CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Dirogol, Loteng Jadi Tempat Sorok Anak-Anak Dara

12-9-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3792| Komen: 27

REMBAU –  Salah satu cara orang terdahulu ntuk mengelak menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun  ialah dengan membina rumah yang mempunyai loteng supaya dapat menyembunyikan gadis-gadis daripada dianiaya.


Waris penghulu Kampung Pedas, Zamira Shahbudin, 40, berkata, kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an menjadikan penduduk terutama anak gadis risau dan gelisah kerana kemungkinan dirogol.

Katanya, ketika Jepun tiba di kampung itu, moyangnya yang dikenali sebagai Subuh pantas menyembunyikan sehingga 20 anak dara di atas loteng rumah.

Foto: Kosmo

“Rumah pusaka odang (mo­yang) Subuh dan Molek Said berusia hampir 100 tahun dan dinamakan Zamira Dapur Kayu. Ia menyimpan sejarah paling besar buat keluarga dan penduduk setempat ketika zaman penjajahan Jepun.

“Ibu saya, Jamila Saham, 68, menceritakan anak gadis kampung disembunyikan sepanjang tentera Jepun masuk ke kampung di loteng rumah,” kata bekas pramugari Tentera Udara Diraja Malaysia itu ketika ditemui di sini.


Menurut Zamira, tentera Jepun tidak mampu untuk masuk ke bahagian dalam rumah tempat loteng dibina kerana dihalang oleh combi door yang menggunakan kayu pokok punak.

Tambahnya, combi door tidak dapat ditembusi kerana ia di­selak dengan kayu yang kukuh sehingga dapat menyelamatkan anak-anak gadis daripada diapa-apakan tentera Jepun.

“Ketika itu tidak ada cara lain untuk menyelamatkan mereka dan tindakan tok dang (odang) saya selaku ketua kampung me­rupakan tindakan terbaik ketika itu,” katanya.

Ujar Zamira, rumah itu yang juga dikenali sebagai rumah Wan Ineh mendapat perhatian ahli akademik universiti tempatan untuk dibuat kajian ekoran warisan tradisi dan nilai sejarah yang dimilikinya.

“Rumah itu merupakan kombinasi dua negeri iaitu Ne­geri Sembilan dan Melaka. Kita menjaga keaslian rumah ini de­ngan mengekalkan cat, tangga dan reka bentuk asal tempat tinggal nenek moyang kami.

“Cuma tangga lotengnya sahaja dikeluarkan bagi tujuan ke­selamatan,” katanya.

Menurut Zamira, dia juga me­ngusahakan kedai makan di situ dan pelanggan boleh menikmati juadah di atas rumah tersebut sambil mengimbau sejarah ketika zaman penjajahan Jepun ke Tanah Melayu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 12-9-2023 01:46 PM
Anak dara zmn skrg lg rela kena rogol di jepungg.. tarap kpop oiii . Hahahaha . Beza anak dara dulu dgn skrg
Quote tri-max 12-9-2023 03:05 PM
Buritan replied at 12-9-2023 01:46 PM
Anak dara zmn skrg lg rela kena rogol di jepungg.. tarap kpop oiii . Hahahaha . Beza anak dara dulu  ...

hahahah tepat pada sasaran

rela hati check in hotel, tak yah penat2 panjat loteng
mahalnya sebuah maruah
#bakyahkepanasan

Quote Buritan 12-9-2023 03:08 PM
tri-max replied at 12-9-2023 03:05 PM
hahahah tepat pada sasaran

rela hati check in hotel, tak yah penat2 panjat loteng

Zmn laa nii tak pyh buat loteng semua nii.. buat penat jee tok dangg tuu buat lotenggg.. tentera jepung lalu anak dara semua pakat serbu .. hahahaha
Quote dani-rox 12-9-2023 07:24 PM
Kalau tak silap tentera Jepun ww2 angkut comfort women yg dia org culik dari Korea Selatan dan China ke stesen2 khas di seluruh Asia Tenggara. Kalau kekurangan barulah mereka pergi cari pompuan local yg kulit cerah, putih melepak. Psl tu la kita dengar cerita org tua2 dulu, muka anak2 dara akan dilumur dgn arang supaya tentera jepun ni takda selera nak kidnap dan rogol.

Ai rekomen buku Rape of Nanking kalau nak tahu betapa kejamnya tentera Jepun dgn org awam yg tak berdaya esp. comfort women, siap ada gambar sekali.

Quote Decaffeinated 12-9-2023 07:29 PM
"Subuh pantas menyembunyikan sehingga 20 anak dara di atas loteng rumah"

sembang...

Quote plywood 13-9-2023 12:41 PM
Quote plywood 13-9-2023 12:42 PM
Quote plywood 13-9-2023 12:43 PM
[tiktok]https://www.tiktok.com/@dfizya/video/7193976907828825371[/tiktok]
Quote ifanonline 13-9-2023 12:44 PM
zaman perang dulu, memang Japanese army di kenali sebagai perogol bersiri...

zaman skrg, lelaki jepun semuanya kote kecik

mungkin sumpahan org2 dulu kot
Quote mast3rshad0w 13-9-2023 12:46 PM
ifanonline replied at 13-9-2023 12:44 PM
zaman perang dulu, memang Japanese army di kenali sebagai perogol bersiri...

zaman skrg, lelaki jep ...

org korea kote paling kecik, lepas tu baru jepun..
Quote plywood 13-9-2023 12:47 PM
alang dah dia buka restoran aku tolong promote lah..
Quote plywood 13-9-2023 12:47 PM
Quote plywood 13-9-2023 12:48 PM
Quote jejaka_hensem 13-9-2023 12:59 PM
dani-rox replied at 12-9-2023 07:24 PM
Kalau tak silap tentera Jepun ww2 angkut comfort women yg dia org culik dari Korea Selatan dan China ...

Pernah tengok movie korea pasal ni,dorang conteng arang kat muka,sorok anak perempuan dorang kat lubang bawah tanah takut kena angkut dgn org jepun jd pelacur.
Lupa dah tajuk cite tu.
Quote mizzmimi 13-9-2023 01:11 PM
Sampai 20 orang sumbat kat loteng tu. Tak riuh rendah plak depa begosip..
Quote dani-rox 13-9-2023 05:25 PM
jejaka_hensem replied at 13-9-2023 12:59 PM
Pernah tengok movie korea pasal ni,dorang conteng arang kat muka,sorok anak perempuan dorang kat l ...

kesian kan? parents tak berdaya nak buat apa2, cuma mampu conteng arang, sorokkan anak dan berdoa jah agar mereka selamat.





Quote mawardia 13-9-2023 07:02 PM
La skarang ramai pompuan hadap nakkan org jepun.
Kalau yg hitam pulak sanggup drip vit C nak putih ala-ala jepun.
Ala lagi teruk... ada org pompuan hadapkan nak beranak anak muka ala-ala jepun wpun jantan tu bukan la jepun sebenar.
Ehh.
Tiber.
Quote jejaka_hensem 14-9-2023 02:21 AM
dani-rox replied at 13-9-2023 05:25 PM
kesian kan? parents tak berdaya nak buat apa2, cuma mampu conteng arang, sorokkan anak dan berdoa  ...

Ada tu,siap pakaikan dorang baju lelaki,potong rambut pendek sume tu.
Kesiankan nasib kaum wanita zaman penjajahan sblm merdeka dulu.
Bagero
Quote kakikuDibibirmu 14-9-2023 02:36 AM
mast3rshad0w replied at 13-9-2023 12:46 PM
org korea kote paling kecik, lepas tu baru jepun..

Carta Congo:



Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.116922 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top