CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da'i Syed Maafkan Semua Orang Yang Menuduhnya Perogol "Hadapilah Hidup Ini Dengan Tenang, Tak Tahu Kita Akan Masuk Syurga Atau Neraka"

11-9-2023 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5691| Komen: 41

Da'i Syed  memohon maaf terhadap individu yang mengheretnya ke mahkamah atas tuduhan melakukan jenayah seksual tiga tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat seikhlas hati sekiranya dia melakukan sebarang tindakan menyakiti individu tersebut mahupun orang lain.


Foto: IG

"Saya minta maaf kalau saya lakukan kesalahan pada dia. Dengan saya ucapkan saya mohon maaf pada semua... Diri saya dan pada isteri saya, kalau kita lakukan yang menyakiti hati atau sebagainya.

"Jadi saya mohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam," katanya semasa muncul dalam siaran podcast di saluran YouTube Caprice Original Films pada Ahad.

Menerusi rakaman tersebut, isterinya iaitu Hana Ismail yang sama-sama menyertai sesi berkenaan turut meluahkan rasa bangga dengan tindakan berani suaminya itu.



Dalam pada itu, Syed juga berharap semua pihak yang terlibat dapat menjalani hidup tenang selepas melalui ujian tersebut.

Syed juga berkata, dia telah pun memaafkan kesemua individu yang menuduhnya selain menganggap ia juga satu ujian buat dirinya.

"Apa yang boleh saya beritahu pada dia (individu berkenaan), hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tidak tahu kita akan masuk syurga atau neraka.

"Jadikan dunia ini sebagai syurga. Bergembiralah. Doa kepada Allah moga beri kekuatan kepada kita semua.

"Kalau nak ceritakan yang saya dah maafkan... Saya dah maafkan lebih awal lagi. Saya anggap ini ujian Allah kepada saya untuk memberi cahaya dan jalan lebih baik kepada saya.

"Mudah-mudahan maaf ini diterima, insya-Allah," ujarnya.



Pada Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan dan membebaskan (DNA) Syed atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Manakala pada April 2023, Syed meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang penganggur wanita.


Sementara itu, pada 30 Ogos lalu pula, Syed menuntut RM1 juta terhadap dua netizen yang dipercayai memfitnahnya sebagai ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya yang sudah tercalar.

Tindakan undang-undang terhadap dua netizen yang dikenali sebagai Nurul Atiqah dan Ainun Najwa atas tuduhan memfitnahnya di media sosial.

Kata Syed, tindakan berkenaan diambil selepas tular satu video dan kenyataan disifatkan berbaur fitnah di muat naik oleh dua individu tersebut. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 11-9-2023 05:09 PM
Semalam tengok cerita sun Wukong kat iQIYI...
Cerita best... tapi sepanjang menonton tu ku terbayang...
Ergh... mengganggu konsentrasi
Quote prince_marhaen 11-9-2023 05:10 PM
Maaf ke apa ke tu kau punya pasal la sundal, jenayah tetap jenayah, si bini nak bangga sangat kekonon strong woman lah.... kau pun sama fantasize ciknek nigga...banana talks lah..dah biasa dirty talk kat tmpt keja kan..sebab tu tak kisah pun wukong kaki celop..
Quote sofi_sofia 11-9-2023 05:17 PM
meols lg pelik mcmana satu org perempuan blh kawin dgn lelaki yg ada kes jenayah berat rogol? mana empathy dia? lps kawin plk bangga menayang bahagia sedangkan pd masa yg sama ada perempuan lain yg merana mentalnya? bini dia adalah lebih tak bermoral drp dia sebenarnya ...
Quote Kancilkering 11-9-2023 05:18 PM
diam lah vavi
Quote merahrose 11-9-2023 05:42 PM
berzina tu lg hina...
Quote dua_chzy 11-9-2023 05:50 PM
Ko sendiri pun tak tau ko masuk mana Syit.
Quote Duriand24 11-9-2023 06:05 PM
Soalan polos dr iols sbb bebetul taktahu : mmg heols rogol ke mangsa2 tu? Sbb dia didapati x bersalah. Jd iols conpius nape org dok tuduh dia buat. Ada bukti ke
Quote Binodino 11-9-2023 06:14 PM
Duriand24 replied at 11-9-2023 06:05 PM
Soalan polos dr iols sbb bebetul taktahu : mmg heols rogol ke mangsa2 tu? Sbb dia didapati x bersala ...

Jap. Iols pun konpius. Katanya takde kes prima facie so tak bersalah.

https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/955478/dai-syed-bebas-tuduhan-rogol

Eh tapi yang katanya mangsa tarik balik kes tu yang mana ye?

Quote jihah_kudat 11-9-2023 06:18 PM
Duriand24 replied at 11-9-2023 10:05 AM
Soalan polos dr iols sbb bebetul taktahu : mmg heols rogol ke mangsa2 tu? Sbb dia didapati x bersala ...


dari apa yang aku baca ada yang tak cukup bukti ada jugak yang tarik kes.. mohon betulkan kalau salah..
Quote emera 11-9-2023 06:18 PM
Bau loji menusuk2…
Quote jihah_kudat 11-9-2023 06:20 PM
sofi_sofia replied at 11-9-2023 09:17 AM
meols lg pelik mcmana satu org perempuan blh kawin dgn lelaki yg ada kes jenayah berat rogol? mana e ...

omg tepat dan padat..mohon si bini baca dan hadam
Quote selipar_hijau 11-9-2023 06:36 PM
Ni lagi sorg bugima. Semoga ko tak membiak
Quote ira_sindarella 11-9-2023 06:43 PM
Untung diorang merempan. Alih2 dijemput lah buat talk kt tmpat caprice. Hahaha.
Quote Hoola 11-9-2023 06:50 PM
memohon maap ada makna keeee
netijem tanya jeeeee
Quote Thunderclouds 11-9-2023 07:36 PM
Aku xcaye dia rogol.
Tp aku caye dia suka zina.
Yg betina bg kerang free ngn harapan leh wat laki.
Bila kna rejek betina frust klem kena rogol.
Rata² mulayu isley bujang sexually active yach.
Regardless berkatup,freehair,bjangkut bkopiah.
Toksah gullible sgt masing².

Quote piro77 11-9-2023 09:09 PM
sofi_sofia replied at 11-9-2023 05:17 PM
meols lg pelik mcmana satu org perempuan blh kawin dgn lelaki yg ada kes jenayah berat rogol? mana e ...

Pelikkan? Terkejut gila bila tau dorg nak kawen sbb i sangka hana ni educated n matang. Bila dh kawen baru nampak bbnu keduanya, patutlah berjodoh
Quote piro77 11-9-2023 09:18 PM
Kenapa artis2 suka buat ayat memaafkan lah, kumpul pahala la, syurga neraka bagai. Manipulasi nk nampak suci
Quote putericahaya999 11-9-2023 09:27 PM
Duriand24 replied at 11-9-2023 06:05 PM
Soalan polos dr iols sbb bebetul taktahu : mmg heols rogol ke mangsa2 tu? Sbb dia didapati x bersala ...

Tanya kat sini manalah org sini tahu
Quote slyfynx 11-9-2023 09:36 PM
Eh, ite ko dah basi la ni.
X yah nk memaafkan sangat la

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042510 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top