PETALING JAYA – Perjuangan bagi menegakkan keadilan bagi Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum selesai kerana perlu menghadapi empat lagi kes di mahkamah. Anak kepada Najib, Nooryana Najwa Najib berkata, selama lima tahun, ayahnya menanggung beban kos guaman dan berdepan dengan cacian, kritikan dan propaganda negatif meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyorok kebenaran 1MDB.
“Ya, hari ini DSN telah dibebaskan mahkamah daripada tuduhan pindaan laporan audit 1MDB. Perjuangan menegakkan keadilan untuk Bossku belum selesai, dan perlu tabah menghadapi empat lagi kes. “Di masa ini, bossku masih berada di penjara Kajang mendoakan keadilan buat dirinya. Tolong sama-sama doakan untuk DSN. Semoga semua urusan dipermudahkan dan akan ada keadilan buat dirinya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini. Tambahnya lagi, timbul persoalan kenapa ayahnya didakwa selama ini kerana Mahkamah Tinggi telah membuktikan saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil menunjukkan bahawa pindaan yang dibuat ke atas laporan audit adalah pindaan yang tidak penting, remeh dan kecil.
“Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga menegaskan bahawa beliau menjalankan tugasnya tanpa menerima sebarang tekanan mahupun arahan daripada mana-mana pihak. “Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah secara pramatang mendakwa DSN sebelum siasatan dimuktamadkan,” tulisnya. Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kekal lepas dan bebas daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Rayuan di sini hari ini. Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketua Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas mendapati, pihak pendakwaan gagal mengikut masa yang ditetapkan untuk memfailkan notis rayuan dan dianggap luput serta terbatal. Tarikh akhir bagi pendakwaan memfailkan petisyen rayuan ialah dalam tempoh 14 hari selepas rekod rayuan diperoleh, iaitu pada 6 Julai lalu. – CARI Sumber: Kosmo
|
allshares replied at 12-9-2023 08:14 PM
I serius nk tau, muka Yana najib ni mmg azali sebegitu or dia p Dr aestetic yg sama mcm maknya? Sbb ...
stingergrumpy replied at 12-9-2023 08:41 PM
Aestetic aside...dah namanyer anak kheunz?...kalo uker macam altantuya...jadi fitnah pulak kheunz ...
allshares replied at 12-9-2023 08:14 PM
I serius nk tau, muka Yana najib ni mmg azali sebegitu or dia p Dr aestetic yg sama mcm maknya? Sbb ...
allshares replied at 12-9-2023 09:08 PM
Tak. I imagine muka anak jiran u yg forever 3 tuh.
sharlenetexas replied at 13-9-2023 12:36 AM
Kos duit kawin juta2 tu datang dari mana yenna?
ifanonline replied at 13-9-2023 09:06 AM
harap di tambah lagi jumlah tahun di penjara...ini semua doa dan harapan rakyat
SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS TOMMY THOMAS:
Kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan RCI menyiasat isi kandungan dan beberapa perkara yang didedahkan dalam buku memoir mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.
Di dalam buku tersebut, Tommy Thomas sendiri telah menyatakan bahawa terdapat campurtangan politik daripada Tun Mahathir di dalam Badan Kehakiman Negara melalui pelantikan dan penyusunan Hakim-Hakim di Malaysia.
Hakim-hakim yang dilantik atas dasar campurtangan ini kemudiannya mengadili kes-kes pertuduhan poliIk yang akhirnya menyebabkan Dato’ Sri Najib terpenjara. Salahlaku dan kepincangan dalam urusan kehakiman ini turut disahkan dalam laporan siasatan oleh Pasukan Petugas Siasatan Khas pada tahun 2022.
rashiman replied at 13-9-2023 09:19 AM
tapi terlebih dulu, kenalah diselesaikan RCI keatas Tommy Thomas.
ifanonline replied at 13-9-2023 09:23 AM
keling tu kicik punya hal
ADVERTISEMENT