Seorang rakan berkongsi mengenai peribadi dan cara hidup Malique Too Phat. Semenjak Too Phat dibubarkan pada 2007, kehidupan Malique masih lagi menjadi misteri meskipun sentiasa aktif mencipta lagu dek kerana dia lebih selesa memilih kehidupan di belakang tabir.
Dia adalah seorang yang enggan menonjolkan diri dalam mana-mana acara mahupun sesi temuramah. Menurut Rizal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Riz Metalasia, dia yang telah bekerjasama dengan Malique sejak tahun 2012 mendedahkan bahawa komposer itu pernah menyuarakan hasrat untuk membuat persembahan. "Malique pernah cakap teringin buat ‘show’. Itu angan-angan dia. Kita tunggu sahaja bila perkara itu akan terjadi. Ramai orang tunggu Malique pentaskan konsert dan rindukan dirinya.
Soal sikap Malique yang semakin terbuka apabila tampilkan Inca Medina dalam muzik video, tidak nafikan. Jika tidak sebelum ini jangan harap dapat tengok wajah anak-anaknya," katanya seperti dipetik di Beautifulnara. Ujar Rizal lagi, Malique masih sama, sihat dan wajahnya juga kekal muda sama macam dahulu. Suami kepada pelakon Melissa Maureen itu sangat terbuka menerima idea orang lain dan tegas, Rizal mengakui sangat seronok bekerja dengan Malique. Namun, untuk ‘hidup’ seperti orang lain seperti berjumpa atau berbincang di mamak misalnya, ia adalah mustahil. "Perkara seperti itu takkan berlaku. Cubalah Google foto dia di Internet, takkan jumpa wajah terkininya. Sikap itu menjadikan dirinya ‘mahal’ dan eksklusif." Sekadar info, Malique telah mendirikan rumah tangga bersama Melissa Maureen pada tahun 2008 di Bali Indonesia. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Rumi Arjuna, Inca Medina, Chasca Maya dan Ezra Aditya. -CARI Sumber: Beautifulnara
|
dua_chzy replied at 12-9-2023 07:40 PM
Tetiba aku terfikir si Malique ni sebenarnya ada disorder yang makin kertu, makin teruk. Seperti, so ...
annehuda replied at 12-9-2023 07:59 PM
Mungkin sebab kes rompak + cabul die tu kot. Sebab seingat aku tu last aku dengar pasal malique. K ...
evlinne replied at 12-9-2023 08:54 PM
Nama anak2 dia sbnrnya mcm nama indon2 urban ek
Adakah dia xleh lupa sang ex
Smpai abadikan nama a ...
dua_chzy replied at 12-9-2023 11:40 AM
Tetiba aku terfikir si Malique ni sebenarnya ada disorder yang makin kertu, makin teruk. Seperti, so ...
ADVERTISEMENT