CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sofyank Mahu Lahirkan Ramai Artis Kesan Khas Di Malaysia

11-9-2023 01:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2936| Komen: 2

Pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank berhasrat mahu membantu melahirkan lebih ramai artis kesan khas di negara ini.

Kata pempengaruh berusia 27 tahun itu, dia mahu menggunakan platform media sosialnya untuk menggalakkan anak-anak muda berbakat menceburkan diri dalam bidang yang semakin popular itu.



“Kalau boleh saya nak bantu majukan bidang itu di Malaysia.

“Banyak cara yang boleh kita guna untuk belajar buat kesan khas. Antaranya masuk kelas berbayar atau secara percuma menerusi platform dalam talian seperti Youtube.

“Semua atas keinginan kita, nak betul-betul belajar atau sekadar mahu mencuba,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sofyank turut memaklumkan ada menerima tawaran untuk membantu menyunting drama dan filem tempatan.

“Bagaimanapun, saya terpaksa tolak disebabkan kekangan masa. Tambahan pula ketika ini saya masih sibuk untuk memperkukuhkan lagi studio yang saya tubuhkan.


“Selepas semua selesai, mungkin barulah saya akan pertimbangkan apa sahaja tawaran penyuntingan yang datang kepada saya,” jelasnya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orangkaya99 11-9-2023 05:50 PM
ok sofyank..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.116432 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top