Janna Nick berpesan kepada suaminya Dini Schatzmann supaya bersikap baik sepanjang dua minggu dia menjalani penggambaran drama di Tanah Suci Makkah. Kata Janna perpisahan sementara itu adalah waktu paling sukar buat dia sejak bergelar seorang isteri pada Jun lalu.
"Ucapan selamat tinggal yang paling sukar. Jaga diri Dini. "Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama," katanya di Instagram.
Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, turut dilihat menghantar isterinya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dalam video yang dikongsi itu, Janna juga dilihat tidak dapat menahan air mata apabila memberi lambaian terakhir buat suami.
Janna sebelum ini memberitahu dia turut mengambil kesempatan kali ini untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah ketika berada di sana. Dia juga berhasrat untuk membawa suaminya itu bersama namun merasakan tidak manis kerana pemergiannya atas urusan kerja. "Dua minggu akan tinggalkan suami sebab pergi ke Makkah untuk urusan penggambaran drama. Saya pun pergi ke tempat suci untuk beribadah, selain pada masa sama bekerja juga.
"Sebenarnya, nak bawa suami sekali. Tetapi atas dasar kerja, jadi saya rasa ia tidak manis kalau nak pergi bersama. "Pada saya, kerja tetap kerja dan kalau betul-betul nak pergi beribadah, nanti kita pergi lagi," jelasnya.
Janna ke sana bagi menjalani penggambaran drama berjudul Surat Dari Tuhan yang turut menampilkan pelakon Umi Nazeera dan Shukri Yahaya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|