KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini senada ketika menyentuh berkenaan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia yang disifat hanya membebankan rakyat. Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) sepakat kerajaan harus mencari mekanisme kukuh untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pembantu rumah warga asing itu, termasuk menaik taraf status pekerjaan itu untuk menarik minat dan penyertaan rakyat tempatan. Membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Normala berkata kadar RM8,000 yang ditetapkan kerajaan lebih tinggi daripada tahap gaji minimum di Malaysia, iaitu antara RM1,000 hingga RM1,200. "Kos untuk ambil ditetapkan RM8,000, jika dikira jumlah itu dengan kontrak dua tahun, campur gaji bulanan, tempat tinggal, makan dan peralatan lain, duit yang harus diperuntukkan untuk membayar pembantu rumah melebihi tahap gaji minimum. Ini tidak termasuk levi dan jika mereka sakit juga harus diambil kira," katanya. Beliau juga mencadangkan kementerian bertanggugjawab untuk menyediakan latihan untuk ibu tunggal, ibu tinggal mahupun suri rumah yang berminat menceburi bidang pekerjaan itu dalam usaha meningkatkan ekonomi rumah tangga. Beliau juga mencadangkan diberi pelepasan cukai dan levi kepada majikan yang mengambil pembantu rumah seperti mana dilakukan syarikat-syarikat bagi meringankan beban mereka. Dr Siti Mariah pula berpendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah harus dijenamakan semula, misalnya dengan menamakannya sebagai pengurus domestik untuk menarik minat orang tempatan menceburi sektor pekerjaan itu. "Langkah pertama ialah untuk menarik minat orang tempatan untuk bekerja dalam sektor ini dengan mengubah nama 'rebranding'...kalau kita kata pembantu rumah atau 'maid' mungkin tak ada orang tempatan yang minat nak bekerja," katanya. Beliau berkata apabila pengiktirafan diberikan kepada pekerjaan itu, penerimaan sosial mungkin akan meningkat dan ini bukan sahaja akan menguntungkan rakyat, malah juga kerajaan kerana masalah pengaliran keluar wang negara dapat dikurangkan.
|
haryatie posted on 4-7-2013 08:21 AM
selagi terdaya urus la ank sdiri..
nursery pun da ada byk.. pilih jerk yg terbaik..
minah2 indon n ...
addicted posted on 4-7-2013 08:25 AM
mende ni hanya menguntungkan agent shj.. dpt agent jenis penipu
abeh sume duit..yg sengsara majikan ...
chinatsu posted on 4-7-2013 09:01 AM
insyaAllah aku takkan ambil maid indon sampai bila2.. aku rela lagi berhenti keje drpd menyerahkan a ...
Amah Campur Darah Haid Dalam Minuman Majikan
Tarikh Artikel : Jumaat, Mei 25, 2012 | Penulis : Harith | Kategori : Isu Semasa
SINGAPURA: Seorang amah Indonesia berdepan dengan hukuman penjara setahun dan denda selepas didapati bersalah mencampurkan darah haid ke dalam minuman majikannya.
Jumiah, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman majikannya di Choa Chu Kang pada Ogos 2011.
Dia bekerja dengan majikannya, Phang Nyit Sin, 38 sejak setahun lalu.
Wanita berkenaan memberitahu mahkamah, dia bercadang mengaku bersalah.
Kes itu akan disebut sekali lagi minggu depan. – ST
ADVERTISEMENT