KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anak serta ibu mentuanya, gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan harta sepencarian berjumlah lebih RM2 bilion.
Tuntutan harta sepencarian itu difailkan Kalsom selaku plaintif terhadap empat anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla serta ibu mentuanya, Aminah Abdullah yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima. Peguam, Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili Aminah, ketika ditemui selepas prosiding hari ini, berkata Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid memutuskan supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan berikutan kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan.
Hidayah berkata, keputusan berkenaan dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi yang kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Oktober ini. Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar, keluarga Kalsom, 67, memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya sebagai defendan. Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang. Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. -CARI Sumber: Berita Harian
|
Friska replied at 12-9-2023 12:12 PM
Wow RM2 billion, banyak sekali ya. Saya mau nabung RM1 juta aja udah ngos-ngosan!
hareeeesah replied at 12-9-2023 12:17 PM
Kenapa ank pun xsetuju mak sendiri tuntut harta sepencarian.? Mcm mak tiri plak..
lolen replied at 12-9-2023 11:56 AM
Tak paham mak vs anak vs nenek ke? Tp knp elok je jalan together2 dgn anak nama anis tu?
Ke tu cara ...
petpom replied at 12-9-2023 12:52 PM
Kalau mak dia dpt tuntut harta sepencarian. Nnti nilai utk bahagian faraid dah berkurangan. Contoh ...
petpom replied at 12-9-2023 12:54 PM
Dpt kurangkan nilai utk pembahagian harta mengikut faraid. Kalau mak dia dpt harta sepencarian. Ja ...
Friska replied at 12-9-2023 12:12 PM
Wow RM2 billion, banyak sekali ya. Saya mau nabung RM1 juta aja udah ngos-ngosan!
_blackbird replied at 12-9-2023 12:39 PM
aku baru balik dari indon ni friska, sehari aku spend 3juta selamber. skali makan je 800k / pax be ...
ADVERTISEMENT