CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Curi Mayat Jual 'Online'

12-9-2023 04:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3174| Komen: 3

Pittsburgh: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun selepas mengaku bersalah menjual mayat manusia secara dalam talian, termasuk dua bayi yang mati ketika lahir.

Mirror UK melaporkan Jeremy Pauley, 41, dari Pennsylvania, menjual mayat yang dicuri dari Sekolah Perubatan Harvard, Amerika Syarikat (AS).


Dia juga didakwa mencuri mayat dari kemudahan perubatan lain untuk dijual, sebahagian daripada rangkaian pemerdagangan bahagian tubuh manusia di seluruh negara.

Jeremy Pauley, 41, mengaku bersalah menjual mayat manusia secara dalam talian. FOTO Agensi

Pauley didakwa melakukan demikian bermula dari 2018 hingga 2022 dan dia adalah seorang daripada tujuh orang yang didakwa dalam kes itu pada Jun.

Pada Khamis, dia mengaku bersalah atas konspirasi dan mengangkut harta curi merentasi sempadan negeri.

Dia juga mengakui membeli mayat manusia daripada berbilang penjual dengan mengetahui bahawa mayat itu dicuri.

Antara kes didakwa membabitkan Pauley adalah dia dikatakan menjual mayat dicuri oleh Candace Chapman Scott.

Scott bekerja di rumah mayat Little Rock, Arkansas serta dikatakan mencuri bahagian mayat yang sepatutnya dibakarnya dan abu mayat perlu dikembalikan kepada pihak keluarga si mati.

Seorang daripada defendan, Cedric Lodge, dari Goffstown, New Hampshire, adalah pengurus rumah mayat untuk Program Hadiah Anatomi di Sekolah Perubatan Harvard di Boston, Massachusetts.

Lodge dituduh mencuri organ yang didermakan dan bahagian badan lain termasuk kepala, otak, kulit dan tulang, yang sama ada dihantar kepada pembeli atau dibawa pulang ke rumahnya.

Lodge dilaporkan membenarkan pembeli masuk ke bilik mayat dan memilih bahagian tubuh mayat yang mereka ingin beli.

Menurut media tempatan, Lodge dibantu oleh isterinya Denise, 63, untuk menjual mayat melalui telefon atau melalui media sosial.

Lodge, 55, Katrina Maclean, 44, Joshua Taylor, 46, Denise Lodge, 63, Mathew Lampi, 52, semuanya didakwa bersama Pauley.

Pihak berkuasa berkata bahagian badan itu diambil tanpa pengetahuan Sekolah Perubatan Harvard dan pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan mereka.

Pauley, masih belum dijatuhkan hukuman atas peranannya dalam rangkaian itu, dan Mathew Lampi, yang sedang menunggu perbicaraan, didakwa membawa dan menjual mayat manusia antara satu sama lain dalam tempoh yang panjang dengan urusniaga AS$100,000 (kira-kira RM467,624) menerusi pembayaran dalam talian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 13-9-2023 09:56 AM
Lain macam..macamana akhirnya leh kantoi tu
Quote Jajabeans 13-9-2023 10:00 AM
Org yg beli tu nk buat ape? Organ2 semua tu dia preserve ke pastu customer beli utk tujuan perubatan ek. Dh jadi mayat pun xselamat

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.030583 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top