CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Misha Omar Dah Tak Nak Kongsi Pasal IVF, Ingatkan Beri Aura Positif Tapi Rupanya Ada Yang Terluka

12-9-2023 02:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2881| Komen: 1

Penyanyi Misha Omar kini enggan berkongsi fasa menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) bagi menjaga sensitiviti suami isteri yang disahkan tiada harapan mendapat zuriat.

Katanya, pendedahan berkenaan proses mendapatkan lagi cahaya mata yang dilalukan sejak Jun 2021 pernah membuatkan insan lain terluka hingga mendorongnya mengambil pendekatan itu.



“Saya terima pelbagai maklum balas ramai terutama mereka yang masih berikhtiar untuk mendapatkan anak ketika mula-mula menjalani IVF.

“Pada awalnya saya sangka respons positif, sebaliknya banyak reaksi negatif terutama membabitkan wanita yang telah disahkan tidak mampu memiliki zuriat.

“Ada hati terluka. Jadi saya buat keputusan untuk tidak lagi berkongsi mengenai rawatan tersebut bagi menjaga sensitiviti umum,” katanya ketika ditemui pada Konsert Ini Baru Bintang di RTM.

Pada masa sama, penyanyi berusia 41 tahun itu berkata, usaha untuk mendapatkan cahaya mata lagi masih diteruskan di bawah kendalian doktor yang sama.


“Harapan untuk saya memiliki zuriat masih ada dan saya tetap akan berusaha, berlapang dada selain mendoakan supaya semuanya berjalan lancar.

“Kita berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan kepada Allah kerana Dia sebaik-baik perancang. Andai nanti ditakdirkan saya hamil, tentu boleh nampak dan takkan dapat sorok,” katanya.


Sekitar pertengahan 2021, pelantun lagu Bunga-bunga Cinta itu mendedahkan telah menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan untuk hamil anak kedua.

Malah, dia turut mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja dalam laman sosialnya sebagai rakaman pengembaraan memiliki anak perempuan.

Penyanyi yang bertemu jodoh dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa berumur tujuh tahun.

Selain itu, Misha turut memiliki seorang anak angkat, Muhammad Adam Emir yang kini berusia 17 tahun. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 12-9-2023 03:50 PM
moga Allah perkenankn utk Misha dpt zuriat.. amin yra

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034561 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top