CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Pecah Rumah Dikenali 'Geng Tasha' Didalangi Wanita Berusia 25 Tahun Akhirnya Tumpas

11-9-2023 07:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2663| Komen: 5

Slim River: 'Geng Tasha' diketuai wanita berusia 25 tahun yang disyaki terbabit beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini, selain di Subang dan Rawang di Selangor akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis.


Selain wanita terbabit turut ditahan empat lelaki berusia antara 23 hingga 36 tahun itu selepas laporan polis dibuat seorang guru mengenai kediamannya yang dipecah masuk pada 25 Ogos lalu.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, tiga suspek termasuk wanita itu ditahan 6 September lalu di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam di Selangor, disusuli dua lagi keesokan harinya masing-masing di Rawang dan Sungai Buloh.

"Turut dirampas set nombor plat palsu, kuku kambing, enam helai resit pajak gadai, dua set kunci mangga serta barang curi seperti komputer riba, tablet dan pelbagai barang kemas yang ditemui di dalam kereta jenis Toyota Vios dan kereta Perodua Myvi yang kemudiannya disita polis.


"Modus operandi mereka adalah meronda taman perumahan menggunakan Toyota Vios sebelum menyewa Perodua Myvi dan memecah masuk rumah pada waktu siang ketika pemilik keluar bekerja.

"Selepas mencuri, mereka mengunci semula pagar rumah menggunakan mangga baharu," katanya ketika sidang media hari ini.

Mohd Hasni berkata, polis percaya menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes pecah rumah di sekitar Taman Bernam Baru dengan tertangkapnya semua suspek itu.

"Semakan mendapati suspek wanita mempunyai 15 rekod lampau dalam kes narkotik, manakala empat lagi masing-masing mempunyai antara empat hingga 14 rekod jenayah.

"Seorang lagi suspek dikenali 'Ahfai' yang beralamat di Desa Jaya Kepong, Selangor masih diburu," katanya.

Semua suspek direman lapan hari sehingga 14 September depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 11-9-2023 10:44 PM
bodoh punya tasya. potong tangan dia.
Quote intan244 11-9-2023 10:44 PM
bodoh punya tasya. potong tangan dia.
Quote batmana 11-9-2023 11:16 PM
Kantul psl CCTV ni..
Quote KamikuP 12-9-2023 03:10 PM
bodoh punya tasya. potong tangan dia.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043155 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top