CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raymond Goh Meninggal Dunia

12-9-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6583| Komen: 46

KUALA LUMPUR: Raymond Goh meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.


Sebelumnya, pembaca berita Nightline TV3 itu dilaporkan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Foto: Awani

Berita pemergian Raymond disahkan keluarga Allahyarham dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, selepas solat Asar hari ini.

Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O'clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Allahyarham telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 12-9-2023 02:13 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

Takziah utk family.
Quote sekngucing 12-9-2023 02:19 PM
innalillah....nightline selalu.nampak.beliau sejak sekian lama
Quote jazaa100 12-9-2023 02:22 PM
Dia masuk islam iya...
Bila ek...
Quote nolya 12-9-2023 02:24 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun.
Takziah kpd keluarga.
Quote lanacondor 12-9-2023 02:33 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

Salam takziah buat keluarga...igt ok dah haritu...
Quote mojarean_X 12-9-2023 02:58 PM
allah-islam (1).gif
Quote uori 12-9-2023 03:07 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun dan takziah buat ahli keluarganya.

Dahlah selalu tengok dia live kat tt, soothing je suara dia.
iols memang terkesan
Quote lil_honey 12-9-2023 03:11 PM
uori replied at 12-9-2023 03:07 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun dan takziah buat ahli keluarganya.

Dahlah selalu tengok dia li ...

iols pun sama...heols selalu borak/ reply2 kat twitter
Quote kucingitam 12-9-2023 03:14 PM
uori replied at 12-9-2023 03:07 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun dan takziah buat ahli keluarganya.

Dahlah selalu tengok dia li ...

suara dia mmg sedap didengar, kan.
Quote otai_g 12-9-2023 03:15 PM
Yg 1st dulu sapa la buat cerita kata beliau da meninggal.
Quote Moyangkucing 12-9-2023 03:20 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Allahummaghfirlahu warhamhu

Semoga dimasukkan ke dalam golongan hambaNya yg soleh.

Suara dia memang berwibawa baca berita. Kelvin Ong pun masuk Islam juga kan? Dpat hidayah mereka ni...
Quote vanillaninja 12-9-2023 03:21 PM
Innalillah, salam takziah buat family arwah.
Quote Jitu 12-9-2023 03:22 PM
Takziah   
Quote s@s@ 12-9-2023 03:35 PM
al-fatihah
Quote OshinDaSolja 12-9-2023 03:47 PM
Innalillah...semoga ditempatkan bersama orang2 beriman...
Quote Buritan 12-9-2023 03:53 PM
Huntung ko dpt hidayah... moga syurga utkmu
Quote lasagna 12-9-2023 03:53 PM
Innalillahi wainnailahi raji'un..
Al Fatihah to him..
tiada lagi post kat platform twitter/X
Quote mimi_ayu 12-9-2023 03:57 PM
Takziah buat family
Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman
Quote lasagna 12-9-2023 03:59 PM
jazaa100 replied at 12-9-2023 02:22 PM
Dia masuk islam iya...
Bila ek...

ehh lama dah.. ramai jer dah tau, kalangan org lama mcm iols ni tau jer..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.500000 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top