CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Lima Anak Didakwa Lakukan Amang Seksual

12-9-2023 03:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2330| Komen: 4

Johor Bahru: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan, bulan lalu.

Tertuduh, R. Kengganthran, 41, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Noraidah Sulaiman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang kemaluan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun lapan bulan.

Kengganthran didakwa di atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, bulan lalu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah pangsapuri, Jalan Megah Ria 2/2 Taman Bukit Mewah, Tampoi pada pukul 6.30 petang, 30 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak yang sama dengan cara menyuruhnya memegang kemaluan tertuduh di tempat dan waktu yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin.

Nur Farah Wahida turut mencadangkan tiga syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai, lapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan jaminan yang lebih rendah memandangkan dia tidak bekerja.

“Saya ada anak lima orang dan saya tidak kerja kerana jaga anak. Hanya isteri saya sahaja yang bekerja. Saya tak buat puan,” katanya yang merupakan rakan kepada ibu mangsa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta tiga syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 9 November depan. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 12-9-2023 03:38 PM
rasa mcm nk tumbuk dgn lesung batu kt burung dia
Quote ifanonline 12-9-2023 03:43 PM
kalau di negara India lagi dasyat, rogol dan bunuh terus...mana2 negara perlu kurangkan populasi India di negara mereka
Quote Decaffeinated 12-9-2023 06:47 PM
Besar mana budak pompuan tu?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.147953 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top