CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Air Kencing Yasin Sulaiman Positif Kanabis

12-9-2023 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6499| Komen: 6

Seorang pegawai kimia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa ujian saringan yang dijalankan ke atas sampel air kencing Muhammad Yasin Sulaiman mengandungi kanabis.

Rusli Ibrahim, 56, berkata, air kencing itu didapati positif ‘cannabinoid’, manakala hasil ujian akhir mendapati sampel tersebut mengandungi ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ iaitu dadah yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Menurut Pegawai Sains (Kimia Hayat) di Makmal Dadah, Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang itu, beliau menyediakan laporan atas nama tertuduh dan mengesahkannya pada 8 April 2022.


Foto: Kosmo

Saksi kemudian menyerahkan laporan itu kepada Penolong Pegawai Penyiasat Narkotik Daerah Petaling Jaya, Sarjan Mohd. Fikri Omar pada 11 April 2022.

Saksi pendakwaan kelima (SP5) itu menyatakan demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan terhadap Muhammad Yasin, 48, yang menghadapi tiga pertuduhan berkaitan dadah.


Ketika membacakan pernyataan saksi, Rusli berkata, beliau menerima borang permohonan ujian pengesanan air kencing dan satu botol sampel air kencing kepunyaan tertuduh pada 30 Mac 2022.


“Maklumat pada borang permintaan dan nombor siri botol masih dalam keadaan baik, isipadu air kencing mencukupi untuk dianalisis, botol tidak bocor serta berada dalam keadaan sempurna,” kata saksi.

Ujarnya, botol sampel air kencing itu kemudian disimpan dalam peti sejuk pada suhu khas dua hingga 8 darjah Celcius yang mana hanya beliau dan Juruteknologi Makmal Perubatan, Abdul Majid Khan Suliaman mempunyai kawalan.

Menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, Rusli berkata, sampel air kencing itu tidak tercemar kerana disimpan pada suhu yang sepatutnya dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) makmal penyimpanan sampel.

Sementara itu, peguam Ariff Azami Hussein tidak menyoal balas saksi tersebut. Perbicaraan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin bersambung petang ini.

Muhammad Yasin didakwa dalam milikannya kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan.

Muhammad Yasin juga didakwa menanam 17 pokok kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Yasin didakwa memberikan dirinya ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 13-9-2023 09:21 AM
kes dia ni terang2 nmpk salah.
pastu +ve plak result.
rse tak bleh selamat dah ni.
bertabah laaa jika ke dalam.
Quote supernaturalee 13-9-2023 11:21 AM
kenapa panjang sgt kes ni ye
pd hal semua bukti menjurus ke salah

klu public2 tu mcm laju je

Quote Burong_Hantuk 13-9-2023 11:34 AM
yang pelik tu adik beradik si penagih + mental nih masih nk tegakkan benang yg basah....
Quote Burong_Hantuk 13-9-2023 11:34 AM
dasarrr sampah masyarakat!
Quote Lavender_Violet 13-9-2023 11:36 AM
Aku dah stop follow kes dia
Lama sangat
Aku nak tau result je
Quote sayurmayur88 13-9-2023 01:17 PM
tak habis lagi kes nih ????

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.084885 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top