CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Di Sarawak Sempat Belanja Agong, Dan Permaisuri Makan KFC

11-9-2023 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4570| Komen: 35

PETALING JAYA – Seorang lelaki sempat menghadiahkan makanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu baginda berdua melalui jalan di hadapan restoran makanan segera itu di Niah, Sarawak.


Menerusi akaun TikTok @shhezwn, lelaki itu yang juga kakitangan KFC sempat memuat naik video memaparkan bungkusan KFC serta memberikannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang kemudiannya baginda menyerahkan kepada Raja Permaisuri Agong.


“Jom belanja Agong KFC di Niah, Sarawak. Tuanku ucap terima kasih,” katanya di kapsyen.

Dalam video itu juga, kelihatan sekumpulan pekerja KFC yang lain serta orang awam berada di situ dan Yang di-Pertuan Agong,
turut berkenan bersalaman dengan mereka.


Di ruangan komen, orang ramai memuji lelaki tersebut selain memaklumkan baginda menyukai KFC.

“Kesukaan Tuanku. Baginda memang suka KFC. Kalau di Semenanjung, baginda suka pergi KFC,” komen @Si Bongsu.

“Terbaik orang Sarawak. Semoga dimurahkan rezeki,” kata @Mr_AFiq.

“Wow terbaik Tuanku. Terima semua pemberian rakyat dengan senyuman. Tak perlu hadiah mahal-mahal. Hebat kamu semua,” ujar @Suzaini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 11-9-2023 12:07 PM
bukan ke untuk kerabat2 ni ada food taster takut rakyat ke musuh nk bubuh racun dalam makanan kerabat?ampun patik tanya sebab banyak tgok citer omputih..hihi
Quote edayildiz 11-9-2023 12:12 PM
terfikir jgk kn dorg mkn ke
Quote wanokakaka 11-9-2023 12:23 PM
mamajawie replied at 11-9-2023 12:07 PM
bukan ke untuk kerabat2 ni ada food taster takut rakyat ke musuh nk bubuh racun dalam makanan keraba ...

tula kalau tgk movie mcm tula.. tp spnjng i tgk kembara dieorg ni makan jea dieorg..apa penduduk bg diaorg mkn je..
siap anak rajanya tapau keropok lg..
Quote zehra2 11-9-2023 12:28 PM
wanokakaka replied at 11-9-2023 12:23 PM
tula kalau tgk movie mcm tula.. tp spnjng i tgk kembara dieorg ni makan jea dieorg..apa penduduk b ...

kepit balang keropok.. tk nk kongsi ke..
Quote Cpkay 11-9-2023 12:51 PM
agong panggil kentucky.. mmg fav makanan agong ni
Quote lanacondor 11-9-2023 01:11 PM
Owh staff kfc yg bagi.. ok la..
Quote dua_chzy 11-9-2023 01:37 PM
mamajawie replied at 11-9-2023 04:07 AM
bukan ke untuk kerabat2 ni ada food taster takut rakyat ke musuh nk bubuh racun dalam makanan keraba ...

Sepatutnya ada di kalangan polis bodyguard tu juga.
Quote She-Ra 11-9-2023 01:42 PM
wanokakaka replied at 11-9-2023 12:23 PM
tula kalau tgk movie mcm tula.. tp spnjng i tgk kembara dieorg ni makan jea dieorg..apa penduduk b ...

dh la tapau sebalang, pastu kepit celah ketiak ahhahahahaaaa
Quote Mamiyan 11-9-2023 02:02 PM
wanokakaka replied at 11-9-2023 12:23 PM
tula kalau tgk movie mcm tula.. tp spnjng i tgk kembara dieorg ni makan jea dieorg..apa penduduk b ...

Maybe sbb Tu kiranya snack la. So tkyah la ada food taster bagai

Klu makan besar mcm nasi etc baru staff IN taste. Sbb iolss prnh tngok time anak dia turun padang jumpa rakyat, rakyat tu la yg masak tapi ada juga staff IN yg prepare kan
Quote cmf_PariS 11-9-2023 04:14 PM
kt luar mmg over.. kt malaysia ni boleh lagi makan.. insyaAllah baca bismillah
Quote kucingitam 11-9-2023 04:38 PM
mamajawie replied at 11-9-2023 12:07 PM
bukan ke untuk kerabat2 ni ada food taster takut rakyat ke musuh nk bubuh racun dalam makanan keraba ...

aah..baru ni pergi ada satu event melibatkan kenamaan, iols tgk ada staff yg datang scan meja, kerusi, cawan etc.
Quote ina_na 11-9-2023 04:48 PM
Dia org berbaik sangka je kot..rakyat dah excited tunggu..bg pulak mcm2 makanan, buah2 an la.. x kan nk bg jagong n anak beranak sakit..jagong pun bukan org politik yg berebut kerusi di parliment..tgk anak dia yg perempuan tu selamba je gigit cili padi bara...X de food tester pun..hehehe
Quote Nurul8001 11-9-2023 05:05 PM
Bagi makanan, takpe lagi. Ada yg bagi duit. Hahahah. Cepat je sang putera tu amik.
Gelihati menengokkan.
Quote Nurul8001 11-9-2023 05:10 PM
edayildiz replied at 11-9-2023 12:12 PM
terfikir jgk kn dorg mkn ke

Tengok kat video, permaisuri dah bukak2 kotak dalam plastik. Dalam kereta lapar kot. Saya rasa dia makan tu, mana tahan bau ayam kentaki
Quote amyfaha 11-9-2023 05:35 PM
Betul2 humble dan best tengok rakyat dapat dekat dgn agong dan anak2 agong. berbanding kembara Selatan rakyat hanya mampu melambai2 di tengah panas ke arah kenderaan yg dibawa kemain laju.  Kihkihkih, di stop point pun bukan dapat dekat sangat pun dgn dorang. Tak mesra dpt tgk ja sambil ternganga [em:3:] the best agong
Quote jazaa100 11-9-2023 05:47 PM
Hanat ....

Tak pepasal hidung aku bau kepsi & tekak craving sgt ....
Quote lostnfaun 11-9-2023 06:36 PM
amyfaha replied at 11-9-2023 05:35 PM
Betul2 humble dan best tengok rakyat dapat dekat dgn agong dan anak2 agong. berbanding kembara Selat ...

Yg tue mcm tak berapa nak friendly kan? Mcm terlalu protokol sgt pun yer tapi tujuan program nak dekati rakyat. Tak paham kekdg..

Yg agong tue mmg nmpk beza la dr segi protokol dia & friendly tue. Myb bodyguard pun dah dibgtau bg ruang bebas skit tp tetap hati²..
Quote CiliPadiSedap 11-9-2023 06:56 PM
mamajawie: bukan ke untuk kerabat2 ni ada food taster takut rakyat ke musuh nk bubuh racun dalam makanan kerabat?ampun patik tanya sebab banyak tgok citer omputi ...


itu cerita netflix je sis. reality our royalty berjiwa rakyat. daulat tuanku.

Quote kemaruk 11-9-2023 06:58 PM
acik2 netizen baru jadi supervisor kilang / kerani N27 pon dah berlagak, dalam ofis kena panggil puan bagai

ada hati nak kritik Agong yang memang dah protokolnya macam tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.141298 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top