Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan dua lelaki cedera diserang oleh seekor anjing gila di sekitar kawasan beli-belah. Budak perempuan itu dipercayai digigit sewaktu anjing tersebut sedang dibawa bersiar-siar oleh pemiliknya.
Rakaman video ngeri itu turut menunjukkan kejadian dua orang lelaki muda yang digigit haiwan berkenaan di Bordesley Green, Birmingham, England pada petang Sabtu. Lelaki tersebut dilihat berjaya melarikan diri daripada cengkaman anjing itu dan berlari sambil menjerit ke dalam pasar raya berhampiran untuk menyelamatkan dirinya. Pemilik haiwan berkenaan juga difahamkan sedang berusaha keras untuk mengawal anjing yang sedang mengganas itu. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, anjing itu dilihat mengejar seorang lagi lelaki lain yang berada di seberang jalan iaitu di halaman depan stesen minyak bersebelahan sebelum mengheretnya ke tanah.
|
mdhelmi replied at 13-9-2024 04:42 PM
erm anjing ni pendendam
kalau sejarah hidup dia kene baling batu dan kene pukul
mmg dia akan jadi ga ...
pocongkiutss replied at 13-9-2024 04:58 PM
Kalau yg kena kurung 24 jam berantai..biasanya garang namampos..seram oke
ADVERTISEMENT