CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Miri Mengadu Tak Mandi Sebab Tak Ada Air, Tengku Hassanal Kata, "Ok Nanti Saya Buat Report"

11-9-2023 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4517| Komen: 37

PETALING JAYA – Sekumpulam penduduk mengadu ketiadaan air kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sewaktu baginda melalui kawasan kampung ketika Kembara Kenali Borneo di Sarawak.


Tengku Hassanal sendiri yang ambil video tersebut dan memuat naiknya dalam Instagram Story baginda.


Penduduk di situ memberitahu mereka tidak dapat mandi kerana ketiadaan air di rumah.

“Jalan ok. Tadi kata tak mandi? Kenapa tak mandi? Tak ada air? Ok nanti saya buat report. Terima kasih, Assalamualaikum. Nanti lepas ni mandi ok?,” titah baginda kepada mereka.

Loading FB Post...


Dalam video tersebut juga, kelihatan penduduk gembira dapat beramah mesra dengan Tengku Hassanal serta mengambil gambar dan video baginda melalui kawasan tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 11-9-2023 02:30 PM
Belah2 sana memang ada masalah air ke?
Quote lil_honey 11-9-2023 02:38 PM
sedih ya tgk keadaan kat sana. pemimpin sana mcm tak nak buat perubahan ke?
Quote Firenzza 11-9-2023 02:50 PM
DO dgn wakil rkyt mkn gaji/elaun buta ke......pencen 7  keturunan x habis
Quote ChildrenOfBodom 11-9-2023 02:53 PM
bukan dekat kedah ngan kelate saja ka masalah ayaq? butuh punya fake news
Quote Firenzza 11-9-2023 02:53 PM
Edited by Firenzza at 11-9-2023 02:55 PM

-deleted.....
Quote alesandra 11-9-2023 03:04 PM
Miri ni bandar kan? bukan ulu banat.ex mod muntz pun org miri x silap
Quote lanacondor 11-9-2023 03:12 PM
Bagus buat gini.. sultan report terus..
Quote dekmieDandy 11-9-2023 03:12 PM
negeri ketiga income terbesar malaysia pun ada problem ni

ini pulak kelantan yang nombor 13

so salah siapa? mestilar salah federal bak kata orang sana
Quote CiliPadiSedap 11-9-2023 03:18 PM
lil_honey replied at 11-9-2023 02:38 PM
sedih ya tgk keadaan kat sana. pemimpin sana mcm tak nak buat perubahan ke?

entahlah sis kalau tgk pendalaman janji bantuan air lah elektrik. last2 dpt tong biru tadah air hujan sendiri.
Quote lil_honey 11-9-2023 03:23 PM
CiliPadiSedap replied at 11-9-2023 03:18 PM
entahlah sis kalau tgk pendalaman janji bantuan air lah elektrik. last2 dpt tong biru tadah air hu ...

ya...masa p kundasang, depa kata..mana ada sumber air yang di uruskan.
masing2 pum air yang dtg dari sumber gunung kinabalu.
tapi untung juga orang sana, air mineral free je.
Quote Orangkaya99 11-9-2023 03:27 PM
pemimpin sane rashuah banyak
Quote seri_mawr 11-9-2023 03:37 PM
sarawak n sabah ni mcm xde pemimpin pulak....ketua menteri derang buat apa...?

jenuh klu semua nak tunggu agong yang amik tahu....dapat agong yang ni xpe la...mau ada jelajah2 amik tahu hal rakyat..

kesian betul la.... tapi kan tg hassanal, negeri pahang pun kadang2 ada masalah air...hahahha x berkesudahan....
Quote grouper 11-9-2023 03:41 PM
Tipu la dlm msia ni kelantan je xde air
Quote zuliana29 11-9-2023 03:41 PM
Edited by zuliana29 at 11-9-2023 03:44 PM
alesandra replied at 11-9-2023 03:04 PM
Miri ni bandar kan? bukan ulu banat.ex mod muntz pun org miri x silap

Yes, Miri adalah bandaraya.
Tapi mereka yang dalam video ni kat kampung2, kawasan luar bandar Miri.
Mcm kpg mak sis, masih guna generator lagi. siapa yg berkemampuan sikit, boleh pasang solar utk rmh masing2.
Utk yg kurang berkemampuan, malam je ada lampu kipasnya. barang2 dalam peti ais, tak pasti dorg uruskan mcm mana. mungkin kurang lah simpan bahan2 basah ayam ikan.
Raya yg lepas, tgk dorg ada pasang solar utk supply power utk org2 kpg.
hsbd kite 1st time g kpg mak beraya.. masuk rmh sedara, lelaju duduk depan kipas.. tgk power kipas no.3, tapi kipas x pusing...
berkicap dia aritu dgn baju melayunya

air pulak x pasti ada sumber bekalan air bersih tak skrg. tp masa kecik2 dulu mmg mandi dengan tadahan air hujan @ mandi sungai.
jalan raya gazzete pun tak ada lagi. ikut jalan dalam ladang.. kena naik kenderaan 4x4..

Quote CiliPadiSedap 11-9-2023 03:51 PM
lil_honey replied at 11-9-2023 03:23 PM
ya...masa p kundasang, depa kata..mana ada sumber air yang di uruskan.
masing2 pum air yang dtg d ...

air mineral 'free' ni kaka xberapa berani, takut orang kat atas melabur atau ada kubur atas bukit. dulu kan kecoh ada kubur  atas bukit ,kt kaki bukit orang tadah air. siap cakap boleh buat ubat tp kalau dh check air tu okey xde barang tak elok ok je minum..

yang kaka cerita pasal tong biru tu kt serawak. youtuber serawak c@rdock bawa balik kampung. ayah dia jala udang. kadang kita fikir kita susah rupanya pendalaman lg susah. bertarung nyawa dengan boya crocodile aligator . cari udang, ikan.  kalau xde youtuber tak dapat lah tengok suasana rumah panjang dan pendalaman.  
Quote CiliPadiSedap 11-9-2023 03:51 PM
zuliana29 replied at 11-9-2023 03:41 PM
Yes, Miri adalah bandaraya.
Tapi mereka yang dalam video ni kat kampung2, kawasan luar bandar Miri. ...

kt sabah ada balan2, kt serawak dia orang panggil apa ye sis? kalau kt indon dia orang panggil friska
Quote otai_g 11-9-2023 03:57 PM
Hah br pecah rahsia keadaan sbnr rakyat. Da berpuluh tahun merdeka api air pun takda lg. Apa nak jd sama ini negara? Baik runtuhkan je la menara tertinggi, stadium terbesar, roti John terpanjang apa semua tu.
Quote zuliana29 11-9-2023 04:00 PM
CiliPadiSedap replied at 11-9-2023 03:51 PM
kt sabah ada balan2, kt serawak dia orang panggil apa ye sis? kalau kt indon dia orang panggil fri ...

balan2 & friska tu apa?  hantu ke? hehee
Quote CiliPadiSedap 11-9-2023 04:02 PM
zuliana29 replied at 11-9-2023 04:00 PM
balan2 & friska tu apa?  hantu ke? hehee

haah sama. satu hantu xde badan, satu hantu takde somi ( sondol suami orang)

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.184430 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top