Sedia maklum, Zarina Anjoulie dah kembali menjalinkan hubungan dengan Datuk Seri Khazrul Elzey. Baru-baru ini Elzey ada membuat kejutan makan malam sempena ulang tahunnya bersama anak-anak mereka.
Berdasarkan ayat yang ditulis, Anju didakwa sudah bertunang dengan jejaka tersebut buat kali yang kedua. “Thank you tunangku, you are so sweet lah. And also to all my kids. Love all of you so much, such a lovely dinner.
“Erin sayang, thank you for coming. I know you are always busy but you made time untuk datang tonight love you my sweet daughter." Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis antaranya Fasha Sandha dan Azza Elite tumpang gembira melihat dia kembali bersama Elzey.
“Kalau dah jodoh. Berpisah tetap kembali jua. “Happy for you. Happy birthday Anjoue.
“Suka tengok Anju dengan anak-anak Datuk ni. Nampak dorang pun suka dengan Anju,” komen netizen. Untuk rekod, Anju dan Elzey telah mengikat tali pertunangan dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari lalu namun hantaran tersebut telah dipadam oleh kedua-dua belah pihak dan dipercayai sudah putus tunang. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|