CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adam Corrie Dicop Sombong Sebab Tak Nak Bagi Bantuan RM100

11-9-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3105| Komen: 18

Gara-gara menghiraukan permintaan individu yang memohon bantuan daripadanya, Adam Corrie dilabel sombong.

Di Instagram, dia berkongsi paparan skrin mesej daripada salah seorang pengikutnya yang meminta RM100 daripada Adam untuk keperluan kehidupannya.


Foto: IG

“Assalamualaikum abang Adam, maaf menganggu… Saya Iz** mohon bantuan sikit. Keperluan kehidupan RM100. Kalau ada rezeki saya,” tulis individu berkenaan.

Kemudian, Adam hanya membalas dengan menyertakan pautan link Baitulmal Zakat bagi membantu individu itu.


Namun, tindakan pelakon filem KL Gangster itu disalah anggap dan dilabel sombong.

Sementara itu, Adam memberitahu sering menerima mesej untuk minta bantuan daripada pengikutnya.


“Setiap hari memang ada insan yang minta bantuan. Saya sertakan link untuk mudahkan dapatkan bantuan. Tak dapat bantuan, terus di cop sombong,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 11-9-2023 06:56 PM
Elok Pon dia buat gitu.. tu geng2 scammer.. kalau layak knp xmohon saluran yg betul kan.. elok jgn di layan..
Quote JunkMail 11-9-2023 07:03 PM
Selayaknya lahh...ingat ATM ke suka suka hati mintak duit.
Quote sleepandream 11-9-2023 07:03 PM
bijaks yach
Quote cmf_jeangrey 11-9-2023 07:13 PM
Nak bergambar dia ok je, nak mintak duit? Sila cari kerja..
Quote monsterwife 11-9-2023 07:20 PM
Betul lah tu
Apply kalau dah rasa x mampu
Kenapa perlu meminta-minta drpd dia

Quote sukacactus 11-9-2023 07:33 PM
Tak malunya mintak duit org
Quote little_sis 11-9-2023 07:47 PM
Besar dah anak dia, comel je
Quote -Suri- 11-9-2023 08:03 PM
Betul la tindakan dia tu.
Quote sharlenetexas 11-9-2023 08:05 PM
Suka tgk heols menari zapin sbb bukan jenis dancer ponen.

Quote sharlenetexas 11-9-2023 08:06 PM
Sah2 scammer berkeliaran kat ig dan segala media sosial. Mintak susu anaklah. Pampers lah.

Quote kaedahnya 12-9-2023 01:10 AM
tu anak dia ke? macam cheeky & comey je.
Quote yum3 12-9-2023 08:54 AM
sukacactus replied at 11-9-2023 07:33 PM
Tak malunya mintak duit org

hahahha mcam kenal je dialog tu . "Harp muka je lawa"  hahhaha....
Quote hanihan16 12-9-2023 08:58 AM
i keliru, ayat yg betul sememangnya menghiraukan ke tidak menghiraukan?
Quote tipah89 12-9-2023 12:07 PM
kira bagusla dia bagi link tu kan..bijak..scammer dimana2 yach
Quote bynroslan 12-9-2023 12:11 PM
scammer memang camtu, dah habis adik beradik, kaum kerabat, sahabat handai ke apa yang pergi sampai meminta-minta kat dia ni pulak? pastu orang tu bagi link untuk ke saluran betul eh kau nak marah pulak? Elok la dia tak bagi kau link untuk ah long baru ada akal hahahaa
Quote immortallez 12-9-2023 12:17 PM
Zaman skrg ni banyak sgt org menipu. So mmg betul la tindakan dia bg link Baitulmal. Adam Corrie ni dh 50+ pun masih gigih cari rezeki berlakon. Kau ingat tak penat ke berlakon bila dh berumur, tp dia pun ada anak bini nk sara. Ni alih2 ada pulak yg senang2
mintak RM100.
Quote KamikuP 12-9-2023 03:24 PM
Scammer lahabau ni pon,, ada ke mintak Rm100 kat Corrie ni, pegi le mintak kat Wak Jahid.. dia kan byk duit ekekekek
Quote Kentot_Wangi 12-9-2023 07:01 PM
Jackie chan yg kaya raya tu pn suruh anak dy kerja klu nak duit. Ko senang2 je minta duit dgn org x kenal. Kerja la, pemalas...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060934 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top