CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Ke Kota Al Ula Jika Tiada Alasan Kukuh

11-9-2023 11:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5660| Komen: 43

Baru-baru ini timbul kekecohan di media sosial mengenai satu tempat yang dikatakan dilaknat oleh Allah iaitu Kota Al Ula.

Ia bermula apabila ada pencipta kandungan atau 'content creator' menziarahi lokasi tersebut dan menunjukkan keindahan alam semula jadi di sana.


Rata-rata kita tidak menge­tahui tentang kewujudan kota tersebut dan sejarah yang terkandung sehingga dianggap sebagai kawasan dilaknat Allah.


Wujud kekeliruan apabila ada pihak yang mengatakan tidak boleh melawat Al Ula, tetapi ada segelintir pihak pula berpendapat lokasi tersebut masih boleh dikunjungi orang ramai.

Mengulas mengenai perkara itu, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang juga mutawwif, Dr. Bashasunnahar Puasa berkata, bandar Al Ula mempunyai sejarah dan warisan budaya yang besar.

“Salah satu tarikan utama kota itu adalah laman bersejarah (Madain Saleh) yang telah diktiraf sebagai laman warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


“Al Ula juga terkenal dengan keindahan alam gurun yang menakjubkan serta formasi geologi unik seperti The Elephant Rock dan pelbagai laman alam semula­jadi yang memukau.

“Bandar ini semakin dikenali sebagai destinasi pelanco­ngan yang menarik dan kerajaan Arab Saudi juga mengambil pelbagai inisiatif untuk mempromosikan pelancongan ke wilayah ini dan menjaga warisan sejarah serta budayanya yang berharga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berbalik kepada kekeliruan sama ada kota tersebut boleh di­lawati atau sebaliknya, Bashasunnahar memberitahu, hukumnya adalah bergantung ke­pada tujuan dan niat asal seseorang individu itu menziarahi kawasan tersebut.

“Secara umumnya, ada beberapa pandangan berbeza dalam Islam tentang melawat tempat-tempat tertentu. Jika seseorang itu datang dengan niat baik seperti untuk memahami sejarah atau mempelajari budaya, mungkin dianggap harus.

“Namun, jika seseorang ingin bersuka ria di tempat yang pernah dilaknat, hukumnya haram.

“Terdapat hadis bahawa ba­ginda Rasulullah untuk mempercepatkan langkah ketika melalui kawasan yang pernah dilaknat Allah. Kita sebagai umat Islam perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh junjungan mulia,” tambahnya.

Pensyarah itu turut menjelaskan bahawa terdapat hadis lain berkenaan Kota Al Ula untuk menguatkan lagi kenyataan terhadap hukum melawati wilayah tersebut.

Dalam hadis lain, Rasulul­lah mengarahkan para sahabatnya membuang atau memberi makanan kepada unta semua gandum yang sudah diuli menggunakan air dari kawasan berkenaan dan melarang sahabat untuk meminumnya serta segera ­beredar.

“Maka dengan itu, jika kita melalui kawasan yang pernah dilaknat Allah, kita perlu segera beredar, atau sekiranya mahu mengambil pengajaran, mena­ngis dan gementarlah dengan azab Allah,” ujarnya.

Kesimpulannya, jika tiada niat yang kukuh untuk melawat kawasan tersebut, seboleh-boleh­nya elak sepertimana junjungan nabi kita lakukan.

Sekiranya sudah tiba di sana, menangislah untuk mengenang kembali umat-umat terdahulu yang dilaknat oleh Allah.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 11-9-2023 11:25 AM
sebab apa ye kota ni kena laknat?
Quote ninja boy 11-9-2023 11:36 AM
Edited by ninja boy at 11-9-2023 11:49 AM

Madain salleh hegra kaum thamud nabi salleh mukjizat unta, nabi lalu situ terus beredar jgn minum air perigi kerna semua itu dilaknat,  dgr cerita diorg buat hotel meseum kediaman tgk google map tgh buat pembangunan sana sini. Bukankah tempat itu nabi melarang pergi
Quote Tinot7 11-9-2023 11:37 AM
s@s@ replied at 11-9-2023 11:25 AM
sebab apa ye kota ni kena laknat?

Hegra (Ancient Greek: Ἕγρα),[1][2] known to Muslims as Al-Hijr (Arabic: ٱلْحِجْر),[3] also known as Mada’in Salih[4] (Arabic: مَدَائِن صَالِح, romanized: madāʼin Ṣāliḥ, lit. 'Cities of Salih'), is an archaeological site located in the area of Al-'Ula[5] within Medina Province in the Hejaz region, Saudi Arabia. A majority of the remains date from the Nabataean Kingdom (1st century AD). The site constitutes the kingdom's southernmost and second largest city after Petra (now in Jordan), its capital city.[6] Traces of Lihyanite and Roman occupation before and after the Nabatean rule, respectively, can also be found.

The Quran[7][8][3][9][10][11][12] places the settlement of the area by the Thamudi people during the days of the prophet Salih, between those of Nuh (Noah) and Hud on one hand, and those of Ibrahim (Abraham) and Musa (Moses) on the other. However, a definitive historical chronology can not be obtained through the order of verses due to the fact that the Quranic chapters (see surah) deal with different subjects in non-chronologic order.[13] According to the Quran, the Thamudis were punished by God for their idolatry, struck by an earthquake and lightning blasts. Thus, the site has earned a reputation as a cursed place—an image which the national government is attempting to overcome as it seeks to develop Mada'in Salih for its potential for tourism.[14]

In 2008, UNESCO proclaimed Mada'in Salih as a site of patrimony, becoming Saudi Arabia's first World Heritage Site.[15] It was chosen for its well-preserved remains from late antiquity, especially the 131 monumental rock-cut tombs, with their elaborately ornamented façades, of the Nabataean Kingdom.[16]

According to the Quran, the site of al-Hijr]] was settled by the tribe of Thamud,[26] who "(took) for (themselves) palaces from its plains and (carved) from the mountains, homes".[Quran 7:73-79][Quran 11:61-69][Quran 15:80-84] The tribe fell to idol worship, and oppression became prevalent.[27] The prophet Salih,[7][8][9][10][11][12] to whom the site's name of Mada'in Salih is often attributed,[28] called on the Thamudis to repent.[27] The Thamudis disregarded the warning and instead commanded Salih to summon a pregnant she-camel from the back of a mountain. And so a pregnant she-camel was sent to the people from the back of the mountain, as proof of Salih's divine mission.[27][29]

However, only a minority heeded his words. The non-believers killed the sacred camel instead of caring for it as they were told, and its calf ran back to the mountain from whence it came. The Thamudis were given three days before their punishment was to take place, since they disbelieved and did not heed the warning. Salih and his monotheistic followers left the city, but the others were punished by God—their souls leaving their lifeless bodies in the midst of an earthquake and lightning blasts.[25][27]
Quote jejaka_hensem 11-9-2023 11:40 AM
Tapi memang cantik betul kota al ula ni.semoga dapat pergi sini satu hari nanti.amin.
Quote intan244 11-9-2023 12:03 PM
maknanya sadom semua pon xleh pegi r.
bencana banjir besar jadi seluruh bumi kan.

btw al ula ni ada penduduk ke x?
Quote mizruncing 11-9-2023 12:06 PM
dah kata elakkan, elak kan laa. tgk jul ripin tu pergi siap bangga lagi bergambar. takde pn nak ambik iktibar ke atas apa yg berlaku kat situ dulu. tp zaman now kann selagi blh buat content yg larang tu la nak pegi pon
Quote amyza 11-9-2023 12:35 PM
Ada video explain pasal al ula. Katanya al ula ni bandar besar. Area yg dilaknat tu kerajaan saudi tutup. Yg buka utk pelancongan tu area lain katanya.
Quote asamfish 11-9-2023 12:50 PM
Wahida Shukeri
sSnteopdorfs78A3Mu8uel4idc1t1c6310 l267y2rec8 5Yta:0273a3au   ·
Minggu ni banyak pulak tanya sis pasal Kota Al Ula yang dilaknat tu. Sebab mungkin sahabat2 tengok banyak saya kongsi saya ke Al Ula masa saya tinggal di Saudi dulu. Bulan Julai lepas sis ada ke sana juga sebelum balik. Pendek kata sebelum Al Ula develop, tengah develop sampai lah sekarang, totally developed and more to come di Al Ula.
Bukan sis x tahu tentang larangan ke Al Ula. Surely tahu, dah nama pun tempat yang dilarang sebagai orang Islam untuk ke sana. Tapi mungkin ramai yang memang tak tahu Al Ula ni besar. Al Ula tempat orang tinggal  bertahun tahun, ada sekolah, ada masjid, ada hospital, ada airport, ada pejabat kerajaan, ada semua lah. Kalau Al Ula haram untuk pergi dan di diami, mestilah takde orang di Al Ula tu, kan orang Arab Saudi kan semua Muslim.
Yang tidak digalakkan untuk pergi adalah Madain Saleh (Hegra). Tempat ni dalam 30km around 20 minit dari Al Ula. Nak masuk Madain Saleh, kena ada permit. Dia bukan suka2 boleh lalu nampak tepi jalan. Jangan risau la sampai nak terbang kalau boleh tak nak lalu situ. Ada banyak lagi jalan lain yang tak perlu pun lalu situ.
Madain Saleh tu orang Arab Saudi tak sebut Madain Saleh. Orang dia akan sebut Sin City of Madain Saleh. Dan saya sendiri pun tak pernah pergi dan takde keinginan nak pergi Madain Saleh tu.
Sis pergi Al Ula lebih 20 kali dalam hidup. Cuti jer atau ada jer resort/chalet baru yang buka, sis memang akan menjadi orang pertama check in kat situ. Sis ni kategori most loyal visitors kat Al Ula.
Tapi bukan Madain Saleh. Jadi jangan lah nak mendosakan orang atau nak melaknat orang hanya sebab dia ke Al Ula. Al Ula tu, Rasulullah pun pernah solat kat situ. Hidup ni kena berilmu, rajin membaca, rajin bertanya. Asal baca tajuk jer, terus kita laknatkan orang. Last last kita dapat dosa free.
Berapa ramai kawan kawan dan student sis yang dari Al Ula dan kerja di Al Ula. Adakah mereka kena laknat tiap tiap hari?
Wallahualam.
*sis pakai stokin tu ya. Jangan salah faham
Quote lurve82 11-9-2023 01:03 PM
yg xblh pegi tu madain saleh je...yg lain blh je pegi dlm al ula tu..sedgkan laut mati pun ramai yg pegi
Quote s@s@ 11-9-2023 02:10 PM
Tinot7 replied at 11-9-2023 11:37 AM
Hegra (Ancient Greek: Ἕγρα),[1][2] known to Muslims as Al-Hijr (Arabic: ٱلْحِجْر),[3]  ...

tq
Quote kotakbaju 11-9-2023 02:59 PM
Iols tengok pic kat google map kat hergra tu nampak ada je pelancong kat situ. Tapi view cantik jugak la. Dengan struktur batuan kat situ nampak unik.
Quote kotakbaju 11-9-2023 03:00 PM
Ooo nak masuk kat dalam hegra tu kena apply permit dulu rupanya. Iols ingatkan kerajaan saudi arabia tutup terus dari dikunjungi.
Quote Decaffeinated 11-9-2023 10:32 PM
Bila dilarang tengok batu pun jadi cantik.

Genting tu pun tempat yang dilaknat elok ja acik2 layan.

Quote white_musk 11-9-2023 11:01 PM
Decaffeinated replied at 11-9-2023 10:32 PM
Bila dilarang tengok batu pun jadi cantik.

Genting tu pun tempat yang dilaknat elok ja acik2 layan. ...

Siapa yg laknat genting?
Quote kakikuDibibirmu 11-9-2023 11:15 PM
ular, ular bul Lahab...

[youtube]UUQ9-BlvMdg[/youtube]

http://youtu.be/UUQ9-BlvMdg
Quote sailormars 12-9-2023 12:35 AM
al ula nie besar...tempat yang dilarang untuk pergi adalah madain salleh...madain salleh nie saudi dh buka untuk jd tempat pelancongan...
Quote alesandra 12-9-2023 10:33 AM
lurve82 replied at 11-9-2023 01:03 PM
yg xblh pegi tu madain saleh je...yg lain blh je pegi dlm al ula tu..sedgkan laut mati pun ramai yg  ...

Dulu masa aku buat umrah madain saleh ni termasuk dlm pakej.boleh je pegi ..taktau kenapa skrg xleh pegi lak.poyo je
Quote lurve82 12-9-2023 11:55 AM
alesandra replied at 12-9-2023 10:33 AM
Dulu masa aku buat umrah madain saleh ni termasuk dlm pakej.boleh je pegi ..taktau kenapa skrg xle ...

dulu aku gi umrah xde pakej tu...so mmg xpegi pun lg...
Quote midori888 12-9-2023 12:01 PM
Byk lagi tempat lain dlm dunia nie yg kita bole pergi

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046467 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top