CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hendak Ke Mana Pun, Keluar Jam Berapa Dan Bersama Siapa, Tidak Perlu Memikirkan Suami Di Rumah, Ikut Suka Hati,"-Ziana Zain

11-9-2023 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5333| Komen: 33

Bercerai pada 12 Julai 2018 ,Ziana Zain, 55, reda rumah tangga runtuh lepas 20 tahun hidup bersama.

Selepas lima tahun menggalas status ibu tunggal empat anak, Ziana akui dia lebih selesa menjalani kehidupan solo dan tidak terfikir langsung untuk berumah tangga lagi.


Foto: IG

Memiliki berat badan 49 kilogram, Ziana nyata profesional dan tidak melenting ketika ditanya 'jodoh baharu' memandangkan dirinya yang kurus serta persis 'anak dara' itu.

"Saya dah agak akan ditanya soal jodoh. Tapi, entah kerana sejujurnya saya seronok menjalani kehidupan solo ini. Lagipun hidup saya sudah lengkap bersama anak-anak.


"Memang saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Cuma tak mahu cakap besar sebab urusan jodoh ini ketentuan Yang Esa. Saya tidak tahu apa yang Allah sudah aturkan untuk saya ke depannya.

"Namun, saya amat bersyukur dengan kehidupan sekarang ini apabila hendak ke mana pun, keluar jam berapa dan bersama siapa, tidak perlu memikirkan 'suami' di rumah. Ikut suka hati," katanya kepada Harian Metro.


Ziana berkata, dia hanya perlu memberitahu ibu bapanya yang tinggal bersama supaya mereka tidak risau. Manakala anak-anak pula sudah besar dan sangat memahami.

Mengulas juga perihal kesunyian, pelakon filem Maria Mariana dan Sembilu ini berkata, dia bertuah kerana adik-beradik, ipar dan anak saudara sentiasa ada bersama serta selalu berkumpul di rumah.

"Apa yang pasti, semua anak saya gembira dan kami selalu berkongsi cerita bersama. Jadi, hubungan dengan anak-anak sangat rapat walaupun masing-masing sudah besar dan remaja," katanya.


Hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Armin Zaharin, mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Aiman, 23; Muhammad Ammar, 21; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 14.

Ditanya hubungan anak-anak bersama bapa mereka, Ziana berkata, mereka baik-baik saja dan masih saling menghubungi serta berjumpa apabila ada kelapangan masa.

"Saya juga selalu bertanya dan mengingatkan supaya menghubungi bapa mereka untuk bertanya khabar. Apa yang berlaku antara kami dalam perhubungan, tidak ada kena-mengena dengan anak-anak.

"Jadi, anak-anak saya tetap wajib menghormati bapa mereka. Saya pun ada ibu bapa dan berdosa besar kalau putuskan hubungan bapa dengan anak. Biar semuanya berjalan baik," katanya.


Ziana berkata, dia juga tidak mahu anaknya bersikap derhaka terhadap bapa mereka.

Katanya, hormat-menghormati dan kasih sayang anak terhadap bapanya wajar berterusan sampai bila-bila.

"Saya tak mahu anak-anak derhaka pada bapa mereka. Jadi, selama ini saya tidak pernah halang pertemuan anak dengan bekas suami." -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 11-9-2023 05:11 PM
Nikmat Tuhan yg mana satu keww yg ko kufuri?

Lebih selesa single kembali teda anyone to report to....

Quote wirazam 11-9-2023 07:44 PM
Biqr benar..beratnya 49 kg..tgk pic x nampak pun mcm 49 kg
Kalau amyza Adnan tu aku percaya 49 kh
Quote noor2 11-9-2023 09:46 PM
wirazam replied at 11-9-2023 07:44 PM
Biqr benar..beratnya 49 kg..tgk pic x nampak pun mcm 49 kg
Kalau amyza Adnan tu aku percaya 49 kh

Mcm ya....tgk tangan dia pun kurus...muka pun kurus...dia ni ke buat bariatric?
Quote sleepandream 11-9-2023 10:17 PM
noor2 replied at 11-9-2023 09:46 PM
Mcm ya....tgk tangan dia pun kurus...muka pun kurus...dia ni ke buat bariatric?

haah forumner cakap dia buat bariatric...
alaaa sheols kalau sunyi anak2 bz pun sheols ada mak ayah lagi kan... boleh je borak2 dgn org tua... takpon calling2 kaka nuar ke...



Quote Sunkiss8999 12-9-2023 04:59 AM
Benar ye..pernah jumpa akak ziana depan2..kecik molek je org nya..dalam gambar nampak besar..
Quote cha-cha 12-9-2023 05:16 AM
Gila ke tanya org yg dah umur 55 tahun pasal jodoh???? Baik hang tanya sheols dah ambik khairat kematian ka?
Quote zeetot 12-9-2023 05:24 AM
Tak sangka beliau sebaya dgn mil. Jauh beza.
Quote stingergrumpy 12-9-2023 05:30 AM
cha-cha replied at 12-9-2023 05:16 AM
Gila ke tanya org yg dah umur 55 tahun pasal jodoh???? Baik hang tanya sheols dah ambik khairat kema ...

Why not? Ko ingat kawen ini about memantat je keww?bak kata anak jiran aku yg 3 tahun, Bila ko meniti usia usia kubur kata lai lai...companionship matters more than anything else  terutama bila anak anak,in her case, semua dah mula punyai keluarga sendiri....

Ko nak aku sambung lagi?(slogan pendeta board sebelah)

Quote stingergrumpy 12-9-2023 05:33 AM
Luahan yg lebih cerminkheun jiwa ko yg terpenjara sewaktu dlm perkahwinan.....having to report everytime you do something.....to pasangan ko....

No wonder ler bercerai....ko sendiri tidak lakukheun semua ini kerana keikhlasan ko sebagai seorang isteri.....

Quote Shahman86 12-9-2023 06:05 AM
Aku tak rasa zz ni gila batang..
Quote noor2 12-9-2023 06:58 AM
sleepandream replied at 11-9-2023 10:17 PM
haah forumner cakap dia buat bariatric...
alaaa sheols kalau sunyi anak2 bz pun sheols ada mak aya ...

Pelik juga dia bukannya gemok sebelum ni...
Quote dewi_rina 12-9-2023 09:38 AM
sheols ni memang kecik je, halus je tangan nya.. muka pun kecik comey
senyum baru nampak muka dia.. comey
Quote dekmieDandy 12-9-2023 09:41 AM
noor2 replied at 12-9-2023 06:58 AM
Pelik juga dia bukannya gemok sebelum ni...

katanya sebab gastric teruk, so doktor advise buat
Quote Robitadotcom 12-9-2023 09:54 AM
wirazam replied at 11-9-2023 07:44 PM
Biqr benar..beratnya 49 kg..tgk pic x nampak pun mcm 49 kg
Kalau amyza Adnan tu aku percaya 49 kh

percaya je. dia mmg kecik je sebenarnya
Quote supernaturalee 12-9-2023 10:06 AM
tak yah serabut2 hidup
fokus keje je

#roadtosfmm38
#waktu


Quote cantthinkofany 12-9-2023 01:22 PM
noor2 replied at 11-9-2023 09:46 PM
Mcm ya....tgk tangan dia pun kurus...muka pun kurus...dia ni ke buat bariatric?

gambar dia macam ada dalam perhimpunan para2 yg sudah berbariatric....masa Dr tu announce dah boleh buat loan utk berbariatric....
Quote noor2 12-9-2023 02:15 PM
dekmieDandy replied at 12-9-2023 09:41 AM
katanya sebab gastric teruk, so doktor advise buat

Ye ke...

Pelik2 je
Quote ally9970 12-9-2023 02:39 PM
stingergrumpy replied at 12-9-2023 05:33 AM
Luahan yg lebih cerminkheun jiwa ko yg terpenjara sewaktu dlm perkahwinan.....having to report every ...

Ni aku setuju...
Quote immortallez 12-9-2023 02:46 PM
Syukur la dh bebas. Tp agak rugi la gak sebab berbelas tahun suffer tak happy kena dera mental fizikal sepanjang perkahwinan. Kalau bg alasan bertahan sebab kesian kt anak2 nnti tak ada bapak, hakikatnya anak2 dia pun suffer dpt bapak gitu.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055937 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top