CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rimas Suami Asyik Pulang Rumah Mentua, Wanita Menyesal Kahwin Lelaki Sekampung

12-9-2023 11:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1783| Komen: 0

Jakarta: Seorang wanita di Indonesia berkongsi  kisah hidupnya yang berasa tidak senang dengan tindakan ibu mentua dan adik iparnya yang sering meminta suami pulang ke rumah mereka tanpa mengira waktu, lapor portal berita Wolipop hari ini.


Berdasarkan hantaran yang dikongsi di laman TikTok, wanita bernama Melin Amelia itu berkata, dia dan suami tinggal berdekatan rumah keluarga mentuanya di kampung sama.


Disebabkan itu, mentua dan adik iparnya sering meminta suaminya pergi ke rumah mereka setiap hari untuk menyuruh lelaki tersebut melakukan pelbagai perkara.

“Kadang kala, suami belum pun bangun daripada tidur tetapi mereka sudah menyuruh dia pergi ke sana. Tanpa mengira waktu pagi, petang, siang, malam, ada sahaja perkara yang mereka minta suami lakukan,” ujarnya.

Tambah Melin, adik iparnya juga sering menyuruh suaminya pergi ke rumah ibunya semata-mata untuk meminta wang bagi membeli makanan ringan.


“Sekurang-kurangnya mereka perlu faham bahawa suami saya sudah mempunyai tanggungjawab sendiri kerana sudah berkeluarga. Boleh sahaja mahu meminta tolong anak sendiri tetapi jika hampir setiap hari bahkan sehari berkali-kali, saya berasa seperti saya tidak dihargai,” katanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.029121 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top