CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Sangat Bersyukur Dikurniakan Dua Isteri Yang Baik Dan Memahami," Ramai Dah Mula Sejuk Hati, Doakan Kebahagiaan Abang Tesla

13-9-2023 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4112| Komen: 28

Influencer Abang Tesla bersyukur atas rezeki dijemput ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama dua orang isterinya.

Dia juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik dan memahami.




“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dilimpahkan rezeki dan dijemput lagi sampai ke Madinah untuk menunaikan umrah. Saya sangat bersyukur dan semua yang terjadi atas izin Allah.

“Saya sangat syukur dikurniakan isteri yang baik dan memahami. Apa pun, saya cuma nak minta doa orang ramai untuk doakan yang terbaik untuk kami, kebahagiaan kami,” katanya menerusi video TikTok.

Abang Tesla juga memohon maaf jika ada terkasar bahasa selain kesilapan yang dilakukan.


“Apa yang silap, kami nak mohon maaf dan andai kata ada terkasar bahasa ke, kami nak mohon sekali lagi maaf. Kami cuma nak minta doa yang baik-baik untuk kami."

Perkongsian itu nampaknya berbeza dengan sebelum ini kerana rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan gembira melihat kedua-dua isteri Abang Tesla bahagia bersama.



“Doakan kebahagiaan untuk Abang Tesla, kak Maj dan Syafiqah. Moga dapat zuriat soleh dan solehah. Bahagia dunia akhirat.
“Semoga Abang Tesla diberi kebahagiaan dan dikurniakan cahaya mata daripada kedua-dua isteri. Amin.

“Semoga menjadi inspirasi buat wanita-wanita, isteri-isteri lain untuk hidup bermadu,” komen beberapa netizen.



Sebelum ini, tular di media sosial, Abang Tesla memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Berdasarkan pada kapsyen gambar tersebut, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama keluarga. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 13-9-2023 11:23 AM
Dia orang berduit. Biarkan.
Quote cikatilia 13-9-2023 11:34 AM
i think kena stop buat thread pasal tesla ni la.. semakk
Quote Antifake 13-9-2023 11:34 AM
Ntahnya.. x relevan
Quote allshares 13-9-2023 12:08 PM
Yih. Baru berapa bulan dekkkk. Ko tunggu la lagi 5tjn ke baru boleh meriak
Quote NazRysha 13-9-2023 12:15 PM
Abg tesla lebih mulia dari ND Lala
Quote anony-mous 13-9-2023 12:17 PM
Bkn sejuk hati, klau dah bini dia ok, lantak pi deme la
Quote matjerk 13-9-2023 12:18 PM
Yg pendek isteri pertama ke kedua? Sbb nampak mcm dia dok perati yg tu je.. dan cium yg tu jer
Quote matjerk 13-9-2023 12:22 PM
anony-mous replied at 13-9-2023 12:17 PM
Bkn sejuk hati, klau dah bini dia ok, lantak pi deme la

Aku setuju hat ni... sbb bini dia okay.. ntah2 bini dia pun cemuih hari2 tatap abang jerongos... takde anak... klu ada anak leh la jugak tatap anak.... pastu nak kena layan laki 24jam.. kena pikir apa dia nak makan..nkena iron baju laki lagi.... sekali sekala nak gak me time layan netflix.... so biorkan jer dia kawen lain... kurang sikit pinggan nk dinasuh n baju nak dilipat..

Lain kalau kau layan laki, n anak2.. anak2 ko tahu dia kecik lagi... so ko kena buatkan utk dia.. tp yg jenis laki dah sama2 dewasa.. expecting org nak kena masak utk dia... basuh pinggan dia makan.. angkat cawan dia yg dia minum merata tempat. hahahaha
Quote kelapaparut 13-9-2023 12:24 PM
Syukurlah, netizen sudah mmaafkan..malah diangkat sbg suami mithali. lg2 bpakaian arab bgmbr pdg pasir, lg zuhud kalu ada nmpk unta skali, netizen akan terus bercucuran air mata..
Quote noor2 13-9-2023 12:28 PM
kelapaparut replied at 13-9-2023 12:24 PM
Syukurlah, netizen sudah mmaafkan..malah diangkat sbg suami mithali. lg2 bpakaian arab bgmbr pdg pas ...

Haha....
Quote tariktali 13-9-2023 12:32 PM
matjerk replied at 13-9-2023 12:18 PM
Yg pendek isteri pertama ke kedua? Sbb nampak mcm dia dok perati yg tu je.. dan cium yg tu jer

Yg pendek tu first wife
Quote dewi_rina 13-9-2023 12:33 PM
Aah sejuk hati tengok muka laki mcm kuda.. dua2 bini pun muka biashe2 je, sesuai lah tu.. Takyah kot nak buat content, tapi lagu abg test lah guna sedap2..
Quote anony-mous 13-9-2023 12:33 PM
matjerk replied at 13-9-2023 12:22 PM
Aku setuju hat ni... sbb bini dia okay.. ntah2 bini dia pun cemuih hari2 tatap abang jerongos... t ...

Lg plak bini no 1 tu xkeje. Laki kaya raya, kalau terus angkat kaki dia yg rugi. So stay je dlu. Xboleh terburu2. Kena bijak merancang. Klau terus blah, sedap la no 2 kaut hbis rete.
Quote menjad 13-9-2023 12:56 PM
didoakan ada yang ke 3 pulak untuk lagi bahagia gitu kan
Quote makneng 13-9-2023 01:01 PM
Harap heolls cukupkan kuota 4. Tibehhhh
Quote shida81 13-9-2023 01:33 PM
Tggu je la.....
Quote chiyoasuka 13-9-2023 06:32 PM
suka hati ko la hahahahah
Quote nw111 13-9-2023 06:35 PM
Ya rabbi..boleh tak stop bagi publisiti kat mangkuk ni...apake bodo punya isu..
Quote Insomniacs 13-9-2023 07:21 PM
Laki bini bahagia..org lain lak bitter terlebih.. hari tu aku pun marah tapi buat apa la sakitkan hati sendiri kalo tuan punya bdn pun happy2 aje mkn angin gelak ketawa

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.084026 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top