CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Tali Leher Gamatkan Parlimen "Saya Tidak Biasa Dengan Monyet-Monyet Ini"

11-9-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4383| Komen: 26

PETALING JAYA –Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menetapkanbahawa semua Ahli Parlimen tidak wajib memakai tali leher, membuatkan Persidangan Khas Dewan Rakyat 'bergegar' di hari pertama.


Namun katanya mereka masih perlu memakai ‘lounge suit’ manakala pegawai kerajaan yang mengiringi menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen, dikehendaki memakai tali leher.

Pengumuman tersebut menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bangkit dan bertanya soalan yang agak mengelirukan, sekali gus mencetuskan kekecohan.

Foto: Kosmo

“Kalau tak pakai tali leher, kena pakai kot. Jadi kalau tak pakai tali leher tak perlu pakai kot?,” soalnya.

Soalannya itu menimbulkan rasa kurang senang Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan, yang menyifatkan Hamzah sebagai ‘pening’ lantas memintanya duduk.

“Ketua Pembangkang ini pening ni. Ketua Pembangkang, duduklah! Duduk, duduk! Buang masa. Tak faham bahasa. Buang masa!,” tegasnya.



Tidak puas hati dengan respons yang diberikan, Hamzah secara sinis menjelaskan bahawa beliau hanya perlukan penjelasan berikutan tidak biasa dengan ‘monyet-monyet ini’.

“Saya ingin jelaskan saja, sebab Tuan Yang Dipertua cakap begitu. Saya di kampung saya, nak pergi kampung hulu sana ada banyak monyet.

“Sebab itu saya tidak biasa dengan monyet-monyet ini dan minta Yang Dipertua jelaskan,” katanya.

Tidak hanya berdiam diri, Mohd Sany yang dilihat agak terkesan dengan kenyataan Hamzah tersebut menegaskan, ia tidak kelakar dan menjemputnya ke Hulu Langat kerana ada banyak monyet.

“Tak kelakar, tak kelakar. Kalau tiada monyet, mari datang Hulu Langat. Ada banyak monyet. Tak kelakar langsung!,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 11-9-2023 03:05 PM
Ni je yg dorg fokuskan... apa la nasib negara ni nanti.. pegi Tanya mat sabu mcm mn solution hg barang makanan naik ni? Tu tny rafizi dgn bang non. Dlo jnji pendidikan percuma (budak2 yg xreti byr balik ptptn) bila nak laksanakan? Ni harga minyak bila nk turun? Ringgit bila nak naik tny rafizi.? Dlo debat siap bandingkan dgn Venezuela skg mn formula ya?
Quote Binodino 11-9-2023 03:18 PM
Lepas ni mohon letak gambar haiwan je la kat kertas undi. Tak payah letak gambar parti sebab mengelirukan.
Quote tripleid 11-9-2023 03:27 PM
Edited by tripleid at 11-9-2023 03:30 PM

Hamzah barua ni baca quran pun tak betul ada hati nak pggil org monyet??

[youtube]QIWeZyCzIqk[/youtube]
Quote Firenzza 11-9-2023 03:55 PM
lanacondor replied at 11-9-2023 03:05 PM
Ni je yg dorg fokuskan... apa la nasib negara ni nanti.. pegi Tanya mat sabu mcm mn solution hg bara ...

Sebab tu scammer belajar psikologi sblm  start tpon orang. nuart & lapiji guna taktik yg sama la sbb manusia mudah tertarik dgn angan2 kosong, janji bulan binatang, beri harapan palsu berbanding kempen politaik yg ckp, sapa2 nk hidup senang kena usaha keras, rezeki x dtg menggolek konpem xde org nk dgr ceramah waima kambing pun cabut lari
Quote cmf_PariS 11-9-2023 04:16 PM
ekonomi negara membaik ke dgn memberuk memonyet memerut memekak dlm parlimen?
Quote Belibis 11-9-2023 04:23 PM
Wow..gaya macam pasir salak..protege dia ka apa ni??
Quote nikaido 11-9-2023 04:42 PM
ayat  "ahli parlimen xwajib pakai tali leher" itu pun xfaham ka hamzah pencuri minyak masak subsidi ni?
Quote yenil95 11-9-2023 05:48 PM
kenapa skill pemahaman politicians ni hauk sangat?

Mungkin Malaysia ni kena letak kurang kurang ada legit degree utk jadi adun atau ahli parlimen.
Quote lanacondor 11-9-2023 06:54 PM
Edited by lanacondor at 11-9-2023 07:25 PM
yenil95 replied at 11-9-2023 05:48 PM
kenapa skill pemahaman politicians ni hauk sangat?

Mungkin Malaysia ni kena letak kurang k ...


Nak jadi PTD kne amek exam.. knp calon2 menteri ni tak di kena kan ambil exam Dan temu duga sblm pegang portfolio menteri? Pdhal dorg nk buat dasar urus Hal ehwal negara. Just my 2 kupang
Quote TomyamPuteh 11-9-2023 07:38 PM
Dua-dua monyet.
Quote tom2 11-9-2023 07:39 PM
lanacondor replied at 11-9-2023 06:54 PM
Nak jadi PTD kne amek exam.. knp calon2 menteri ni tak di kena kan ambil exam Dan temu duga sblm p ...

Ye patut semua yang nak jadi menteri kena buat ujian bertulis lepas tu kena ambil kursus komunikasi dan bahasa.
Quote flippy 11-9-2023 07:42 PM
Parliamentary sessions can indeed take unexpected turns! Just as clarity is vital in discussions, precision matters in Electrical Estimating Services. While we navigate through various topics, let's remember the importance of accurate estimates in project management. If you ever require dependable Electrical Estimating Services, there are experts out there to assist you.
Quote brego 11-9-2023 07:53 PM
satu lubenak

satu lagi macam monyet kene belacan,
kuat melantun
Quote kakikuDibibirmu 11-9-2023 07:54 PM
Datuk Seri Sheikh Fadzir Sheikh Hadir tersenyum sinis pakai bow tie dalam Parlimen
Quote MissYouSayang 11-9-2023 08:05 PM
Baran betul aku bila tgk si sani ni memekik mcm monyet
Quote Decaffeinated 11-9-2023 10:15 PM
Nampak selekeh lah tak pakai tali leher ni. Aku bangkang!

Quote silencekiller 11-9-2023 10:27 PM
Isu tali leher lagi penting dari bincangkan isu lebih penting seperti kes wak 47 kes.. yakni bukti jelas lagi nyata budaya rasuah kaa salah guna kuasa kaa telah dinormalisasi kan asalkan dilakukan oleh ahlul2 politaik..
Quote mrseller 12-9-2023 12:04 AM
Hulu langat mmg mcm monyet, sekadar nak isi cv utk apply job menteri nanti
Quote Minami2013 12-9-2023 12:12 AM
Sorang monyet... sorang lagi beruk. Bagi kelonggaran tk payah pakai tali leher pun nk argue. Yg sekor lagi terpekik dah kenapa. Padahal ada delegasi dari korea. Buat malu je

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.543875 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top