CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jarak Usia 15 Tahun, Muaz Fitri Dan Tunang Tangguh Nikah Lagi Sebab Sibuk Sangat Dengan Kerja

12-9-2023 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5435| Komen: 22

Muaz Fitri Maslan, 32, dan tunang yang juga pengurusnya, Qaseh Anita, 47, terpaksa menangguhkan lagi perancangan perkahwinan mereka.

Kata Qaseh Anita, dia dan Muaz memang sibuk dengan urusan kerja yang memerlukan mereka akur menangguhkan perancangan berkahwin itu walaupun sudah setahun bertunang pada 12 Julai tahun lalu.


Foto: IG

"Alhamdulillah, kami masih lagi berstatus tunang. Tapi, untuk majlis nikah belum dapat dilangsungkan buat masa sekarang kerana kami berdua betul-betul sibuk dengan kerja.

"Saya kini sibuk dengan urusan penganjuran konsert penyanyi Lah Ahmad di Istana Budaya tidak lama lagi. Sekarang saya perlu menguruskan acara sidang media, penjualan tiket dan sebagainya.

"Memang banyak kerja yang harus diutamakan dulu. Begitu juga dengan Muaz yang terikat dengan penggambaran drama Malang Si Puteri untuk Astro sehingga tahun depan," katanya kepada Harian Metro.




Anita yang juga ibu tunggal seorang anak lelaki berkata, dia dan Muaz sepakat untuk memberi fokus kepada karier berikutan kehidupan berumah tangga memerlukan sumber kewangan stabil antara pasangan.

"Selepas berhadapan penularan Covid-19 selama dua tahun, baru sekarang sebenarnya kerja-kerja industri seni aktif semula. Alhamdulillah, saya dan Muaz nampaknya kami dianugerahkan rezeki tidak putus oleh Allah dalam karier.

"Selain sibuk berlakon, Muaz juga baru-baru ini dipilih menandatangani kontrak sebagai duta pakej umrah dengan syarikat Lavender Holidays," katanya berasal dari Felda Serting, Negeri Sembilan.


Terdahulu, hubungan cinta antara Anita dan Muaz Fitri yang cukup dikenali dengan drama Takdir Yang Tertulis sebagai watak Hakim terjalin pada 2019 lalu.

Malah, jarak usia 15 tahun antara mereka serta Anita yang memiliki anak bujang, Hilman, 25, juga diterima baik oleh Muaz dan keluarganya yang menetap di Johor kerana percaya urusan jodoh itu ketentuan Allah.


Antara drama pernah dibintangi Muaz ialah Misiku Kuza musim pertama, Baby Ana Milik Siapa, Seharum Kasih, Aurora Aisyah, Lara Syakila, Origami, Dosa Semalam, Cari Aku Di Syurga dan Melastik Ke Hatimu 2. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 12-9-2023 04:52 PM
ingatkan raja emma tadi
Quote kelapaparut 12-9-2023 05:21 PM
untungla dpt pucukkmuda, kalu lg ditangguh lg mudah putus. baik kawen cpat2
Quote ohsoyaya 12-9-2023 06:18 PM
Kwn sekelas i ni. Kawin la muaz oii. Nk p mkn nasik minyak ni
Quote babynina30 12-9-2023 06:41 PM
Lg 3 tahun dh 50.
Kenapa nak postpone lg ?
Quote hzln 12-9-2023 07:35 PM
Nanti anak jantan dia ni panggil apa yer kat pak tirinya?
Mak sedara kawan acik, dpt sambar pucuk muda, anak panggil pak tiri bro ajer
Quote bintangct 12-9-2023 07:54 PM
tgk dlm ig nmpk tua la gak perempuan ni
Quote hanahani 12-9-2023 07:55 PM
Nikah je la dulu. Majlis buat kemudian. Nikah pon sehari je
Quote sambaldurian 12-9-2023 08:35 PM
Aku nk jd bad side of netizen, hero punya level ke sampai tangguh kawin. Klu merqeen tu aku faham le jgk.
Quote silampumeja 12-9-2023 10:50 PM
La tak nikah lg. Lamee dh tak tengok dia kat if sejak drama takdir tu... tup2 maih xkawin lg
Quote katakauu 13-9-2023 06:09 AM
sambaldurian replied at 12-9-2023 08:35 PM
Aku nk jd bad side of netizen, hero punya level ke sampai tangguh kawin. Klu merqeen tu aku faham le ...

vibe syafiqK la  kuikuikui
Quote lanacondor 13-9-2023 08:51 AM
Suka tgk ni jd cikgu haikal. Yg movie janna dgn Ariel berlakon dlo tu
Quote shernazz 13-9-2023 09:52 AM
Muaz DJ ke Ni uols?
Quote siasia 13-9-2023 10:01 AM
Nikah je lee kat Pej Agama tu
Time covid tgk ramai kawan sedara happy je nikah simple2 kat pej agama.
Tp ye la kalau nak buat majlis besar besaran mmg la sampai tahun depan depan lagi lagi pun mmg xde masa. Maklumlah kan org popularrrrr
Quote laksmanabentan 13-9-2023 10:05 AM
postpone sbb tak cukup duit lagi??
postpone sbb takde yang sponsor??

alahai... buat biasa2 jer pun, tak payah ler grand sgt..
coz umur tu takde la muda sgt lagi kannn....
ker mmg takde niat pun sebenarnya nak nikah..
just happy2 ada relationship with status gitu aja...
Quote HappyGumbira 13-9-2023 12:51 PM
nikah je dulu.. pastu buat photoshoot cantik2. 1 hari selesai. buat mkn2 sesama keluarga je. nak bkenduri gah kemudian la. tapi popular ke mamat ni? lama tak folo drama melayu
Quote NonaNaga 13-9-2023 01:01 PM
alaa tader makna pempuan tu dah 47....takder pun niat dia nak memperisteri...
tunang dia kerja ke idook?
Quote Rotipitadaging 16-9-2023 08:14 AM
Kenapa la aku blh confused mamat ni dgn elmy moin.....mcm satu spesies plak
Quote Rogue98 16-9-2023 08:32 AM
Orang paling popular Fattah and Fazura pun boleh jer kahwin cepat. Alasan kerja is not an excuse lah.
Quote ajak_ajak 16-9-2023 09:05 AM
Rotipitadaging replied at 16-9-2023 08:14 AM
Kenapa la aku blh confused mamat ni dgn elmy moin.....mcm satu spesies plak

elmy dah kwen
ada ank dah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.051279 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top