CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Kerana Mengintip

12-9-2023 02:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3345| Komen: 12

Oslo: Seorang pelajar Malaysia ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk pemantauan telefon (wiretapping).

Memetik The Nordic Page, penahanan terhadap suspek berusia 25 tahun itu itu berlaku pada petang Jumaat, yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway- PST, dengan sasaran khusus pengintipan tidak jelas.

Difahamkan walaupun lelaki itu berasal dari Malaysia, namun Malaysia tidak terbabit dalam kegiatan pengintipan itu.


Menurut pihak berkuasa, bukti menunjukkan bahawa kereta sewa suspek direkodkan kamera pengawasan dan pada masa sama, pengintipan dilakukan berhampiran lokasi penting, termasuk Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

Pegawai pendakwa polis di PST, Thomas Fredrik Blom, memaklumkan pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan terperinci untuk mengumpul bukti.


Suspek seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway, hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat.

Suspek ditangkap pada 8 September dan kemudiannya ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.

Dalam masa sama, pihak polis turut merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Pihak berkuasa mengesyaki mungkin terdapat lebih banyak individu yang terbabit dalam kes itu.

Sementara itu, suspek dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST, dan peguam bela, Aase Karin Sigmond, menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan tidak sihat berikutan penahanan yang disifatkan 'dramatik'.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 12-9-2023 10:16 PM
Siapa upah dia? Memang mustahil lah Malaysia yg upah.
Quote monreyes 12-9-2023 10:28 PM
dah x de koje ke..baik p tangkap salmon
Quote dani-rox 12-9-2023 10:42 PM
jel kat sana mcm hotel kan... mujur polis norway yg tangkap. kalau CIA, kenyang ko kena waterboarding, dekk

siapa atau negara mana yg dpt keuntungan dan ada kepentingan dgn mengintip Norway?


Malaysian student in Norway arrested over spying suspicions

A 25-year-old Malaysian student has been arrested in Norway on suspicion of espionage, including illegal eavesdropping through various technical devices, local media reported.

Norwegian public broadcaster NRK reported that the man is of Malaysian origin, but there is no suspicion that Malaysia is involved.

Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs confirmed the arrest on Tuesday, saying it was informed of the matter by its High Commission in Sweden.

“The High Commission in Stockholm is in close contact with the local authorities in Oslo, Norway to get more information on this case,” it said in a statement.

“The Ministry of Foreign Affairs will continue to monitor the development of this case and will provide appropriate consular assistance if necessary.”

Norway’s police intelligence agency, known by its acronym PST, told Norwegian media earlier that the man, who was arrested on Sept 8, was charged in court on Sunday with espionage and intelligence operations against the Nordic country.

He allegedly drove around or parked near the office of the Prime Minister, the Defence Ministry and other government offices in Oslo in a rental car, and tried to tap into their electronic communications, Norwegian media reported.

The man, whose identity has not been disclosed, has pleaded not guilty during initial police questioning. The Norwegian authorities have also not said which country the man was allegedly spying for.

“We don’t quite know what we’re facing. We are in a critical, initial and vulnerable phase of the investigation,” PST lawyer Thomas Blom was quoted as saying by NRK.

“He (the suspect) is charged with using technical installations for illegal signal intelligence.”

The police have seized from the man a number of data-carrying electronic devices, which the PST is now investigating.

The suspect is a student, but he is not enrolled at an educational institution in Norway and has been living in Norway for a relatively short time, according to PST.

Citing the arrest order, NRK said the suspect had allegedly been caught conducting illegal signal surveillance in a rental car near the Norwegian Prime Minister’s Office and the Defence Ministry.

According to a court decision, the man has been imprisoned in pretrial custody for four weeks with a ban on receiving letters and visits. Security officials said the suspect was not operating alone.

PST has singled out in its previous assessments, neighbouring Russia, China, and North Korea as state actors that pose a significant intelligence threat to Norway, a nation of 5.4 million. THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Quote brego 12-9-2023 10:55 PM
melayu ka cina?
Quote batmana 13-9-2023 12:04 AM
Cm ejen Mossad aritu upah org Melayu..mcm2 bole jadi
Tkln nak ber husnozon..bdk ni beli alat curi wi-fi signal kt shopee psl nk main games mobile legend,
Quote dekmieDandy 13-9-2023 08:51 AM
dengar kat radio semalam, aku ingat ke kes stalking pasai tiba-tiba blur intip dengan intai

ropenye siap wiretapping kau
Quote pokokmeranti 13-9-2023 08:54 AM
Bayaran mahal nie, itu sanggup buat
Quote malarky 13-9-2023 10:05 AM
monreyes replied at 12-9-2023 10:28 PM
dah x de koje ke..baik p tangkap salmon

yes, norwegian salmo .... yum yum
Quote shernazz 13-9-2023 10:31 AM
Dah mcm periskk North Korea plak...

*Gara gara crash landing on you punye cite
Quote ifanonline 13-9-2023 10:32 AM
selalunya rakyat malaysia ni rajin intip wanita mandi aje
Quote monreyes 13-9-2023 01:52 PM
aku teringat kisah 2 backpacker g Norway..sesampai kena query dan bila jwpn x memuaskan kena jel..punca
sebab x beli return ticket..dorang ingat bebudak tu nak keje kat situ..padahal dorang kata nak ronda2 lama lah..so x beli tiket balek..time tu puasa lak tu...
mknn dorang x bagi pun..mkn bekalan sendiri je..seminggu dlm jel dorang htr balek msia...dorang actually very strict...ingatnya kita hadap sangat nak keje kat situ..mentang2 negara kaya...tapi setakat nak jadi buruh..segala mak nenek mahal sana

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.125285 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top