la kerja..
umur 32 tu umur produktif lagi..
Quote VespaSilbe 13-9-2023 01:32 PM
Situ ada byk kedai ..takyah p jauh... Sekolah pun dekat .. kerjala pas anak balik sek ..
Quote shida81 13-9-2023 01:35 PM
Somi2 sekalian.. Klu bini tu xkj beli la hibah lebih skit... Ni esok mati tggl beban kt org yg hidup... Yg bini pulak klu blh kj la... Esok klu laki mati ke kn sondol ke at least ada kj
Quote otai_g 13-9-2023 01:36 PM
VespaSilbe replied at 13-9-2023 01:32 PM
Situ ada byk kedai ..takyah p jauh... Sekolah pun dekat .. kerjala pas anak balik sek ..

Kerja kdi nak tanggung diri sendiri cukup lah. Tp nak tanggung anak2 sedikit sukar. Kecuali kalo ada income support lain
Quote she 13-9-2023 01:42 PM
Boleh minta JKM rasanya
Haritu macik borak dengan waris kat sekolah
Dia cerita anak 4 juga
Bercerai sebab laki makan dadah

Dia minta bantuan JKM
Dapat berapa ratus
Tak pasti

Boleh lah sesambil tunggu ibu stabil dapat keje
Quote Prickford 13-9-2023 01:44 PM
Bila sheolls cakap suami keje hantar barang je & tak penah minta mana2 bantuan, mmg kuat semangat cari rezeki suaminya. Moga dikurniakan syurga.
Quote mayaHD 13-9-2023 01:55 PM
kawasan steven sim dulu, mmg kuat bantu melayu, ada yg dpt peluang bisness kecit2 ada dpt bantuan buat rumah last2 rumah tu jadi ketua penyokong PN ahahhaha. Steven ckp aku bantu tokong tak sebanyak aku bantu tahfiz melayu tapi ahahhahaha....
Quote chiyoasuka 13-9-2023 02:30 PM
smoga dipermudahkan urusan ya
Quote asamfish 13-9-2023 03:04 PM
VespaSilbe replied at 13-9-2023 01:32 PM
Situ ada byk kedai ..takyah p jauh... Sekolah pun dekat .. kerjala pas anak balik sek ..

dia ada baby jugak, sgt sulit utk keluar bekerja melainkan tmpt kerja boleh bawa baby/toddler.  nak hantar nursery rasanya tak berbaloi

Quote monreyes 13-9-2023 03:58 PM
jual la grg pisang ke...n lemak
Quote mojarean_X 13-9-2023 04:03 PM
shida81 replied at 13-9-2023 01:35 PM
Somi2 sekalian.. Klu bini tu xkj beli la hibah lebih skit... Ni esok mati tggl beban kt org yg hidup ...

Pin this comment please
Quote juruterra 13-9-2023 04:23 PM
siannya, thats why saya galakkan berkerja kalau boleh utk kaum2 wanita. bila jd kejadian mcm ni mmg susah nk survive, dh biasa tak kerja, nk masuk job market especially professionals mmg susah. kalau oddjobs boleh la come back anytime.
Quote Nana_Man 13-9-2023 04:59 PM
Guys, balu ni ada baby kecik, ada bapa yg uzur jgk. Kalau takde dua org tu, mesti automatic dia cari keje. Semoga tuhan bagi dia rezeki yg lain.
Untuk pompuan2 yg lain, tolong jgn jadi surirumah. Ajar anak2 pompuan untk ada career pada masa hadapan.jgn kawin main beranak ramai2 melainkn masih boleh bekerja.
Quote ifanonline 13-9-2023 05:04 PM
zaman skrg ni memang suami isteri kena kerja...kpd ketua keluarga, kena buat family planning...lelaki2 yg single tu, amalkan masturbasi secara berkala, at least sehari sekali...
Quote pengecatbintang 13-9-2023 05:07 PM
company tempat keje tu x carum socso?
Quote annehuda 13-9-2023 05:21 PM
kekdg tgk penghantar makanan ni bawak motor macam masya allah... pernah gak la menyumpah seranah.  tp tu la kagum gak aku dgn family ni, dalam keje delivery tu mampu sara anak sampai 4 org.  
Quote VespaSilbe 13-9-2023 05:28 PM
otai_g replied at 13-9-2023 01:36 PM
Kerja kdi nak tanggung diri sendiri cukup lah. Tp nak tanggung anak2 sedikit sukar. Kecuali kalo a ...

Boleh kut otai.. jadi cleaner pun sejam RM 30.. nak tak nak je.. harga makanankat machang bubuk pun muroh lagi.. anak dah besar dok dukung adik kecik tu.. dah susah ni kena usaha la.. sampai bila nak harapkan bantuan

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053657 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top