CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rumah Untuk Ibu Bapa Mentua Masih Tak Siap, Mark Adam Anggap Diri Gagal

12-9-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2181| Komen: 1

Mark Adam sedih rumah yang dijanjikan untuk ibu bapa mentuanya masih belum dapat disiapkan.

Mark menganggap dia seorang yang gagal lantaran hasrat mendiami kediaman tersebut pada sambutan Aidilfitri lalu tidak kesampaian.


Foto: IG

"Saya gagal kali ini tapi saya reda dan tidak berputus asa. Rezeki milik Allah. Saya beruntung dapat mentua yang cukup penyabar.

"Ini keluarga saya. Saya akan kuatkan diri dalam apa sahaja keadaan. Saya janji akan siapkan rumah untuk mak dan abah di masa akan datang.

"Saya akan berusaha mencari rezeki yang halal dan tidak akan berputus asa untuk siapkan rumah," katanya di Instagram.


Dia turut membuat naik video membawa kedua ibu bapa mentuanya itu melihat keadaan rumah yang masih dalam proses pembinaan.

Dalam video berkenaan, Mark juga dilihat menyiapkan bapa mentuanya yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Tambah Mark hatinya cukup sayu setiap kali bertemu ibu bapa mentuanya.


"Setiap kali mak dan abah minta pulang ke rumah asal mereka, hati saya akan pecah. Saya tahu mereka sedih walau tak tunjuk.

"Bukan senang nak jadi ketua keluarga, tambahan pula ada tiga ke empat keluarga yang kena jaga. Saya terima... Selain penghibur inilah agaknya tujuan saya hidup dalam dunia," ujarnya.



Rumah untuk kedua ibu bapa mentuanya itu masih belum disiapkan susulan kontraktor melarikan diri pada Februari lalu walaupun sudah menerima bayaran penuh.

Disebabkan kejadian itu Mark memberitahu dia terpaksa melakukan kerja-kerja permbinaan sendiri secara berperingkat. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 12-9-2023 01:43 PM
respect Mark. semoga berjaya. idola betul.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.032567 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top