CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lauk Rendang Kerang Satu Senduk Kecil Dan Sotong Satu Senduk Kecil, Lelaki Nak Menangis Dicaj RM24 Sebungkus Nasi

11-9-2023 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10031| Komen: 168

Seorang individu hampir menangis memikirkan bagaimana seorang peniaga tergamak mengambil kesempatan ke atas dirinya.

"Tadi aku beli lunch dekat satu kedai ni, pergi je kaunter, makcik tu kira RM24 semuanya. Terkejut betul waktu tu, tapi aku buat biasa je dan lepas tu terus pergi bayar.


"Rasa nak menangis waktu bayar tapi aku reda je la. Aku sebenarnya nak tanya macam mana makcik tu kira, tapi muka makcik tu bengis macam nak makan orang," ujar individu itu.

Foto: X

Individu tersebut turut memaklumkan makanan apa yang diambilnya dan cuba mencari justifikasi sama ada bayaran RM24 itu adalah berpatutan.

"Aku ambil lauk rendang kerang satu senduk kecil dan sotong satu senduk kecil, macam dalam gambar tu. Rasa memang sedap tapi harga dia tak boleh nak diterima.

"Ke memang harga lauk makanan macam tu sekarang? Cuba fikirkan, RM24 tu harga untuk satu senduk nasi, satu senduk rendang kerang dan satu senduk sotong, tak termasuk pun sayur dan air.


"Patut ke harga macam tu atau aku je sebenarnya yang berkira," soal individu itu meminta kepastian.



Di ruangan komen rata-rata warga maya mengakui harga tersebut adalah di luar kebiasaan.

"Rendang kerang dan sotong, kombinasi yang mahal. Tapi gila apa sampai RM24? Aku pun pernah makan nasi kosong dan lauk daging, RM13 sebab segelas air Milo dia caj RM5.

"Aku syak dia kira satu-persatu lauk tu, bukan ikut senduk. Contoh macam dalam satu senduk kerang tu, dia kira berapa ekor kerang yang ada sebenarnya. Banyak pula masa dia.

"Kalau kedai biasa, lauk begini, cincai-cincai patut harga antara RM 10 hingga RM12 je. Tapi kalau kedai luar biasa seperti di Kuala Lumpur atau tempat berkepadatan tinggi, mungkin harga makanan pun akan jadi luar biasa.

"Sebab tu kalau di bandar, elakkan ambil lauk kalau tak nak terkejut tengok harga melambung. Itulah realiti sekarang, harga makanan macam boleh pergi haji setiap hari," kata sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 11-9-2023 02:10 PM
Kalau kedai yg xbiasa/takde tanda harga, xyah nak cuba2 amik seafood
Quote noor2 11-9-2023 02:11 PM
Haha...mmg sekarang semua harga makanan mahal..ko ikut cara aku masak sendiri...hari ni aku masak ikan jacket sambal....7 ekor ikan jaket mentah segar aku beli  dgn harga RM30...
Quote msxx 11-9-2023 02:15 PM
Makanan semua mahal. Utk breakfast pon kena ada rm10, tu utk level kedai/gerai biasa2. Aku masak & bwk bekal saje. Sedap & jimat
Quote She-Ra 11-9-2023 02:17 PM
sotong mahal dekk walaupun sotongnya jenis comel2 je
kdg tu kaut2 janggut je tinggal.. redaaa
Quote B40tastePosh 11-9-2023 02:19 PM
Masak kat rumah jelah dik...ikut macam Kak Norway cerita....orang Norway masak lepas balik kerja iaitu pukul 6-7 petang

Orang Norway tak makan lunch heavy heavy

Orang Malaysia kena adapt cara makan negara maju cam Norway baru competative.
Quote mizruncing 11-9-2023 02:21 PM
bg aku mahal. sekian
Quote dekmieDandy 11-9-2023 02:23 PM
aku lepas pernah kena dulu sekali, sampai sekarang PTSD kalau nak amek lauk seafood ni especially dekat nasi campur cedok sendiri ni

Quote helicornia 11-9-2023 02:25 PM
B40tastePosh replied at 11-9-2023 02:19 PM
Masak kat rumah jelah dik...ikut macam Kak Norway cerita....orang Norway masak lepas balik kerja iai ...

Yes.iols tengok org sana jarang makan kt kedai.breakfast n lunch beli yg grab n go mcm sandwich tu je.sana makan kt kedai mahal.kt sini dari pagi sampai mlm membeli maknanya masih murah lagi
Quote helicornia 11-9-2023 02:27 PM
Nak jimat jgn ambil nasi berlauk/nasi bungkus gini. Beli le nasi ayam ke nasi goreng ke nasi ayam penyet ke.yg tu harga dh fix terpulang nk beli yg mahal ke murah.kita pun bole bajet duit.nak makan lauk masak sendiri kt rumah
Quote midori888 11-9-2023 02:28 PM
noor2 replied at 11-9-2023 02:11 PM
Haha...mmg sekarang semua harga makanan mahal..ko ikut cara aku masak sendiri...hari ni aku masak ik ...

semlm makan nasi lemak lauk rendang daging kat mall kecik RM27...
Quote NazRysha 11-9-2023 02:30 PM
jahat peniaga macam ni
kurang hajarrrrrr
sepatutnya rm10 jer
Quote jejaka_hensem 11-9-2023 02:31 PM
Ko xde mulut ke nak tanya harga lauk2 tu?
Pastu bising cakap mahal.
Quote noor2 11-9-2023 02:36 PM
midori888 replied at 11-9-2023 02:28 PM
semlm makan nasi lemak lauk rendang daging kat mall kecik RM27...

Mmg harga cekik darah dah peniaga ni hentam...tu yg rasa nk boikot dari beli kat restoran...dah la x tahu ada selet kat celah kangkang ke tak...
Quote midori888 11-9-2023 02:39 PM
noor2 replied at 11-9-2023 02:36 PM
Mmg harga cekik darah dah peniaga ni hentam...tu yg rasa nk boikot dari beli kat restoran...dah la ...

order nasi lemak + mee dgn 2 air, total semua 70...mahal yer skrg...
Quote noor2 11-9-2023 02:41 PM
midori888 replied at 11-9-2023 02:39 PM
order nasi lemak + mee dgn 2 air, total semua 70...mahal yer skrg...

You makan kat mana ni cik midori...mahal gila...
Quote AbukRokok 11-9-2023 02:43 PM
Salah kerajaan mahaldohni
Quote midori888 11-9-2023 02:43 PM
noor2 replied at 11-9-2023 02:41 PM
You makan kat mana ni cik midori...mahal gila...

one of small restaurant dlm Aeon mall....
Quote AbukRokok 11-9-2023 02:43 PM
Kpdnkk patut memantau restoran restoran
Quote noor2 11-9-2023 02:45 PM
midori888 replied at 11-9-2023 02:43 PM
one of small restaurant dlm Aeon mall....

Restaurant mahal la ni....

Mcm juga beli sushi Empire dgn sushi king....mmg beza...

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056861 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top