CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nikmat Yang Ditarik Oleh Allah, Kami Juga Pernah Rasa Bahagia Sebagai Sebuah Keluarga,"-Anak Lelaki ND Lala

11-9-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2867| Komen: 4

Anak kedua ND Lala iaitu Amir Syafiq menyifatkan keruntuhan rumah tangga kedua ibu bapanya sebagai nikmat yang ditarik oleh Allah.

Syafiq, 30, berkata, kekecohan yang berlaku juga adalah satu bentuk ujian buat keluarganya ketika ini.


"Allah nak tarik nikmat sekejap saja. Kita ini sentiasa akan diuji," tulisnya sebagai kapsyen.

Foto: mStar

Menerusi hantaran itu, Syafiq memuat naik tiga keping foto yang memaparkan dia tersenyum bahagia di samping keluarga tersayang.

Malah foto tersebut turut memaparkan ND Lala dan bekas isterinya, Fauziah Sarman yang dirakam sebelum tercetusnya isu rumah tangga pasangan itu.

Dalam pada itu, Syafiq turut meninggalkan pesan agar menghargai setiap ahli keluarga yang sentiasa ada di saat susah dan senang.

Syafiq juga berharap orang ramai mengambil pengajaran daripada kisah yang melanda keluarganya.


"Sementara Allah masih pinjamkan nikmat bahagia pada kita, hargailah ia sebalik mungkin setiap ahli keluarga yang ada.

"Nanti bila dah jadi seperti keluarga kami, baru anda akan menyesal. Kami juga pernah rasa bahagia sebagai sebuah keluarga.

"Doakan kami yang masih bersatu sebagai keluarga," luahnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza, Syafiq berharap ibunya sentiasa kuat dengan ujian menimpanya dan berjanji akan sentiasa ada buat wanita berkenaan.

"Semoga emak terus kuat. Saya akan selalu ada untuk emak... Sayang MamaZie (panggilan Fauziah)," ujarnya.

Pada Jumaat lalu, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, tampil membuat penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya dengan Fauziah.

ND Lala turut mengulas mengenai isu Syafiq memulangkan kenderaan milik isteri mudanya iaitu Siti Munirah Abd Ghani yang tular di media sosial sebelum ini.

Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 11-9-2023 06:53 PM
Dia ni ke yg liat bayar nafkah anak? Ke adik beradik lain?
Quote Binodino 11-9-2023 07:17 PM
ashilalat: Dia ni ke yg liat bayar nafkah ...

Tu anak tiri si fiena jebat kot..anak lelaki paklalat ada ke yang dah kahwin?

Quote 800214 11-9-2023 07:26 PM
Binodino replied at 11-9-2023 07:17 PM
Tu anak tiri si fiena jebat kot..anak lelaki paklalat ada ke yang dah kahwin?


Ada. Adik shila dah kawen. N dah cerai. Rasa srg je kan lelaki
Quote Sangkar_Emas7 12-9-2023 08:45 AM
wlaupun family ni hmmmm...but mmg sgt sedih kalau dulu boleh berkumpul 1 family gelak tawa makan sama... sekarang kosng je. semua memendam rasa.

Semoga diberi kekuatan & kemudahan bg family xila. Inshaa allah allah hadirkan pelangi selepas hujan..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.031159 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top