CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Mengeluh- Penyu Viral Tak Laku, Peserta Himpunan RXZ Tak Beli

12-9-2023 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18072| Komen: 40

PETALING JAYA – Kebiasaan penganjuran kelab permotoran Yamaha RXZ Member, patung penyu Terengganu akan menjadi buah tangan rata-rata peserta ketika berkunjung ke negeri itu.

Namun, disebabkan masalah yang tibul pada penganjuran RXZ Member 5.0 hujung minggu yang lalu, difahamkan ramai peniaga yang menjual cenderamata tersebut mengeluh kerana patung itu tidak laku.


Satu klip video yang tular di Facebook ketika ini, seorang peserta difahamkan dari luar Terengganu ingin mencuba nasib untuk menjual patung penyu terbabit, namun didakwa tidak laku kerana peserta himpunan motosikal itu tidak ramai.

Foto: Kosmo

“Saya datang singgah di Pasar Payang, kesian ramai peniaga yang cakap petung penyu yang dijual tidak laku. Tak ramai yang datang ke pasar itu.

“Geng-geng lain semua dah balik, geng saya sahaja yang datang Pasar Payang, merungut peniaga banyak stok dah dibeli sebab sebelum ini patung itu laku, tak apa lah malas nak salahkan siapa-siapa,” jelasnya.


Katanya lagi, di lebuh raya juga peserta yang menyertai perhimpunan motosikal tersebut juga tidak ramai, ada yang pulang awal ke negeri masing-masing selepas kecewa dengan penganjuran kali ini,

“Biasa kita akan tengok penunggang RXZ akan galas patung penyu masing-masing untuk dibawa pulang sebagai tanda kehadiran mereka ke Terengganu.

“Kali ini memang betul-betul sunyi, atas jalan atas lebuh raya pun senyap sahaja selepas penunggang RXZ pulang awal,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 12-9-2023 08:47 PM
Peniaga mengeluh kata tak ramai yg menyinggah beli.
Dahtu, memasing bersepah lari ikut lorong tikus... mana nak ramainyerr.
Quote tumpanglalu74 12-9-2023 08:52 PM
Naseb rakyat marhaen..
Quote syamzana 12-9-2023 09:01 PM
masalah apa yg timbul sebenarnya?
mmg tiap2 thn ke ada perhimpunan rxz ni?
ape pekdah buat benda ni? mcm semak je ramai2 atas jalan tak kisah la gathering moto ke kete
Quote batmana 12-9-2023 11:46 PM
Edited by batmana at 12-9-2023 11:47 PM

Patung cmtu utk bdk2 ajala..manalah org laki minat nk beli..ada member segan nk bawa patung tu..dh dia laki bukan bdk remaja lagi
Quote ultra78 12-9-2023 11:50 PM
Kirim kat @aechae beli patung penyu.
Quote kakikuDibibirmu 12-9-2023 11:52 PM
ultra78 replied at 12-9-2023 11:50 PM
Kirim kat @aechae beli patung penyu.

Di sini inging saya menekangkang, ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim? na na na na na teganu kiterrr, kita tengok penyu telo, penyu tengok telo kita
Quote she 13-9-2023 07:03 AM
Event tu ok je kalau nak buat tiap tahun
Cuma peserta tak berpuas hati
Ekau dah jemput semua owner RXZ dari seluruh Malaysia
Alih2 setiap jalan keluar dari event ada roblock besar2an
Jadi peserta2 ni protes taknak datang lagi dah tahun depan

Berkaitan patung penyu tu
Memang jadi kebiasaan rider2 akan beli bawa balik
Untuk isteri dan anak2
Dia nampak comel bila semua ikat belakang badan
Lalu dekat highway nampak macam Ninja Turtle
Quote SedihPedih 13-9-2023 08:24 AM
Iols kebetulan mmg pergi KT last weekend. Selalu naik flight tp kami pilih nk drive sb nk singgah2 dlm perjalanan. Stress lahai sepanjang jalan, sb geng2 rider ni ada jenis rempitz x boleh bawa bincang. Kt highway berterabur bawa mcm harnatz. Superman sana sini. Majortity cabut side mirror, pastu dok terteleng2 tgk belakang nk tgk geng2.

Along the way ada few accidents and 1 kematian.

Program tu supposely utk fun jadi serabut tgk sb ramai nk tunjuk sgt perangai rempitz tu. So iols mcm sokong kalau polis ada standby utk pastikan semua patuhi peraturan utk keselamatan. Yg ikut peraturan elok aja lepas, yg x follow tu la kalut lari.

Bak kata geng rxz ni, saikmirul kalau pasang x laju la..hahaha..bengong la lama i baca apa saikmirul tu...

Actually masa otw balik, i tgk ramai aja bawa penyu tu balik. Bermacam2 kaler, entah apa yg acik2 pasar ni rempankan. Maybe ramai sangat seller sampai oversupply kot.


Quote DayangKirana 13-9-2023 08:38 AM
jual online je laa acik....kisah ape.
post la kat FB ke wasap group kampung ke..mintak orang share bagi spread cepat..
Quote lee_sakura 13-9-2023 08:43 AM
kalo dh tahun lepas beli, xkan tahun ni nk beli lg patung tu..ntah2 yg beli tahun lepas tu dok dalam plastik lg, letak bawah katil, atas almari...dh jadi membazir so tak payah beli dh tahun ni
Quote CiliPadiSedap 13-9-2023 09:11 AM
kakikuDibibirmu replied at 12-9-2023 11:52 PM
Di sini inging saya menekangkang, ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh meman ...

sumpahan penyu asdan
Quote CiliPadiSedap 13-9-2023 09:12 AM
she replied at 13-9-2023 07:03 AM
Event tu ok je kalau nak buat tiap tahun
Cuma peserta tak berpuas hati
Ekau dah jemput semua owner R ...

buat kt pahang lepas ni. mungkin ada motif politik. anak muda tak undi pakatan haprak.
Quote CiliPadiSedap 13-9-2023 09:13 AM
kalau sangkut penyu kt belakang sah2 lah tiba rb tahu budak2 5.0.. baik letak asdan ikan..
Quote prince_marhaen 13-9-2023 09:23 AM
patung penyu sekarang dah tak lawo macam dulu, dulu walaupun satu warna je, patung tu kemas, bentuk penyu  betul, kain elok sedap tahan lama, isi pun kapas elok gebu, sejuk je peluk sampai hancur, skrg belum sampai rumah dah tetas benang, hancur, isi kapas sintetik panas takpun isi span dengan kain buruk...bau busuk lak tu..
Quote Suchi 13-9-2023 09:26 AM
lee_sakura replied at 13-9-2023 08:43 AM
kalo dh tahun lepas beli, xkan tahun ni nk beli lg patung tu..ntah2 yg beli tahun lepas tu dok dalam ...

Ha betul juga kan
Takkan 5 kali event 5 kali beli
Ehh tak koser la penuh umah ngan patung penyu tu jaah
Iols tau mmg ada yg tiap tahun gik, sbb senior sekolah iols selalu pi
Rileks je dia tak kena tahan pun motor, katanya motor dia standard jd takde masalah
Lagipun dia cikgu sekolah, bukan mat rempit tak do kijoan selain belek motor jer hari2
Quote AznieBunnie 13-9-2023 09:34 AM
lee_sakura replied at 13-9-2023 08:43 AM
kalo dh tahun lepas beli, xkan tahun ni nk beli lg patung tu..ntah2 yg beli tahun lepas tu dok dalam ...

kan...
kena buat patung penyu dengan bentuk lain plak...
tengah naik motor ka, tengah terbang ka, tengah mengawan ka...
Quote she 13-9-2023 10:35 AM
CiliPadiSedap replied at 13-9-2023 09:12 AM
buat kt pahang lepas ni. mungkin ada motif politik. anak muda tak undi pakatan haprak.

Betul lah macik setuju
Cuba tukar negeri lain pulak
Lama tak pegi Kuantan
Makan ikan bakor kat Tanjung Lumpur
Quote B40tastePosh 13-9-2023 10:39 AM
Hujung² harapkan pelancong dari Selangor....dulu penyokong PN siap kata nak sembelih orang Selangor datang Terengganu
Quote msdummy.2018 13-9-2023 10:46 AM
she replied at 13-9-2023 07:03 AM
Event tu ok je kalau nak buat tiap tahun
Cuma peserta tak berpuas hati
Ekau dah jemput semua owner R ...

Aku xhm kenapa oeserta ni nk protes, kalo roadtax lesen sma valid..ko nk takut dh kenapa?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.084609 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top