CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Umisya Boleh Saman Anak Abby-Norman Jadi Penyondol Rumah Tangga Tapi Dengan Syarat...

13-9-2023 11:19 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11239| Komen: 70|Original author: Saiful

Wanita beranak dua dikenali sebagai Umisya Mazlan yang diceraikan suami susulan perkahwinan mereka diganggu anak Abby Abadi dan Norman Hakim boleh menyaman individu terbabit.

Peguam syarie berpengalaman Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Umisya sebenarnya boleh mengambil tindakan saman terhadap  Marissa Dania Hakim jika terdapat bukti kukuh gadis berkenaan menjadi punca sebagai perosak rumah tangganya.


Foto: IG

Namun tindakan itu hanya boleh diambil ketika Umisya Mazlan dan suaminya Ahmad Aslam masih lagi bergelar suami isteri iaitu ketika mereka belum disahkan bercerai sebagai usaha menghalang pihak ketiga menganggu keharmonian rumah tangga dibina.

"Kalau nak ambil tindakan terhadap orang ketiga ini sebenarnya boleh dibuat ketika (pasangan) masih dalam perkahwinan seperti mana tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana ambil sebelum ini.

"Semasa berkahwin ada beberapa pilihan, tapi kalau sudah bercerai, dia kena tahu tindakan apa yang ingin diambil untuk pihak ketiga itu.


"Selepas itu baru dia boleh buat laporan ke pihak pejabat agama terdekat untuk lakukan siasatan," katanya kepada mStar.

Datuk Akberdin

Sebelum ini Umisya membuat pendedahan dengan menyertakan pelbagai bukti kecurangan suami dengan Marissa termasuk perbualan WhatsApp, paparan skrin tempahan sebuah bilik hotel selain beberapa rakaman perbualan video yang dimuat naik oleh kakaknya Nadiah Mazlan di Instagram.

Lelaki berkenaan dalam satu rakaman video tersebar turut mengaku tidak dapat mengakhiri hubungan dengan Marissa disebabkan lemah dengan pujukan remaja berkenaan.

Akberdin memberitahu pendedahan dibuat Umisya itu juga tidak menjejaskan jika dia ingin membuat tuntutan hak harta sepencarian termasuk tuntutan hadanah bagi dua anak mereka.


Umisya

Bagaimanapun, Akberdin memaklumkan setiap kes adalah berbeza dan ia bergantung kepada keputusan mahkamah selepas perbicaraan.

"Apa dilakukan bekas isteri bukan satu rekaan yang bertujuan memalukan sehingga berlakunya penceraian.

"Kalau apa didakwa bekas isteri itu benar, ia tidak akan menjejaskan tuntutan harta sepencarian atau hadanah (hak penjagaan anak-anak)," jelasnya.

Akberdin berkata pihak bekas suami juga boleh mengambil tindakan terhadap Umisya jika pemuda itu memiliki bukti kukuh bagi membuktikan semua dakwaan itu tidak benar.



"Jika perkara itu tidak benar, dia boleh ambil tindakan. Bekas suami boleh saman kerana mengaibkan dirinya secara umum.

"Bagaimanapun pihak bekas isteri boleh menggunakan pembelaan justifikasi di mana dia boleh kemukakan bukti yang dimiliki.

"Jadi saman malu pihak bekas suami tidak akan bertahan dan mahkamah boleh menolaknya jika dia gagal menyangkal semua tuduhan dengan bukti yang kukuh," katanya.



Pada Sabtu lalu, Marissa tampil mengakui kesilapan yang dibuat namun menegaskan tidak semua cerita tentang dia yang tular adalah benar.

Malah remaja itu mendakwa hubungannya dengan Aslam juga sudah berakhir.

Untuk rekod Akberdin ialah peguam yang pernah mengendalikan kes perceraian antaranya Diana Danielle dan Puteri Sarah Liyana. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 13-9-2023 11:31 AM
Jarang² bersuara tapi bagus laaa bg sikit ilmu untuk bagi mereka yang masih blur² apa nak buat
Quote jejarihalus 13-9-2023 11:36 AM
Nak saman orang ke-3 ni Bukan senang....kalau dah sama2 menggatal....buang masa Dan duit ajer...
Quote NazRysha 13-9-2023 11:41 AM
Masih boleh umisya ni nak fight kan
Tnegok cantik je umisya
baju pun tutup aurat elok
ramai adik beradik pompuan
Quote Dolmat 13-9-2023 11:43 AM
Alahaiiiiiii si Ahmad Aslam ni punnnnnn telinga piring ASTRO!


Quote Dolmat 13-9-2023 11:46 AM
Edited by Dolmat at 13-9-2023 11:48 AM

Alahai.... Aku tengok Akberdin ni lemauuuu aper ler nasib amek dia jadi lawyer....



Btw hebat sungguh record2 perempuan hijabis ehhhh

Quote prince_marhaen 13-9-2023 11:55 AM
Markisa tu stok romen2 je... takdenya nak kawin pun..
Quote lasagna 13-9-2023 11:55 AM
saman saman samannnn...
Quote Moyangkucing 13-9-2023 12:15 PM
Edited by Moyangkucing at 13-9-2023 12:16 PM

Ei... hubungan markisa - aslam dah berakhir? Betul ke ni? Bukan hari tu kata tak dapat melupakan jantan taguna itu ka???
Quote dewi_rina 13-9-2023 12:16 PM
Plot twist: Keluarga penyondol saman yg disondol, buat pc bersihkan nama balik, mcm tak biashe! Sundals kannnn..
Quote Diamondmoney 13-9-2023 12:20 PM
Kawen kn je la ank ko tu yebi. Ko dulu pun 18 dah kawen kan.
Quote Hypothetically 13-9-2023 12:21 PM
Actually selam ada buat confession md tu yg terkejar2 dia and md pun tulis ambik tgjawab, so kalau blm cerai ada je bukti utk saman.
Quote sleepandream 13-9-2023 12:32 PM
tak payahla... buang masa je... move on jela..
yang kaya lawyer2 jah
Quote kakJOYah 13-9-2023 12:33 PM
Kalau penyondol ada hati nak saman misya ni, kena kental la hadap makian orang ramai.
Tapi kalau ikut pernagai memek, mmg muka tembok lah
Quote HoneyManjer 13-9-2023 12:35 PM
kuat sapkok si selam selaman
umisya patut bersyukur...dalam ujian...ada hikmahnya....
sujud syukur byk2...
manetau jodoh lebih baik lepasnih...
rupa ada...sopan santun anak melayu...tibahhh
Quote NonaNaga 13-9-2023 12:35 PM
kawen jer yebby anak mu ni...zaman mcm ni maknya Arbaeyah keluar rancangan hari raya keluarga Raja Ema tu..
tapi i dengar abby sebelum norman dia janda tu nikah sesenyap tak panggil media...hanya famili jer..betul ker....
Quote Orix 13-9-2023 12:39 PM
tetiba iols rasa the word 'sondol' tu kelakar.
Quote Ahgerbitch 13-9-2023 12:40 PM
Dlm gambar ni MD tk cantik pun..muka tua,,kering mcn tu..tk selera pula nk tingok
Quote bondeh 13-9-2023 12:43 PM
Lahhhhh jantan muka kartun Bob d builder nih yang si MDH nih kejar. Tak berbaloi nakkkkk oiiiii
Quote lightheaded67 13-9-2023 12:46 PM
Edited by lightheaded67 at 13-9-2023 12:50 PM

ni rasanya bgi mjawab kesah ade org tu nk saman si ex bini kan, ni lah jwpn nyer, diberi dek acik peguam sndiri bukan acik porum, eh tiba acik porum, siape hritu nk saman sgala lupe dah

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044057 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top