CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura Rampas Lebih 1.6 Tan Sayur Malaysia Diimport Secara Haram

11-9-2023 12:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2635| Komen: 3

Singapura: Agensi Makanan Singapura (SFA) merampas lebih 1.6 tan sayur-sayuran yang diimport dari Malaysia secara haram melalui operasi yang diadakan pada Rabu dan Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat, melalui operasi itu, agensi berkenaan serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyasarkan lori membawa sayur-sayuran segar dan diproses untuk diedarkan terus kepada peruncit serta pelanggan.


Antara sayur-sayuran yang diimport secara haram dari Malaysia yang dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA). - Foto ihsan SFA

Katanya, dua lori kemudian diminta berhenti oleh pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands sebelum ia dirujuk kepada SFA untuk pemeriksaan.

"SFA kemudian menemui lebih 1.6 tan hasil yang tidak diisytiharkan seperti kailan, bawang besar, daun pandan, cili merah, lobak merah, tomato, kacang panjang dan kobis Beijing yang dibawa masuk dua pengimport.


"SFA sedang menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan," katanya.

Di Singapura, import makanan termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh dilaksanakan pengimport berlesen, dan setiap muatan mesti diisytiharkan serta disertakan dengan permit import yang sah, berdasarkan syarat ditetapkan SFA.

Tindakan mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram boleh dikenakan denda maksimum SGD$10,000 (RM34,258) serta atau penjara untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Menurut SFA, sayur-sayuran yang diimport secara haram boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan, apatah lagi jika racun perosak yang tidak dikawal atau tahap tinggi digunakan.

"Pengambilan jangka panjang sisa racun perosak yang berlebihan melalui pemakanan sayur-sayuran boleh membawa kepada kesan buruk kesihatan. - AGENSI


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 11-9-2023 01:00 PM
Sila pulangkan balik sayur2 tu ke msia
Kemain banyak ye sayur kita kena seludup ke singkaypoh
Penguatkuasa kat boarder Msia jadi patung cendana je ke biarkan sayur2 kita diseludup?
Quote Aimeewarren 11-9-2023 01:07 PM
Edited by Aimeewarren at 12-9-2023 11:46 AM

Agensi Makanan Singapura (SFA) telah merampas 1.6 tan sayur-sayuran yang diimport secara haram dari Malaysia melalui operasi yang dijalankan bersama dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu dan Khamis. Sayur-sayuran tersebut ditujukan untuk diedarkan kepada peruncit dan pelanggan.     TellTims Survey

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.250009 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top