CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Uzbekistan Perlu Henti Bela Harimau, Buaya

11-9-2023 09:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2265| Komen: 0

Tashkent, Uzbekistan – Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menandatangani pindaan undang-undang berkaitan perlindungan hidupan liar yang melarang penduduk negara itu memelihara haiwan spesies tertentu termasuk beruang, buaya dan harimau di rumah mereka, lapor laman berita RT.


Larangan itu bertujuan melindungi alam sekitar serta memelihara dan mengekalkan biodiversiti. Ia juga menjadi asas dalam memastikan kehidupan stabil serta memelihara populasi semula jadi haiwan liar terutamanya spesies jarang ditemui dan terancam.


Pihak berkuasa Uzbekistan bagaimanapun belum mendedahkan senarai penuh spesies yang diberikan perlindungan khas di bawah undang-undang baharu tersebut.

Media Uzbekistan sebelum ini memetik Kementerian Alam Sekitar sebagai berkata bahawa  lebih 50 spesies akan dilindungi termasuk harimau dan buaya serta spesies beruang, ikan, ular dan serangga tertentu.


Di bawah pindaan undang-undang baharu itu, penduduk tidak lagi boleh memelihara spesies haiwan liar tertentu dalam keadaan separa bebas, sama ada dalam habitat buatan atau kurungan. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.035112 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top