CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Tapak Pelupusan Sampah Jumpa Bom Tangan

12-9-2023 01:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5671| Komen: 3

Bukit Mertajam: Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang memusnahkan bom tangan yang dijumpai pekerja tapak pelupusan sampah di Ampang Jajar, di sini, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata polis menerima aduan mengenai penemuan bom tangan jam 1.30 petang.

Gambar hiasan

"Siasatan polis mendapati tempat kejadian adalah di tapak pengurusan sisa pepejal yang terletak di kawasan berbukit dan berpagar.

"Objek disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya.

"Pihak UPB dari IPK Pulau Pinang hadir membuat pemeriksaan keselamatan seterusnya melakukan proses pemusnahan di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.



Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 12-9-2023 08:07 AM
tau tau bom dummy
Quote Radzor 12-9-2023 09:36 AM
Bom lighter kot

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.029032 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top