CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jurusolek Dedah Kulit Isteri Imran Aqil, Dahlia Rizal Tiada Cela- Tak Perlu Pakai Bedak Asas, Harga Solekan Tak Sampai RM3000

11-9-2023 07:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14434| Komen: 145

Menurut jurusolek yang dikenali sebagai Yaya itu, tatarias yang dikenakan kepada isteri pelakon Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal tidak pernah dilakukannya kepada mana-mana individu sekalipun.

Katanya kulit Dahlia tergolong dalam kategori ‘tiada cela’, maka Yaya tidak menggunakan bedak asas bagi melengkapkan ‘natural look’ berkenaan.

Foto: IG

“Saya memang berkali-kali menjadi jurusolek Dahlia untuk beberapa sesi fotografi. Oleh itu dia memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi jurusolek majlis istimewanya.

“Oleh itu, saya cuba tampilkan solekan yang berbeza agar tidak sama dengan ‘look’ yang pernah dikenakannya sebelum ini.

“Betul, saya tidak memakaikan bedak asas, sekadar skintint. Kulitnya sedikit kering, jadi saya tidak mahu mengambik risiko mengenakan bedak asas bagi mengelak solekannya merekah,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Proses solekan mengambil masa sehingga satu jam setengah. Namun begitu Yaya merahsiakan jumlah sebenar kos solekan berkenaan dan hanya memberi bayangan tidak lebih daripada RM3,000.

“Ada yang memilih jurusolek dari luar negara untuk majlis istimewa mereka.

“Namun sebenarnya di Malaysia, kita ada banyak jurusolek berbakat yang juga tidak kurang hebatnya. Kita ada ramai yang bagus-bagus, tinggal kita sahaja yang rajin untuk cari,” kata Yaya.



Sejak gambar solekan Dahlia menjadi tular, Yaya bersyukur kerana tidak putus-putus menerima tempahan solekan yang menginginkan tatarias serupa.

“Alhamdulillah, rezeki.

“Selepas gambar pernikahan Dahlia tular, saya terima banyak tempahan yang inginkan look yang sama. Sejak malam tadi telefon saya tak berhenti berbunyi,” katanya.

Untuk rekod, Imran Aqil dan Dahlia Rizal selamat menjadi suami isteri dengan hanya satu lafaz. Dalam majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka, Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 selepas mengingat tali pertunangan Ogos tahun lalu. -CARI

Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 11-9-2023 07:12 PM
Salah bod ni
Quote bulanbulat 11-9-2023 07:13 PM
Makeup hauk la. Patut lite2 ja.
Quote pinksarah 11-9-2023 07:15 PM
alhamdulillah dahlia dah selamat bernikah

x de gossip pelik2 elok2 je bertunang dan menikah

Quote makita 11-9-2023 07:18 PM
Bila sebut pasal kulit pipi ni ada ceramah kt fb, sazah bgtaw 'Nanti bila mati n nak tanam, kain kapan kat muka akan dibuka dan  pipi kita ni akan bersentuhan dgn tanah. Pipi kita yg licin2 tu puan-puan'
Quote kawaiichicken 11-9-2023 07:42 PM
dah klu muka dahlia nih berkawah jerawat nk ke imran nih?
Quote sleepandream 11-9-2023 07:44 PM
takde cela tapi bersolek sejam setengah...
Quote Masukkeluar 11-9-2023 08:46 PM
tak tahu apa yg hype sgt dgn bdk ni..aku pn baru je kenal. yg laki pn sama..mcm xmatang. nmpk xsepadan. bdk bdk lagi lakinya tu. korg dk puji puji psgn ni kwin, tp aku tgk biasa je...gmbr kwin kelam.
Quote timah03 11-9-2023 08:53 PM
Tak cantik la gambar2 dia... Macam salah angle... Macam tak ada jiwa...
Quote edayildiz 11-9-2023 08:59 PM
Edited by edayildiz at 11-9-2023 09:01 PM

bdk dahlia ni i knl tp yg laki tu i dok knl..si dahlia ni kalau tgk dia bckp mcm perempuan perasan hot..nsb la ada rupa jgk banding acik porem..to still la i dok gemar tgk dia jenis perasan terpaling cntik...ngn acah pelat mat saleh dia tu..blh tgk kt ig dia..tp ni masa pkp dlu la..skrg i xtau la gedik lg tak
Quote umbut 11-9-2023 09:00 PM
Aqil ni ke ex bini yonny.. hencem bertiang tiang dari yonny.
Quote Mekpah2 11-9-2023 09:00 PM
dahlia ni mmg cantik kulit licin..tp gambar kawen sheols biasa2 jah..xnaik seri sangat..laki dia nmpak mcm budak2..berapa umur dorang berdua ni
Quote alieyrina 11-9-2023 09:41 PM
Mekap mcm kelam n buat nampak tua. Tak naik seri.
Kalau dah tau cantik tak payah besusah payah mekap natural dahlaaa. Dah natural cantik kan
Quote 3480 11-9-2023 09:55 PM
Aku tgk gambaq dia x mekap lg lawa drpd mekap. Nmpk fresh, nmpk muda sesuai umur.
Mungkin dia slalu mekap tebai kot jd gambaq kawen biasa2. Lawa tu lawa la tp bkn fullamak gitu
Quote Masukkeluar 11-9-2023 10:01 PM
timah03 replied at 11-9-2023 08:53 PM
Tak cantik la gambar2 dia... Macam salah angle... Macam tak ada jiwa...

aku igt aku je rs cmtu. gmbr kelam kusam mcm guna photog murahan..sori la tlalu jujur. sbb aku tgk org dk hype smpai trending kt twitter..bila tgk kt ig biasa sgt gmbr nikahnya..makeup pn tak lawa.
Quote Tunan 11-9-2023 10:08 PM
Mekpah2 replied at 11-9-2023 09:00 PM
dahlia ni mmg cantik kulit licin..tp gambar kawen sheols biasa2 jah..xnaik seri sangat..laki dia nmp ...

Mcm dahlia tahun 2001
Imran tua setahun
Tp dahlia bila mekap nampak tua
Quote jihah_kudat 11-9-2023 10:10 PM
edayildiz replied at 11-9-2023 12:59 PM
bdk dahlia ni i knl tp yg laki tu i dok knl..si dahlia ni kalau tgk dia bckp mcm perempuan perasan h ...

soalan jujur..kenape ramai puji dahlia ni terpaling cantik..sebab aku tengok muka dia stock2 muka hanna delisha,sofia barakah je..tapi gambar kawen ni nampak ada beberapa side muka watie bini shuib..
Quote kalchi 11-9-2023 10:11 PM
Tp sbb bdk dahlia ni dah terlalu salu mekap, kt mata i nampak sama je dgn look hari hari dia. Lawa tu lawa la.
Quote kalchi 11-9-2023 10:13 PM
edayildiz replied at 11-9-2023 08:59 PM
bdk dahlia ni i knl tp yg laki tu i dok knl..si dahlia ni kalau tgk dia bckp mcm perempuan perasan h ...

Ha mmg uols. She mmg cantek lah tapi salu nak post jugak gamba comot nk suruh pengkomen cakap she cantik, cggitu
Quote Masukkeluar 11-9-2023 10:17 PM
Edited by Masukkeluar at 11-9-2023 10:18 PM
kalchi replied at 11-9-2023 10:13 PM
Ha mmg uols. She mmg cantek lah tapi salu nak post jugak gamba comot nk suruh pengkomen cakap she  ...


aku bru stalk ig dia hrini, dan dia nmpk gedik dan prasan cantik..vibes dia xbest bg aku hahaha. dan aku pelik apa yg bagusnya smpai bbnu smua puji dia nk jd mcm dia? Lol

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.104170 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top