PETALING JAYA – Hampir semua jalan ‘tikus’ untuk keluar dari negeri Terengganu digunakan penunggang motosikal untuk melarikan diri. susulan operasi besar-besaran pihak berkuasa sekitar negeri itu Jumaat dan Sabtu lalu.
Berdasarkan beberapa klip video yang dikongsi di laman Facebook ramai yang melarikan diri daripada operasi pihak berkuasa dengan menggunakan jalan ladang, lorong perumahan dan kampung serta jalan hutan. Ada yang melarikan diri ketika waktu malam melalui jalan hutan dan tidak kurang juga terpaksa menggunakan jalan ladang sawit bagi melepaskan diri daripada sekatan jalan raya (SJR). Malah ada yang terpaksa menolak motosikal melintas anak sungai bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa. Menurut mereka, operasi pada tahun ini sangat ‘menakutkan’ dan ada yang serik untuk datang ke program itu lagi sekiranya dianjurkan pada tahun depan.
Kosmo! difahamkan lebih 40,000 peserta Himpunan RXZ Member 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu menyertai program selama dua hari itu. Susulan beberapa klip video itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen, ada yang menyalahkan penunggang itu sendiri. “Kawan aku ramai je elok pergi balik ikut lebuh raya, tiada pula ikut jalan sawit, ke kau ada buat salah mat? ke motosikal piang (curi),”soal Mohd Zulkarnain Zul. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nor Arif. “Salah siapa, kalau semua cukup lengkap tak kan polis nak sekat polis buat kerja salah, tak buat kerja pun salah,”katanya. Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan sengaja melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memerangkap peserta sebuah himpunan motosikal Yamaha RXZ di Kuala Nerus yang berlangsung semalam. Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin menegaskan, SJR itu merupakan sebahagian operasi khas penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal selama sebulan sejak 1 September lalu yang dijalankan seluruh negara. “Tiada istilah ‘pukat’ (perangkap), tiada masalah sertai program (himpunan Yamaha RXZ) sekiranya mengikut peraturan jalan raya ditetapkan,”ujarnya.-CARI Sumber: Kosmo
|
tripleid replied at 11-9-2023 04:47 PM
Perhimpunan bodo yg membiakkan lebih ramai mat rempit kat Msia..
Suchi replied at 11-9-2023 05:41 PM
Kenapa plak sampai ikut jalan tikus? Tak buat salah takyah la takut apa2.
Ni bbnu ke bapak2 budak? N ...
Apoo replied at 11-9-2023 11:33 PM
Nak join aktiviti himpunan tu tak salah. Yg salah tu bila motor modified, nombor plat kecik, lesen x ...
tripleid replied at 11-9-2023 04:47 PM
Perhimpunan bodo yg membiakkan lebih ramai mat rempit kat Msia..
sekngucing replied at 11-9-2023 11:53 PM
biarlah...dah ini hobi...bukan diorang buat jahat pun
kalau konvoi bmw singapore bleh block kereta ...
ADVERTISEMENT