CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awal Ashaari Lega, Tuduhan Rosak Palang Pagar Digugurkan

12-9-2023 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3946| Komen: 18

Awal Ashaari lega  tuduhan berhubung melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar kawasan perumahannya di Damansara pada April tahun lalu digugurkan.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada pagi Selasa selepas semua pertuduhan terhadapnya ditarik semula oleh pengadu.


Katanya kes itu juga berjaya diselesaikan secara baik antara pihak terlibat di luar mahkamah.


Foto: IG

"Syukur kes ini telah digugurkan. Selepas setahun ia berjalan dan telah banyak kali tangguh akhirnya selesai.

"Mahkamah memutuskan dakwaan terhadap saya digugurkan. Pihak pengadu juga telah menarik semula dakwaan terhadap saya. Semua dapat diselesaikan secara baik," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.



Awal sebelum itu menerusi Instagram berkongsi foto dia hadir ke mahkamah bersama peguam, Datuk M Reza Hassan bagi mendengar keputusan tersebut.

Awal memberitahu dia bertindak bersemuka dengan pihak pengurusan kawasan perumahan tersebut baru-baru ini bagi menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah.



Kata Awal, pada pertemuan itu, semua pihak merendahkan diri mengakui kesilapan masing-masing sebelum memutuskan untuk tidak lagi memanjangkan kes di mahkamah.

"Ketika sambutan ulang tahun lalu, saya rasakan tak perlu lagi nak panjangkan kes ini. Saya pun tinggal di kawasan tersebut. Jadi saya berjumpa mereka dan berbincang secara baik.

"Saya sedar atas kesilapan yang berlaku dan semua pihak juga mengaku kesalahan masing-masing. Mungkin semasa kejadian itu kesabaran saya di uji ketika bulan Ramadan," ujarnya.



Tambahnya, keputusan itu disifatkan sebagai hadiah bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada 6 Ogos lalu.

Pada Mei tahun lalu Awal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar di ondok pengawal perumahan di PJU3/30 Petaling Jaya.


Kesalahan itu dilakukan pada pukul 11.30 pagi, 16 April 2022 dan menyebabkan kerugian dianggarkan RM600. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 12-9-2023 01:59 PM
Kan ditulis diselesaikan luor mahkamah
Kenapa ekau beria seronok seolah ekau tak salah
Mesti dah bayar gantirugi dan bil tertunggak tu kan
Quote scrocth 12-9-2023 02:02 PM
Ayoo fesyen big ribben tu? Kena xpakai long skirt skali awal oi?
Quote beni_nikaido 12-9-2023 02:31 PM
bagus la kalo dah setel.
ingat ye kawan2 porumer sekalian...
jangan culas bayar maintenance rumah
peringatan utk Beni jugak
Quote Lorra2411 12-9-2023 02:45 PM
dah settle luar tu kiranya kau kena bayar la khen???
Quote moonela 12-9-2023 02:51 PM
she replied at 12-9-2023 01:59 PM
Kan ditulis diselesaikan luor mahkamah
Kenapa ekau beria seronok seolah ekau tak salah
Mesti dah bay ...

muahahahahahahaha
bijak macik
Quote moonela 12-9-2023 02:51 PM
beni_nikaido replied at 12-9-2023 02:31 PM
bagus la kalo dah setel.
ingat ye kawan2 porumer sekalian...
jangan culas bayar maintenance rumah

hahahhaha

tq beni



Quote Burong_Hantuk 12-9-2023 03:14 PM
makin terserlah bapokkk
Quote she 12-9-2023 04:13 PM
moonela replied at 12-9-2023 02:51 PM
muahahahahahahaha
bijak macik

Kannn Moon
Tapi cara dia bual
Seolah hakim dah tetapkan dia tak bersalah

Tapi kita kat sini
Tahu jer benda setel luar
Entah2 dia pergi kawtim dah
Sebab tu lawyer pihak pendakwa ok je tarik kes
Asalkan bayar

G cubit dia Moon
Quote September14 12-9-2023 04:21 PM
Aku ingt diorg ni mcm kaya jgklah
Quote Kurex 12-9-2023 04:22 PM
Bapok bapok bapok
Quote kaseh80 12-9-2023 04:29 PM
Dah rupa gegirl
Quote moonela 12-9-2023 05:50 PM
she replied at 12-9-2023 04:13 PM
Kannn Moon
Tapi cara dia bual
Seolah hakim dah tetapkan dia tak bersalah

Kann macik..
Macamlah orang tak tahu dan tak boleh fikir..

Takmo lah macik
Quote sleepandream 12-9-2023 09:39 PM
ada apartment yg mentenance fee bayar 3 bulan sekali...
ekceli bayar bulan2 lg senang takde lupa...
Quote zuriey 12-9-2023 10:01 PM
Malu lah berjalan obersi mampu
Nak bayau mentenance kedeng
Tapi id rumah baru sheols tu hauk nan mampos
Quote Diplomat 12-9-2023 10:07 PM
September14 replied at 12-9-2023 04:21 PM
Aku ingt diorg ni mcm kaya jgklah

Kalau pernah bergaul dengan orang kaya, tak kisah la family/bos/kawan, sesungguhnya orang kaya ni kedekut. Kena saman trafik, tak nak bayar wei padahal salah sendiri haha.
Quote moonela 12-9-2023 10:10 PM
Diplomat replied at 12-9-2023 10:07 PM
Kalau pernah bergaul dengan orang kaya, tak kisah la family/bos/kawan, sesungguhnya orang kaya ni  ...

Hahaahaa... Ada betulnya.. Client tempat I kerja invoice rm 1k ++ pun minta diskaun... Apooo.. Tapi kes awal ni iols percaya sbb sengkek
Quote arffa 12-9-2023 11:51 PM
Diplomat replied at 12-9-2023 10:07 PM
Kalau pernah bergaul dengan orang kaya, tak kisah la family/bos/kawan, sesungguhnya orang kaya ni  ...

Sebab tu depa kaya sebab kedekut, genggam tak tiris
Quote asimilasi 13-9-2023 09:36 AM
seronokla heshe... bole langgar pagar lagi le tu...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076115 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top