CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepak Wanita, Pijak Gelandangan Bertubi-Tubi

11-9-2023 08:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3664| Komen: 3

Kuala Lumpur: Seorang gelandangan cedera selepas dipijak bertubi-tubi oleh lelaki di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 12.11 tengah malam, yang dibuat wanita berusia 21 tahun yang turut dipukul suspek.


GAMBAR tular gelandangan yang cedera selepas dipijak bertubi-tubi oleh seorang lelaki di Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Katanya, susulan laporan pembantu kedai bunga itu, pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 36 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 323/ 506 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu. Motif kejadian masih disiasat.

"Kami sedang mengesan gelandangan terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.


Terdahulu, satu hantaran tular di aplikasi X yang dahulunya Twitter, menceritakan insiden seorang lelaki tiba-tiba menyepak wanita di sebuah kedai bunga dan memijak gelandangan yang sedang tidur.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan gelandangan terbabit mengalami pendarahan di kepala.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 11-9-2023 08:11 PM
Biarkan. Orang gila itu lesen untuk membunuh pun ada.
Quote lanacondor 11-9-2023 09:36 PM
Triple_8: Biarkan. Orang gila itu lesen  ...
lagi2 kalau suspek tu warga asing.. mmg lepas saje

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.029099 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top